Rabu, 7 Mac 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Krisis Pas Kedah belum selesai

Posted:

Krisis Pas Kedah belum selesai

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Azizan Abdul Razak


ALOR SETAR 6 Mac – Krisis Pas Kedah memasuki dimensi baru apabila satu demi satu dakwaan diwujudkan termasuk isu pemberian projek jalan raya negeri bernilai RM60 juta setahun yang dikatakan menjadi antara punca pertelagahan kepimpinan negeri.

Perkembangan terbaru ini dianggap salah satu perancangan oleh pihak-pihak tertentu untuk memberi tekanan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk berundur, biar pun Pas Pusat menganggap kemelut Pas Kedah sudah selesai.

Satu sumber mendakwa, Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi dikatakan membantah tindakan Azizan mahu menganugerahkan projek itu kepada sebuah syarikat sehingga mengakibatkan beliau enggan dilantik semula ke jawatan berkenaan bagi 2012.

Kontrak penyelenggaraan jalan itu didakwa ingin dianugerahkan, selepas syarikat terbabit mengadakan rundingan terus untuk mendapatkan tender.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Premis makanan diberi tempoh hingga akhir Mei

Posted:

Premis makanan diberi tempoh hingga akhir Mei

BERA 6 Mac - Semua premis perniagaan makanan diberi tempoh sehingga akhir Mei ini untuk mula menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya logo yang dikeluarkan Jakim sah, manakala logo lain termasuk yang dikeluarkan pihak swasta tidak diiktiraf.

"Penguatkuasaan logo halal Jakim akan bermula pada 1 Julai ini dan pengusaha yang tidak mematuhi peraturan berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perdagangan Dalam Negeri 2011 (i) Seksyen 16 guna logo halal tanpa kelulusan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada 1,109 penduduk Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda Bera di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Malaysia negara paling selamat

Posted:

Malaysia negara paling selamat

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD dan IFQDAR A. RAHMAN
utusanjohor@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin bermesra dengan warga Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya pada Majlis Jalinan Mesra Rakyat dan perasmian bangunan baru pejabat pelajaran daerah itu di Kulaijaya, Johor semalam. - UTUSAN/NASIRUDDIN YAZID


KULAIJAYA 6 Mac - Malaysia menduduki tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negara paling selamat di dunia dan berada di kedudukan teratas di kalangan negara Asia Tenggara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pencapaian itu diiktiraf secara global menerusi Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 yang diumumkan tahun lalu.

Beliau berkata, ia merupakan peningkatan yang amat membanggakan berbanding 2009 yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-26.

"Hasilnya, komuniti antarabangsa semakin yakin untuk melabur di negara ini dan ia menyumbang kepada pelaburan asing berjumlah RM33 bilion pada tahun lalu, mengatasi jumlah pelaburan RM29 bilion yang dicapai sebelum kekangan ekonomi dunia 2007.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan