Isnin, 5 Mac 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Gagal capai penyelesaian muktamad

Posted:

Gagal capai penyelesaian muktamad

Oleh SAHBULAH DARWI dan MOHD. SHARIZA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

ALOR SETAR 4 Mac - Mesyuarat Jawatankuasa Pas pusat selama lima jam di sini malam tadi dan berakhir awal pagi ini, dikatakan berlangsung dalam suasana 'panas'.

Ketika mesyuarat yang bermula pukul 8 malam itu, salah seorang yang terlibat dalam perbalahan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikatakan membentangkan hujah dengan nada yang tinggi sehingga menimbulkan perasaan tidak senang pemimpin yang hadir.

Berikutan itu, mesyuarat kali kedua selepas ia diadakan kali pertama di Kuala Lumpur yang bertujuan menyelesaikan perbalahan antara Azizan dengan dua Exconya iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh gagal mencapai penyelesaian muktamad.

Pas Pusat akan mengadakan sidang akhbar esok bagi mengumumkan hasil mesyuarat berkenaan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Terserah kepada PM – Shahrizat

Posted:

Terserah kepada PM – Shahrizat


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersalaman dengan sebahagian daripada 20,000 orang yang hadir pada program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bersama Perdana Menteri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. utusan/hafiz johari


KUALA LUMPUR 4 Mac – "Segalanya terserah kepada Perdana Menteri."
Itu jawapan ringkas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai jawatan beliau sebagai senator yang akan tamat tempoh pada 8 April ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Interpol buru 37 rakyat Malaysia

Posted:

Interpol buru 37 rakyat Malaysia

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Mac - Seramai 37 rakyat Malaysia termasuk enam wanita kini diburu oleh polis antarabangsa (Interpol) kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kes jenayah serius yang berlaku di dalam dan luar negara sejak empat tahun lalu.

Dalam tempoh tersebut, usaha menjejaki suspek yang dipercayai sudah menyusup ke luar negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Interpol menemui kesukaran kerana mereka yang diburu ini licik menyembunyikan diri dengan melakukan perubahan fizikal pada penampilan dan identiti bagi mengelak dikesan.

Suspek berusia antara 21 dan 69 tahun itu diburu kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan dan kegiatan penyeludupan dadah membabitkan nilai ratusan juta ringgit di negara ini dan juga luar negara seperti Indonesia, Brunei serta Amerika Syarikat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan