Sabtu, 3 Mac 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Noh pertikai kerajaan Selangor

Posted:

Noh pertikai kerajaan Selangor

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
utusankota@utusan.com.my

KUALA SELANGOR 3 Mac - Peningkatan jumlah simpanan tetap Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) adalah hasil daripada penjualan tanah milik syarikat tersebut di Sarawak, bukannya kerana kecekapan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar mendakwa, transaksi penjualan tanah itu menyebabkan syarikat milik kerajaan negeri memperoleh peningkatan jumlah simpanan tetap sebanyak 13 kali ganda berbanding sebelum ini.

Jelasnya, tanah tersebut dijual pada harga RM97 juta dan pembelinya telah memberi deposit sebanyak RM5 juta kepada kerajaan negeri sebelum 2008.

''Bakinya sebanyak RM92 juta lagi hanya diterima pada penghujung 2010 iaitu ketika PKR mentadbir kerajaan negeri.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Kumpulan Dynamic SMK Presint 11 (1) ungguli Botanical Discovery

Posted:

Kumpulan Dynamic SMK Presint 11 (1) ungguli Botanical Discovery


Sebahagian pemenang Program Botanical Discovery bergambar pada program anjuran Perbadanan Putrajaya di Taman Botani Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 3 Mac - Kumpulan Dynamic dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 11 (1) muncul sebagai pemenang program Botanical Discovery yang berlangsung di Taman Botani di sini hari ini.

Kumpulan tersebut yang diwakili oleh Ezzah Amirah Saharudin, Nur Azzlin Rafiqqah Mohd. Noor dan Nurul Asyikin Jamil Faisal membawa pulang hadiah wang tunai RM750 beserta hamper dan medal.

Tempat kedua turut dimenangi SMK Presint 11 (1) menerusi kumpulan Mitosis dan kejayaan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM500 beserta hamper dan medal manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Sas B dari SMK Sultan Alam Shah.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

NUJ lulus dua resolusi

Posted:

NUJ lulus dua resolusi

KUALA LUMPUR 3 Mac — Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini meluluskan dua resolusi berkaitan liputan pilihan raya umum serta kebebasan berucap, bersuara dan berhimpun pada mesyuarat perwakilan luar biasa di sini.

Resolusi berkenaan diluluskan sebulat suara pada mesyuarat itu yang dirasmikan Presiden kesatuan Chin Sung Chew dan dihadiri kira-kira 60 anggota NUJ dari lapan organisasi media.

Resolusi itu antara lain menyatakan anggota media yang membuat liputan pilihan raya umum harus berpegang kepada prinsip liputan yang adil bagi memastikan laporan seimbang.

Pada sidang akhbar selepas itu, Setiausaha NUJ V. Anbalagan berkata mereka akan menghantar memorandum kepada semua majikan anggota NUJ dan parti politik bagi menjelaskan perkara tersebut secepat mungkin.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan