Ahad, 4 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Kedi golf raih pendapatan lumayan

Posted:

Kedi golf raih pendapatan lumayan

Kedi golf raih pendapatan lumayan

04/03/2012 6:58pm

KEMAMAN — Pendapatan lumayan sehingga mencecah RM5,000 sebulan merupakan antara faktor kerjaya sebagai kedi atau pembantu pemain golf kini semakin mendapat tempat di kalangan belia.

Malah bidang itu tidak lagi dipandang rendah sebaliknya mendapat pengiktirafan apabila pelbagai akademi bidang golf ditubuh antaranya Akademi Kemahiran Belia Golf di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Kemasik.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, berdasarkan pengalamannya sewaktu berusia belasan tahun, masyarakat setempat di kampungnya tidak begitu menggemari andai anak mereka bekerja sebagai kedi secara sambilan.

"Situasi itu tidak lagi berlaku pada masa sekarang kerana saya difahamkan pelajar-pelajar lepasan Akademi Golf IKBN kini memperoleh pendapatan lumayan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.

"Walaupun gaji asas untuk mereka sebenarnya hanya sekitar RM1,300 hingga RM1,500, tip yang diperoleh daripada pemain-pemain golf antarabangsa menjadikan ia cukup lumayan untuk mereka," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program Gerbang Kerjaya di IKBN Kemasik di sini.

Beliau berkata, sehingga kini lebih 50 pelajar sesi pertama akademi itu telah menamatkan kursus di Kuala Lumpur dan kesemuanya mendapat pekerjaan sebagai kedi di padang golf seluruh negara.— BERNAMA

Pelancongan domestik jana pendapatan belia

Posted:

Pelancongan domestik jana pendapatan belia

Pelancongan domestik jana pendapatan belia

04/03/2012 6:25pm

RAUB — Pelancongan domestik adalah antara cara bagi golongan belia menjana pendapatan menerusi pelbagai aktiviti yang boleh mereka ceburi secara serius kata, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata, program rumah penginapan adalah antara contoh pelancongan dalam negeri yang terbukti menjana aktiviti ekonomi tempatan.

Katanya, pada masa ini, Malaysia merupakan negara kesembilan paling popular di dunia untuk dikunjungi dan salah satu produk pelancongan yang paling menarik ialah program inap desa.

"Melalui program ini, penduduk tempatan dan belia perlu kreatif dan merebut peluang ini untuk menikmati pulangan yang baik," katanya ketika melakukan lawatan ke program inap desa Kampung Gali Hilir di sini.

Beliau berkata, rumah penduduk yang mengambil bahagian dalam program inap desa itu perlu mengekalkan keunikan struktur tradisional dan suasana kampung kerana pelancong asing ingin merasai suasana tinggal di kampung serta melakukan aktiviti setempat.

Dr Ng berkata, kementeriannya akan mengadakan kursus bagi penduduk tempatan tidak lama lagi untuk membimbing kumpulan penunggang basikal dan motosikal besar memandangkan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kenderaan itu semakin popular ketika ini.

"Dengan bimbingan kursus ini, penduduk tempatan khususnya belia boleh merebut peluang ini untuk mereka menjadi pemandu pelancong di kampung mereka sendiri," katanya.— BERNAMA

Kes HFDM di Sarawak menurun

Posted:

Kes HFDM di Sarawak menurun

Kes HFDM di Sarawak menurun

04/03/2012 6:15pm

KUCHING — Jumlah kes baru penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sarawak mula menurun dengan hanya 63 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes baru kepada 1,927.

Walaupun berlaku peningkatan di bahagian Samarahan dan Betong dengan masing-masing 12 dan tiga kes baru, bahagian-bahagian lain mencatatkan penurunan kata, satu kenyataan dari Jabatan Kesihatan Negeri hari ini.

Sejumlah 19 kes baru dilaporkan di bahagian Kuching, lapan di Sibu, Kapit dan Miri (masing-masing enam), Sri Aman (lima) dan Sarikei (empat).

Jumlah pesakit yang dimasukkan wad meningkat kepada 127 dari 120 semalam, namun sehingga kini tiada kes yang dianggap serius.

Sebuah lagi sekolah di Kuching diarahkan tutup sementara, menjadikan jumlah 34 sekolah yang berbuat demikian. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan