Jumaat, 2 Mac 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Program High Profile Policing diperluas

Posted:

Program High Profile Policing diperluas


ISMAIL Omar (duduk, tengah) bersama 10 rakan sekolahnya yang pernah bermain 'polis dan pencuri' di Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood (1), Kluang, semalam.


KLUANG 2 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperluaskan program High Profile Policing ke sekolah di seluruh negara sebagai usaha mencegah jenayah sejak di peringkat awal sekali gus menurunkan kadar jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, walaupun polis sudah menggunakan teknologi termoden termasuk laman sosial Facebook sebagai cara berhubung dengan masyarakat, pendekatan turun padang dan mendekati para pelajar dilihat lebih berkesan bagi mencegah jenayah.

"Kita perlu ada strategi untuk menurunkan kadar jenayah. Memang betul kita sudah ada Facebook tetapi kita tetap perlu jumpa dan berjabat tangan, barulah kasih sayang dan kemesraan itu datang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

'Saya cuma sentuh kotak itu'

Posted:

'Saya cuma sentuh kotak itu'

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusan@utusan.com.my

MELAKA 2 Mac - Mangsa letupan bom sebuah kotak kiriman yang diletakkan di hadapan rumahnya di Ramuan China Besar, Masjid Tanah di sini semalam mendakwa, dia hanya menyentuh kotak itu sebelum ia tiba-tiba meletup.

Norasyikin Md. Isa, 27, memberitahu, sebelum kejadian, dia cuba mengalihkan kotak bersaiz bungkusan tepung satu kilogram menggunakan tangan kerana ia menghalang dia membuka pintu pagar untuk ke tempat kerja.

"Saya baru sentuh kotak itu, tiba-tiba ia meletup dan mengeluarkan api menyebabkan muka saya pedih selain kaki dan tangan berdarah. Api kemudian membakar seluar saya menyebabkan saya berlari ke dalam rumah untuk meminta bantuan abang.

"Abang saya yang melihat kejadian itu terkejut dan segera mencapai kain batik untuk memadamkan api. Ketika itu, saya hanya sempat memberitahunya kotak meletup," katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan