Ahad, 4 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


RM4j kurangkan kesesakan

Posted:

RM4j kurangkan kesesakan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (empat, kanan) bersama Ahmad Fuad Ismail (enam, kiri) serta penduduk menunjukkan peta Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur, selepas projek naik taraf siap sepenuhnya nanti pada lawatan ke jalan berkenaan baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 4 Mac - Kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM4 juta bagi menaik taraf Jalan Maarof dari persimpangan Jalan Bangsar hingga Jalan Ara bagi mengurangkan kesesakan trafik di kawasan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, projek itu telah mengambil masa empat bulan tetapi proses perbincangan sudah bermula sejak setahun lalu iaitu semasa beliau mengadakan lawatan ke situ.

Katanya, perlaksanaan projek ini adalah berdasarkan saranan daripada persatuan-persatuan penduduk di kawasan Bangsar sendiri yang mahukan jalan itu dilebarkan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Penduduk desak Kampung Railway diiktiraf kampung warisan

Posted:

Penduduk desak Kampung Railway diiktiraf kampung warisan

KUALA LUMPUR 4 Mac - Penduduk dan waris peneroka di Kampung Railway, Sentul memohon agar kampung mereka diwartakan sebagai kampung warisan dan mereka diiktiraf sebagai peneroka bandar bagi mengelakkan daripada diusir daripada tempat itu.

Untuk tujuan itu, kira-kira 30 penduduk kampung itu telah berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini bagi menyerahkan memorandum berkaitan hal itu serta berjumpa dengan pihak yang bertanggungjawab bagi membela nasib mereka.

Seorang penduduk, R. Pusparili, 53, berkata, mereka mahukan kampung itu diwartakan sebagai kampung warisan kerana ia merupakan kawasan penempatan yang telah diteroka oleh nenek moyang mereka sejak dulu.

Katanya, nenek moyang mereka sudah tinggal di kampung tersebut sejak 120 tahun yang lalu dan kini sudah pun masuk generasi yang keempat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Kontrak kutip sampah diberi kepada kroni?

Posted:

Kontrak kutip sampah diberi kepada kroni?

KUALA LUMPUR 4 Mac - Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa tidak telus dalam soal pelantikan kontraktor mengutip sampah selepas mengambil alih peranan itu daripada Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) sejak pertengahan Oktober tahun lalu.

Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri Selangor, Datuk Dr. Jacob George berkata, banyak kontraktor yang layak tidak mendapatkan kontrak itu, sebaliknya ia diberikan kepada kroni-kroninya yang menawarkan harga yang lebih tinggi tetapi tidak berpengalaman.

"Syarat tender terbuka itu adalah kontraktor perlu mempunyai kakitangan, kenderaan, depot, harga yang berpatutan dan profesional dalam menguruskan sampah, tetapi apa yang berlaku adalah di sebaliknya.

"Hasil siasatan berdasarkan kira-kira 25 aduan mendapati banyak kontraktor yang dilantik itu tidak mempunyai kenderaan dan depot sendiri, malah menawarkan harga yang lebih tinggi tetapi tidak profesional berbanding kontraktor yang layak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan