Sabtu, 3 Mac 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Krisis dalaman Pas makin kritikal

Posted:

Krisis dalaman Pas makin kritikal

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


Mohamad Sabu


KUALA LUMPUR 2 Mac - Krisis dalaman Pas semakin kritikal dan seolah-olah tersimpul mati apabila mesyuarat khas hampir empat jam bagi membincangkan isu pergolakan di Kedah gagal menemui jalan penyelesaian.

Sebaliknya, parti itu terpaksa menunggu sehingga Sabtu ini untuk mencari formula terbaru bagi menyelesaikan pertelagahan antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan kumpulan Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, perbincangan pada Sabtu ini akan melibatkan semua pihak termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli-ahli Jawatankuasa Pas Pusat, pesuruhjaya negeri serta pihak bertelagah.

"Mesyuarat Pas malam ini mengambil ketetapan untuk mengadakan perjumpaan mahabbah antara kedua-dua belah pihak yang akan turut disertai oleh seluruh kepimpinan Pas Pusat dan negeri kerana kita mahu mendengar semua pandangan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Pas hanya mahu kuasa - PM

Posted:

Pas hanya mahu kuasa - PM

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


Najib Tun Razak memberi ucapan motivasi kepada pemimpin tempatan, pengetua dan guru besar sekolah-sekolah dalam Parlimen Pasir Mas pada perjumpaan ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Hutan Chengal, Pasir Mas, Kelantan semalam. Turut sama Mustapa Mohamed (kanan).


JELI 2 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pas sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'berkhalwat' dengan DAP dan membuang tokoh yang berjuang mempertahankan akidah umat Islam semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Perdana Menteri berkata, ia amat berbeza dengan UMNO yang konsisten memperjuang dan mempertahankan Islam di negara ini sejak dahulu sehingga hari ini.

Kata beliau, Pas tidak mempunyai hala tuju dan dasar perjuangannya semata-mata untuk memancing undi.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Bukti Anwar lebih utamakan keselamatan Israel

Posted:

Bukti Anwar lebih utamakan keselamatan Israel

KOTA BHARU 2 Mac - Penjelasan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook yang menolak pendirian pertubuhan itu selari dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keselamatan Israel, menunjukkan Ketua Pembangkang memang memberikan keutamaan kepada negara Yahudi terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa yang Hamas mahukan adalah dunia khususnya negara Islam membantu perjuangan mereka dan kepentingan rakyat Palestin seperti dilakukan oleh kerajaan Malaysia selama ini.

Menurut beliau, komitmen kerajaan Malaysia membantu rakyat Palestin itu yang ditindas dan dizalimi oleh rejim Zionis telah terbukti menerusi surat-surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan didedahkan kepada umum kelmarin.

"Komitmen itu diteruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan saya sebagai Perdana Menteri hari ini, dasar kita adalah konsisten dan tidak berubah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan