Khamis, 1 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Penjelasan AELB legakan rakyat

Posted:

Penjelasan AELB legakan rakyat

ANTI PERANG
Kuantan


Lynas di Gebeng, Kuantan apabila beroperasi kelak bakal menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di Pahang. - Gambar hiasan


MERUJUK kepada penjelasan yang dibuat Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) berhubung kilang memproses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn. Bhd., baru-baru ini, saya terpanggil untuk melahirkan rasa puas hati dan berterima kasih kepada pihak kerajaan.

Ketegasan AELB yang mengkehendaki pihak Lynas mengemukakan kepada kerajaan mengenai pelan atau lokasi tapak pembuangan kekal (PDF) membuktikan kerajaan memandang serius perkara terbabit.

Walaupun pihak Lynas mendakwa sisa atau buangan industri akan dikitar semula sepenuhnya namun jelas kerajaan tidak pernah sesekali memandang mudah soal sisa loji kimia itu.

Seperti yang dimaklumkan pihak AELB, perkara tersebut penting sebagai jaminan bahan buangan industri itu tidak terdedah dan membahayakan kesihatan orang awam sekiranya pihak Lynas tidak dapat kitar semula bahan-bahan itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Pembinaan Klinik Kesihatan Jerantut ikut jadual

Posted:

Pembinaan Klinik Kesihatan Jerantut ikut jadual

DATUK DR. NOORAINI BABA
Pengarah Kesihatan Negeri Pahang

SAYA ingin merujuk kepada artikel bertajuk Tiga Projek Besar Terbengkalai yang telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia melalui ruangan Rakan Pahang muka surat 26 yang bertarikh 10 Februari 2012.

Sukacita dinyatakan di sini, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang ingin memperbetulkan kekeliruan yang dialami pengadu, Mat Resah berhubung tarikh sebenar siap projek Klinik Kesihatan Jerantut.

Untuk makluman pengadu khususnya penduduk Jerantut, projek pembinaan klinik yang dimulakan sejak 1 November 2012 itu dijangka siap sepenuhnya pada 31 Januari 2013 dan bukannya pada Februari 2012 seperti dinyatakan oleh pengadu dalam ruangan berkenaan.

Sehingga kini, projek pembinaan tersebut mengikut jadual ditetapkan dan tidak mengalami kelewatan seperti didakwa malah masih mempunyai tempoh 11 bulan untuk disiapkan dan kami percaya kerja-kerja pembinaan klinik tersebut akan dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Jawatankuasa khas dibentuk

Posted:

Jawatankuasa khas dibentuk

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

KUANTAN 1 Mac. - Satu jawatankuasa khas dibentuk bagi memantau seluruh kawasan di Tanah Rata sehingga Kampung Raja di Cameron Highlands berikutan loji rawatan air Kampung Terla yang terpaksa ditutup kelmarin akibat pencemaran.

Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, Perbadanan Bekalan Air Pahang (Paip) turut menghantar lori tangki air ke kawasan yang terjejas di daerah itu bagi membolehkan penduduk mendapat bekalan air bersih.

"Selepas mendapat maklumat mengenai kematian ikan di sungai berdekatan Kampung Raja, kita terus mengarahkan loji air ditutup kepada semua pengguna sebagai langkah keselamatan.

"Pemeriksaan serta-merta dilakukan kerana kita mengesyaki ikan mati akibat racun atau punca lain yang tidak diketahui," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan