Isnin, 5 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Jimmy mengaku tampar isteri

Posted:

Jimmy mengaku tampar isteri

Jimmy mengaku tampar isteri

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

JIMMY SHANLEY bersama Nursuhaila Eliani pada hari perkahwinan mereka pada
1 Oktober 2010.


SHAH ALAM - Pengacara televisyen Astro, Jimmy Shanley mengaku telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy sebanyak dua kali sepanjang 19 hari berkahwin.

Menurut Jimmy, kali pertama dia menampar Nursuhaila adalah pada hari ketiga berkahwin di rumah mertuanya di Sungai Buloh dekat sini.

Kali kedua dia berbuat demikian ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand pada 19 Oktober 2010.

Katanya, tindakan tersebut dilakukan sebagai pengajaran untuk mengelak wanita itu menjadi derhaka selepas mengabaikan dirinya sebagai suami.

"Dia ada menangis, namun tiada kecederaan," katanya yang mengakui perkahwinan mereka bermasalah sejurus selepas bernikah pada 1 Oktober 2010.

"Selepas kejadian (ditampar), isteri saya terus daftar keluar (dari hotel) dan pergi ke Bangkok seorang diri manakala saya pulang ke Kuala Lumpur pada 20 Oktober," katanya semasa disoal peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Anak lebam teruk akibat dibuli

Posted:

Anak lebam teruk akibat dibuli

Anak lebam teruk akibat dibuli

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my


SUZIANAWATI menunjukkan kesan-kesan lebam pada belakang tubuh Faqrul yang didakwa dipukul murid senior.


SEREMBAN – Seorang ibu mendakwa anak sulungnya yang merupakan murid tahun satu sebuah sekolah kebangsaan di sini mengalami lebam teruk di seluruh tubuh dipercayai menjadi mangsa buli tiga pelajar senior yang meminta wang daripada mangsa.

Suzianawati Mohamad, 33, berkata, Faqrul Hakimi Mohd. Kamarulzaman, 7, mengalami lebam-lebam di muka, badan, paha dan betis dipercayai dipukul dengan objek keras dalam kejadian Jumaat lalu.

Akibatnya, kata beliau, anaknya itu kini trauma sehingga sukar untuk menerangkan kepadanya mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

"Saya menyedari anak saya dibelasah dan dibuli ketika menjemputnya dari sebuah rumah anak yatim di Taman England dekat sini pada kira-kira pukul 7.30 petang, Jumaat lalu.

"Saya terkejut apabila melihat kecederaan yang dialami Faqrul Hakimi dan dia memberitahu, dia telah dipukul ketika berada di sekolah.

"Bagaimanapun, dia gagal memberitahu dengan jelas bagaimana peristiwa itu boleh berlaku mungkin kerana trauma akibat dipukul dengan teruk,'' katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penghantaran amah ditangguh

Posted:

Penghantaran amah ditangguh

Penghantaran amah ditangguh


PEMBANTU rumah dari Indonesia perlu menjalani latihan dan kursus selama 200 jam sebagaimana ditetapkan sebelum dibenarkan bekerja di negara ini. - Gambar hiasan


ROMPIN - Kemasukan pembantu rumah Indonesia ke negara ini telah ditangguhkan kepada 1 April daripada jadual asal 1 Mac lepas disebabkan tenaga kerja berkenaan belum menjalani latihan dan kursus selama 200 jam sebagaimana ditetapkan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata, latihan berkenaan adalah penting untuk dilalui mereka bagi memastikan pembantu rumah yang dihantar ke negara ini berkualiti dan memenuhi kehendak majikan.

Menurutnya, pada masa ini, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan kerajaan Indonesia sedang memantau supaya tarikh asal ditangguhkan sebulan lagi kerana pembantu rumah yang akan dibekalkan ke sini belum menjalani kursus 200 jam berkenaan.

"Penangguhan itu tidak ada kena mengena dengan dakwaan kes penderaan oleh seorang pegawai tinggi kerajaan dan isterinya terhadap dua pembantu rumah Indonesia mereka baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau projek perumahan terbengkalai di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan