Selasa, 6 Mac 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Azizan tadbir tanpa kuasa mutlak

Posted:

Azizan tadbir tanpa kuasa mutlak

Oleh SAHBULAH DARWI, SAFINA RAMLI dan JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

ALOR SETAR 5 Mac - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan mentadbir negeri ini tanpa sebarang kuasa mutlak kerana keputusan berkaitan kerajaan negeri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat.

Langkah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Kedah itu menyaksikan Menteri Besar kehilangan sebahagian kuasanya apabila pihak luar boleh campur tangan dalam membuat keputusan melalui jawatankuasa tersebut.

Lebih serius, sumber memberitahu, langkah itu dikhuatiri boleh menyebabkan Menteri Besar dilihat seolah-olah boneka dalam keputusan tertentu jika tidak dipersetujui oleh Exco-exco.

Penubuhan jawatankuasa itu adalah salah satu daripada tiga keputusan Pas Pusat hari ini bagi menyelesaikan kemelut Pas Kedah ekoran dua Exconya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh enggan menerima semula jawatan tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Dua pelancong India maut, lima parah

Posted:

Dua pelancong India maut, lima parah

Oleh AZRAI MOHAMMAD
dan ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN pelancong warga India diberikan rawatan kecemasan selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


BENTONG 5 Mac – Percutian 22 pelancong dari India ke negara ini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut setelah bas persiaran yang dinaiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 pagi itu, bas persiaran Star Mart itu difahamkan dalam perjalanan turun dari Genting Highlands menghala ke ibu negara, sebelum ke destinasi percutian seterusnya di Singapura.

Bagaimanapun, ketika melalui satu selekoh tajam, bas itu dipercayai hilang kawalan setelah mengalami masalah brek menyebabkan ia terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Sokongan AS semakin jelas

Posted:

Sokongan AS semakin jelas

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri adalah jelas seperti yang dinyatakan dalam laporan akhbar serta majalah negara tersebut.

Dakwa beliau, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang sedang menghasut dan memburukkan kerajaan supaya Anwar 'diangkat' sebagai Perdana Menteri sudah tentu turut mendapat bantuan kewangan serta media AS.

''Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas iaitu menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan serta liwat.

''Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat AS melakukan 'regime change' supaya Malaysia menjadi alat AS. Sudah tentu setelah Anwar menjadi Perdana Menteri, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan 'dihalalkan'.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan