Sabtu, 3 Mac 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Sisa Lynas dibuang jauh - PM

Posted:

Sisa Lynas dibuang jauh - PM

Sisa Lynas dibuang jauh - PM

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 2 Mac - Kerajaan meminta Lynas Malaysia Sdn. Bhd. memindahkan sisa atau buangan industri yang dihasilkan daripada perusahaannya ke lokasi yang jauh dari penempatan penduduk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan prihatin dengan kebimbangan penduduk berdekatan walaupun saintis dan pakar tempatan serta antarabangsa mengesahkan operasi syarikat itu dan buangan industri yang dihasilkan adalah selamat.

Beliau turut menolak andaian kononnya keputusan itu dibuat kerana kerajaan menerima tekanan daripada pihak tertentu.

"Kita mahu rakyat berasa selamat. Kita sudah analisis perkara itu dan mendapati keselesaan tersebut terbahagi kepada dua iaitu, satu asas kepada saintifik dan satu lagi soal emosi serta psikologi.

"Bagi soal bukti saintifik, sudah ada macam-macam badan bebas, saintis dan badan antarabangsa yang telah mengesahkan Lynas termasuk buangan industri daripada Lynas memang selamat.

"Tetapi oleh kerana masih ada yang tidak berpuas hati, kita dapati itu soal emosi dan psikologi ditambah dengan ada pihak yang cuba mengeksploitasi isu tersebut. Jadi kita ambil keputusan minta Lynas memindahkan buangan industri mereka ke tempat jauh daripada penduduk di sekitar tapak Lynas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Ramah Mesra Bersama Profesional Kelantan di Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pelancongan yang juga Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Setiausaha Usaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhatar Mustapha dan Presiden Peneraju Profesional Kelantan (Kelpro), Nor Azli Ahamed.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan bagaimanapun belum memutuskan lokasi baru buangan industri daripada syarikat yang beroperasi di Gebeng, Kuantan itu.

"Lynas tetap di situ, tetapi buangan industri akan dipindahkan ke kawasan lebih jauh," jelas beliau.

Mahu rakyat belajar seni pentas

Posted:

Mahu rakyat belajar seni pentas

Mahu rakyat belajar seni pentas


Rosmah Mansor berbual dengan bersama pemain piano muda negara, Tengku Ahmad Irfan Tengku Ahmad Shahrizal (kiri) ketika melawat The Juilliard School di New York, kelmarin.


NEW YORK 2 Mac. — Datin Seri Rosmah Mansor berharap lebih ramai anak-anak Malaysia yang berbakat dalam bidang seni pentas diberi peluang menuntut di Juilliard School, sebuah institusi yang terkenal kerana telah melahirkan ramai pemenang anugerah Grammy, Emmy dan Pulitzer antara lainnya.

"Malaysia amat berbesar hati dapat menjalin hubungan dengan Juilliard School dalam bidang seni pentas," katanya sempena lawatannya ke sekolah itu di sini semalam.

Beliau tiba pada Rabu dalam rangka lawatan empat hari sempena mesyuarat Suruhanjaya Mengenai Status Wanita (CSW) Pertubuhan Bangsa Bersatu yang sedang berlangsung di sini.

Rosmah, yang juga penaung Permata Negara, berkata, di bawah program Permata Seni, ramai artis seni pentas berusia antara tujuh dan 17 tahun telah dikenal pasti untuk diberi pendedahan antarabangsa.

Beliau gembira kerana pemuzik muda, Tengku Ahmad Irfan Tengku Ahmad Shahrizal, 13, telah menjadi rakyat Malaysia yang pertama diterima masuk ke sekolah berprestij itu, dan berharap dengan tunjuk ajar pemain piano terkenal, Dr Yoheved Kaplinsky, anak muda itu dapat menjadi seorang ahli muzik terkenal di peringkat dunia.

Dua tahun lepas, Tengku Ahmad Irfan membuat persembahan di Washington dan New York sempena "Faces of 1Malaysia Festival". Pengajiannya di Juilliard School dibiayai oleh sekolah itu.

Dalam lawatan Rosmah itu, Tengku Ahmad Irfan telah memainkan sebuah lagu ciptaannya sendiri.

Dua pemain biola dari Permata Seni, Denise Mubin, 8, dan Joyce Lee Rui Jing, 11, turut membuat persembahan.

Presiden Juilliard School, Dr. Joseph Polisi dalam ucapannya berkata bahawa sekolah itu, yang menawarkan ijazah sehingga ke peringkat kedoktoran dalam bidang seni halus, kini mempunyai 800 pelajar, 30 peratus daripadanya rakyat asing.

Syarikat kurier perlu tingkatkan keselamatan

Posted:

Syarikat kurier perlu tingkatkan keselamatan

Syarikat kurier perlu tingkatkan keselamatan

KUALA LUMPUR 2 Mac - Syarikat penghantaran kiriman di negara ini diminta meningkatkan tahap keselamatan termasuk melakukan saringan atau imbasan ke atas barangan kiriman bagi memastikan ia bebas daripada sebarang kandungan yang berbahaya.

Penasihat Persatuan Keselamatan Profesional Asia (APSA), Datuk Rahmat Ismail berkata, sistem imbasan itu amat penting sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengenal pasti kiriman berkenaan tidak mengandungi bahan yang boleh mengancam keselamatan.

"Kaedah penghantaran bom melalui kiriman memang telah lama berlaku di negara-negara Barat. Cuma di negara ini ia masih dianggap sebagai perkara baru dan menyebabkan ramai pihak tidak memandang serius kejadian berkenaan.

"Bahkan, syarikat penghantaran dan keselamatan di negara ini tidak mempunyai sistem imbasan sedangkan kelengkapan ini penting bagi mengesan kandungan kiriman sama ada mengandungi barangan yang terlarang atau menyalahi undang-undang negara seperti dadah.

"Oleh itu, kerajaan dan syarikat penghantaran perlu memandang serius kejadian pengiriman bom itu dan segera mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya sebelum ia menjadi amalan di negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas insiden letupan bom yang mengakibatkan seorang wanita cedera parah di kaki dan perut sebaik sahaja mengangkat sebuah kiriman kotak di hadapan rumahnya yang tiba-tiba meletup semalam.

Tambah Rahmat, kejadian seumpama itu adalah amaran awal kepada syarikat penghantaran supaya segera meningkatkan tahap kawalan terhadap kandungan kiriman demi keselamatan penerima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan