Isnin, 5 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Penduduk mahu jejantas

Posted:

Penduduk mahu jejantas

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusan.com.my


PENDUDUK Desa Pelangi mendakwa kenderaan berat yang melalui kawasan berhampiran perumahan mereka dipandu laju serta menghasilkan habuk yang mencemar udara.


HULU LANGAT 5 Mac - Penduduk Taman Desa Pelangi, Hulu Langat meminta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyediakan jejantas di kawasan berkenaan demi keselamatan dan kemudahan orang ramai.

Penduduk mendakwa, ketiadaan jejantas di kawasan berkenaan mengundang pelbagai bahaya kerana Jalan Hulu Langat yang menghala ke Sungai Long itu digunakan oleh lori-lori simen, lori pembancuh simen dan lori mengangkut batu dan pasir untuk dibawa ke kuari berdekatan.

Menurut mereka, lori-lori berkenaan menggunakan laluan tersebut tanpa mengira waktu dan kelajuan kenderaan berat berkenaan juga melebihi had laju yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

BN Shah Alam sambut baik

Posted:

BN Shah Alam sambut baik

SHAH ALAM 5 Mac - Barisan Nasional (BN) Shah Alam menyambut baik kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor untuk mempertimbangkan permintaan mereka agar kutipan tol di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini dimansuhkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin berkata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesudian Shaziman untuk membawa perkara tersebut ke mesyuarat Kabinet tidak lama lagi.

"Bagi BN Shah Alam, kami sentiasa mengalu-alukan usaha untuk mengurangkan beban ekonomi masyarakat bandar raya ini yang perlu berjimat-cermat kesan daripada kelembapan ekonomi global.

"Sedikit sebanyak beban ekonomi tersebut dapat dikurangkan dengan pemansuhan kedua-dua tol itu kelak," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Rayu Syabas tidak potong bekalan air

Posted:

Rayu Syabas tidak potong bekalan air

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Mac - Lebih 1,500 penduduk flat Desa Sri Puteri, Desa Petaling dekat sini merayu kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) agar tidak memotong bekalan air di kawasan itu akibat kegagalan syarikat pengurusan perumahan berkenaan menjelaskan bayaran bil air yang tertunggak sebanyak RM28,000.

Wakil penduduk, Siew Kah Yuen, 50, berkata, kegagalan syarikat Dwitasik Sdn. Bhd. dan IJM Properties Sdn. Bhd. menjelaskan bil air yang tertunggak selama tujuh bulan itu kini menyebabkan penduduk menghadapi kesukaran untuk menjalani kehidupan harian.

Ini kerana, katanya, Syabas telah 'mencatu' bekalan air ke kawasan itu sedangkan mereka telah menjelaskan bil air seperti yang diarahkan oleh syarikat terlibat pada setiap bulan.

"Penduduk diberi tempoh sehingga minggu depan untuk menjelaskan bayaran RM28,000 bil air yang tertunggak ini. Syarikat terbabit pula mendakwa tidak lagi bertanggungjawab mengurus hartanah di kawasan ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada majlis dialog penduduk dengan Parti Profresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan di sini semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan