Sabtu, 3 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Mati dihempap pagar rumah datuk

Posted:

Mati dihempap pagar rumah datuk

Mati dihempap pagar rumah datuk

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
berita@kosmo.com.my

MAJUKI membawa jenazah Mohd. Aqif Najwan keluar dari Hospital Besut untuk dikebumikan kelmarin.


BESUT - Pintu pagar besi yang menjadi kebanggaan warga emas, Mat Saman Pak Adek di hadapan rumahnya di Kampung Lay Out, Tok Saboh, Kuala Besut meninggalkan sejarah hitam hanya selepas dua bulan dipasang apabila ia tumbang dan menghempap cucunya sehingga mati pagi kelmarin.

Mat Saman, 66, berasa bangga kerana pintu pagar yang setiap satunya sepanjang 2.5 meter dan seberat kira-kira 40 kilogram itu dibina dan dipasang sendiri oleh menantunya, Majuki Awang Kecik, 45, seorang pengawal keselamatan sekolah yang mahir bertukang.

Namun kelmarin, perasaan itu bertukar hiba apabila ia meragut nyawa cucunya yang juga anak bongsu Majuki, Mohd. Aqif Najwan, tiga tahun.

Kejadian pada pukul 10 pagi itu dipercayai berlaku sewaktu Mohd. Aqif bermain dengan pintu pagar gelongsor, manakala abangnya Nizarudin Ikmal, 11, dan kakak, Nurul Aina, 10, bermain badminton di pintu pagar bersebelahan.

Difahamkan, Mohd. Aqif terlalu leka bermain dengan menyorong dan menarik pintu pagar besi itu tanpa menyedari ia tergelincir daripada rel gelongsornya dan terus menghempap mangsa.

Akibat kejadian itu, Mohd. Aqif jatuh terhantuk ke atas simen sebelum dihempap pagar berkenaan sehingga menyebabkan kepala dan muka sebelah kiri kanak-kanak malang itu cedera parah.

Mat Saman juga berasa terkilan kerana terlalu mengikut kehendak cucunya itu yang merengek-rengek mahu pulang bersamanya ke rumah.

"Pada pagi sebelum kejadian, cucu saya itu ikut emak dia bekerja di kilang keropok tidak jauh dari rumah saya.

"Dia nak ikut saya balik, jadi saya bawa dia pulang dan bila sampai, saya terus masuk ke dalam dan dia bermain di halaman rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Teruk dirotan selepas ejek rakan

Posted:

Teruk dirotan selepas ejek rakan

Teruk dirotan selepas ejek rakan

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my


ABDUL RAHIM menunjukkan kesan lebam dan luka pada belakang badan anaknya selepas dirotan seorang ustaz di Bukit Rambai, Melaka semalam.


MELAKA - Seorang bapa mendakwa anaknya yang belajar di sebuah sekolah agama swasta sejak hampir dua bulan lalu dirotan sehingga lebam semata-mata kerana kesalahan mengejek kawan-kawannya.

Abdul Rahim Abdul Wahid, 37, mendakwa, Amir Azamuddin, 14, disebat dengan rotan sebesar ibu jari pada pukul 7.30 pagi Khamis lalu oleh seorang guru Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar Rashidin, Alor Gajah sebanyak 10 kali di belakang, bahu kiri dan kedua-dua betis sehingga lebam-lebam dan luka.

"Saya tidak kisah anak saya dirotan tetapi biarlah hukuman itu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan bukan ikut emosi sampai cedera," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Rambai di sini semalam.

Katanya, Amir Azamuddin memberitahu, kejadian mengejek kawan-kawannya itu berlaku di asrama mereka di Taman Seri Bayu, Alor Gajah pada malam Rabu lalu sebelum seorang rakannya mengadu perkara berkenaan kepada guru terbabit keesokan harinya.

"Sebaik menerima aduan, guru itu yang juga seorang ustaz berjumpa anak saya dan tiga lagi rakannya sebelum merotan mereka," ujarnya.

Hukuman itu dijalankan di madrasah tersebut yang terletak bersebelahan taman berkenaan.

Menurut Abdul Rahim, anaknya dirotan sebanyak sepuluh kali sedangkan rakan-rakannya sebanyak empat atau lima sebatan sahaja.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Korban kes denggi meningkat

Posted:

Korban kes denggi meningkat

Korban kes denggi meningkat

KAJANG - Jumlah kematian akibat demam denggi bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila mencatatkan 15 kematian berbanding lapan kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman (gambar) berkata, daripada jumlah kematian itu, tiga daripadanya adalah kanak- kanak.

"Situasi denggi di negara kita tidak begitu baik, kes-kes telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan iaitu lebih dua kali ganda (sepanjang Januari dan Februari tahun ini) berbanding tempoh sama tahun lepas" katanya kepada pemberita pada Majlis Pelantikan Penyelamat Nyawa 2012 di Sekolah Menengah Vokasional Kajang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan