Selasa, 6 Mac 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Masoud diekstradisi ke Thailand

Posted:

Masoud diekstradisi ke Thailand

Oleh AZIZI MAJID
pengarang@utusan.com.my


Hishammuddin Husssein (kiri) berbual dengan para Pegawai Imigresen semasa lawatan ke Kompleks Kemeterian Dalam Negeri Taman Setia Tropika, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 6 Mac - Suspek warga Iran, Masoud Sedaghat Zadeh, 31, yang dipercayai terlibat dalam tiga kejadian letupan bom di Bangkok, Thailand akan diekstradisi ke negara itu dalam tempoh terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua dokumen bagi tujuan ekstradisi berkenaan telah pun ditandatanganinya.

"Semua dokumen ekstradisi telah saya tandatangani dan kini menunggu mahkamah mengesahkannya sebelum suspek boleh diekstradisikan ke Bangkok.

"Pendirian kita konsisten bahawa kalau negara ketiga mohon warganegara lain mestilah melalui proses ekstradisi dan jika diminta oleh negara asal, kita akan pulangkan," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

3 warga Singapura ada kaitan pengganas diusir

Posted:

3 warga Singapura ada kaitan pengganas diusir

JOHOR BAHRU 6 Mac - Tiga warganegara Singapura yang dipercayai ada kaitan dengan rangkaian pengganas di selatan Filipina telah diusir ke negara asal mereka baru-baru ini, selepas ditahan di negara ini bulan lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ketiga-tiga mereka ditahan hasil kerjasama bahagian risikan antara beberapa buah negara.

"Ketiga-tiga mereka disyaki ada kaitan dengan kegiatan pengganas serantau termasuk pengeboman dan pembunuhan di selatan Filipina yang turut melibatkan warganegara kita.

"Kesemua mereka telah diserahkan kepada pihak berkuasa republik berkenaan untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Kuarters Imigresen Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan