Rabu, 7 Mac 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Bukan 4 tapi 6 isteri

Posted: 06 Mar 2012 11:18 AM PST

KOTA BHARU: Bermodalkan air liur dan putar belit, seorang lelaki berusia 50-an di sini, dikatakan licik menipu empat isterinya untuk bertindak gila dengan menambah dua lagi 'cawangan' menjadikan jumlah keseluruhan isterinya enam.

Lelaki itu didakwa mengahwini isteri kelima di negara jiran pada Mac tahun lalu dan selang sebulan selepas itu mengahwini pula seorang wanita berstatus janda di tempat sama.

Dakwaan mengejutkan itu didedahkan seorang ahli keluarga terdekat lelaki terbabit yang tidak sanggup melihat saudaranya itu bergelumang dengan dosa.

Waris yang hanya mahu dikenali sebagai Hani, 40, berkata, dia terkejut kerana saudaranya itu berani melanggar hukum Islam apabila memiliki enam isteri serentak.


"Saya hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku kerana ini kesalahan serius. Mempunyai lebih daripada empat isteri melanggar hukum agama dan perkahwinannya dengan isteri kelima dan keenam sepatutnya tidak sah," katanya ketika ditemui, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Lelaki Vietnam mati ditetak

Posted: 06 Mar 2012 11:18 AM PST

PETALING JAYA: Disyaki angkara judi, seorang lelaki warga Vietnam ditemui mati dengan perut terburai serta kesan tetakan di seluruh badan berdekatan sebuah rumah kedai di Jalan Seroja, Damansara Utama di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah berdekatan rumah sewa yang dihuni mangsa bersama isteri serta beberapa rakan senegaranya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata sebaik pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai, sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian untuk siasatan.

Menurutnya, mangsa yang bekerja dengan sebuah syarikat kimpalan dipercayai ditetak mati dalam pergaduhan dengan beberapa orang yang mungkin dikenalinya.


"Mangsa ditetak di seluruh badannya termasuk perut dan kepala dan kami sedang menjejaki rakan mangsa untuk siasatan lanjut," katanya yang menolak kemungkinan samun sebagai motif pembunuhan.


Beliau yang ditemui di lokasi kejadian malam tadi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Sementara itu, seorang lelaki dikenali sebagai Thien yang mengaku teman sekampung mangsa di Vietnam, menjelaskan bahawa mangsa dikenali sebagai seorang yang gemar berjudi.

Menurutnya, kira-kira dua hari lalu, mangsa yang sudah lapan tahun bekerja di Malaysia, dikatakan mengalami masalah dengan beberapa lelaki warga Indonesia berikutan kegiatan judinya.

Katanya, dia percaya kejadian berkenaan berpunca daripada perselisihan faham dengan kumpulan lelaki Indonesia terbabit.

Menurut Thien lagi, mangsa baru melangsungkan perkahwinan tahun lalu dan tinggal bersama isterinya di rumah sewa terbabit.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan