Jumaat, 2 Mac 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Lelaki didenda RM4,000 tampal iklan ah long

Posted:

Lelaki didenda RM4,000 tampal iklan ah long

KUALA LUMPUR 2 Mac - Seorang lelaki yang mengaku bersalah atas tuduhan menampal kertas iklan pinjaman wang tidak berpermit, dikenakan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan Terry Thom Chong, 23, dari Pulau Pinang dipenjarakan selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Thom Chong didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Radin, Brickfileds kira-kira pukul 4.30 petang, pada 27 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11(1) Akta Pemberi Pinjaman 1951 yang boleh dihukum tidak melebihi RM10,000 atau maksimum penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ahmad.

Muthuraja jumpa Pathmanabhan sebelum hilang

Posted:

Muthuraja jumpa Pathmanabhan sebelum hilang

SHAH ALAM 2 Mac - Isteri kepada ahli perniagaan dari India, A. Muthuraja mengesahkan suaminya tidak pulang selepas datang ke Malaysia pada 18 Januari 2010 untuk berjumpa N. Pathmanabhan, bekas peguam yang didakwa membunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.

S. Usharani, 26, yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, beliau mendengar sendiri perbualan telefon antara Muthuraja dengan Pathmanabhan yang menyuruh suaminya datang selama dua hari pada pukul 11.30 pagi (waktu India), 16 Januari 2010.

''Muthuraja ada terima panggilan telefon daripada seorang yang bernama Pathmanabhan menyuruh dia datang ke Malaysia dan cakap boleh pulang dalam masa dua hari atas urusan perniagaan.

''Pathmanabhan yang telefon dan pembesar suara telefon dibuka. Jadi saya mendengar perbualan itu,'' katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainudin.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan