Ahad, 4 Mac 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


RM17,000 bantu warga tua

Posted: 03 Mar 2012 02:10 PM PST

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM17,000 diperuntukan bagi menampung keperluan warga emas disalur menerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (Mayang) bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, semalam.

Timbalan Ketua Umno bahagian, Saharudin Zainal Abidin berkata, sumbangan RM100 setiap seorang itu diberikan kepada warga emas di perumahan awam dan flat sebagai penghargaan kepada golongan berkenaan.


"Sumbangan kepada ahli kelab warga emas adalah peruntukan tambahan yang dikhususkan kepada kumpulan sasaran bagi memastikan mereka dapat mengecapi hidup lebih selesa.

"Kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib warga emas kerana mereka perlu dibantu supaya dapat menjalani kehidupan lebih baik, terutama selepas pencen.


"Di Parlimen Bandar Tun Razak, 521 warga emas menjadi ahli kelab ini yang menganjurkan pelbagai program menarik khusus buat mereka," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 98 ahli Kelab Warga Emas Jalan Siakap, KM6, Jalan Cheras, di sini, semalam.



Tahan 34 GRO

Posted: 03 Mar 2012 02:10 PM PST

SEREMBAN: Seramai 34 wanita disyaki pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam operasi khas memerangi aktiviti pelacuran di tiga hotel bajet di bandar ini, petang kelmarin.

Serbuan dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri diketuai Pegawai Turus D7 negeri, Asisten Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop, bermula jam 3 hingga 5 petang.


Difahamkan, selain GRO dan penjaga premis, 11 pelanggan turut berada di dalam ketiga-tiga premis itu dan semua mereka ditahan untuk tindakan lanjut.

Hasil serbuan berdasarkan maklumat dan risikan itu, polis dikatakan turut menemui lebih 100 kondom selain tisu dan cecair pelincir seks.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, operasi itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya mengenai kewujudan aktiviti pelacuran di premis terbabit.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan