Rabu, 7 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Peniaga rugi RM4,000 disamun 2 lelaki

Posted:

Peniaga rugi RM4,000 disamun 2 lelaki

Peniaga rugi RM4,000 disamun 2 lelaki

07/03/2012 7:04pm

KUANTAN — Seorang pemilik kedai barangan plastik kerugian RM4,000 selepas disamun dua lelaki bersenjatakan pisau dan sebilah parang panjang di dalam premis perniagaannya di Medan Warisan, Jalan Tanah Putih, di sini, semalam.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata, mangsa Ong Kiow Beng, 59, turut mengalami kecederaan di paha kanannya akibat tertikam pisau ketika bergelut dengan suspek.

Katanya, dalam kejadian pukul 4 petang itu, kedua-dua suspek, yang berusia dalam lingkungan 30-an, berpura-pura sebagai pelanggan masuk ke kedai mangsa untuk membeli dua jag plastik.

"Selepas selesai urusan jual beli terbabit, seorang suspek mengekori mangsa ke dapur sebelum mengacu sebilah pisau dan mengarahkannya menyerahkan beg pinggang yang dipakainya.

"Mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek cuba melawan dan berlaku sedikit pergelutan di antara mereka. Ketika suspek cuba memotong beg pinggang mangsa, hujung pisau itu tercucuk paha kanannya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Katanya suami mangsa yang berada di dalam pejabat meluru keluar setelah terdengar bunyi bising dan cuba membantu mangsa melawan suspek.

Bagaimanapun, kata Noor Asyikin, melihat tindakan suami mangsa itu, seorang lagi suspek yang berada di hadapan kedai meluru ke arah suami mangsa lalu melibas paha suami mangsa dengan belakang parang panjang.

"Seorang pekerja mangsa, warganegara Bangladesh, Anamul Haave, 34, turut cedera dilibas dengan belakang parang panjang ketika cuba membantu menangkap suspek.— BERNAMA

Pelajar terbaik STPM Terengganu amal 4 petua

Posted:

Pelajar terbaik STPM Terengganu amal 4 petua

Pelajar terbaik STPM Terengganu amal 4 petua

07/03/2012 6:46pm

BESUT — Seorang daripada pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) negeri Terengganu, Siti Aisyah Syahirah Azman dari Sekolah Menengah Agama Maarif di sini sentiasa mengamalkan empat perkara yang beliau anggap telah menentukan kejayaannya.

Anak sulung daripada tiga orang adik beradik ini berkata, amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu mempermudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua mata pelajaran yang diambil.

"Saya selalu amalkan sembahyang sunat dhuha, sembahyang hajat, baca Al-Quran dan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis," katanya ketika ditemui di sekolahnya selepas menerima keputusan STPM di sini hari ini.

Gadis berusia 19 tahun ini memperolehi "A" dalam Pengajian Am, Usuluddin, Syariah dan Sejarah serta "B " dalam Bahasa Arab.

Siti Aisyah Syahirah, anak seorang ahli perniagaan dan ibunya seorang guru agama berkata, masanya tidak pernah dibiarkan berlalu dengan kosong tanpa kegiatan yang berfaedah yang sekurang-kurangnya dipenuhi dengan membaca Al-Quran.— BERNAMA

Miliki dadah: OKU dipenjara 64 bulan, 10 sebatan

Posted:

Miliki dadah: OKU dipenjara 64 bulan, 10 sebatan

Miliki dadah: OKU dipenjara 64 bulan, 10 sebatan

07/03/2012 6:13pm

PETALING JAYA - Seorang penganggur yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dihukum penjara 64 bulan dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan memiliki dadah jenis kanabis seberat 182.58gram, tiga tahun lepas.

Hakim, Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Alagesan, 30, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu 9 Okt. 2009.

Alagesan yang berkerusi roda didakwa memiliki dadah itu di Blok Q-018, Apartment Harmoni 55, Jalan PJU 10/4C, PJU 10, Damansara Damai dekat sini pada 10 malam, 9 Okt. 2009.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama.

Terdahulu, peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili tertuduh memohon hukuman terhadap Alagesan diringankan kerana anak guamnya lumpuh sejak 2001 selepas terbabit dalam satu kemalangan. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan