Selasa, 6 Mac 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Ustaz terima hukuman hari ini

Posted:

Ustaz terima hukuman hari ini

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Hanif Mohd. Ali ketika dibawa keluar di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah, semalam.


ALOR SETAR 6 Mac - Seorang ustaz yang juga warden asrama mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian pelajar berusia tujuh tahun, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Arau, Perlis pada tahun lalu.

Hanif Mohd. Ali, 27, membuat pengakuan tersebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul atas tuduhan pindaan menyebabkan kematian kanak-kanak itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau antara pukul 6 petang dan 12 tengah malam, 31 Mac 2011.

Pertuduhan terhadap lelaki tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Bunuh: Kontraktor berdepan hukuman mati

Posted:

Bunuh: Kontraktor berdepan hukuman mati


Tee Yee Sien menutup muka sewaktu dibawa untuk didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membunuh seorang pembantu peribadi bulan lalu di Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 6 Mac - Seorang kontraktor berdepan hukuman mati di tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pembantu peribadi di sebuah syarikat teknologi maklumat (IT), awal bulan lalu.

Tee Yee Sien, 33, didakwa membunuh Goh Chew Peng, 39, di tempat letak kereta awam berdekatan dengan Jalan SP2/6, Taman Serdang Perdana, Serdang Perdana di sini kira-kira pukul 11.05 malam, 3 Februari lalu.

Dalam kejadian tersebut, ibu kepada dua anak itu dilaporkan ditemui dibunuh dalam kereta di pusat perniagaan yang terletak berdekatan dengan sebuah pusat beli-belah di Seri Kembangan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan