Isnin, 5 Mac 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Berkubang buang susuk

Posted: 04 Mar 2012 09:00 AM PST

KUALA TERENGGANU: Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang wanita insaf dan nekad membuang susuk dipakainya lebih 20 tahun.

Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib serupa.

"Bagaimanapun, bukan senang untuk membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di beberapa anggota tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan.
"Saya terpaksa berendam seminggu dalam kubang kerbau dengan bantuan bomoh yang membuang debu-debu susuk di dalam tubuh.

"Sepanjang seminggu itu, makanan dihantar bomoh berkenaan kerana kubang kerbau tempat saya berendam jauh daripada orang ramai," katanya yang sedia berkongsi keterlanjuran silamnya sebagai iktibar kepada masyarakat.

Hayati berkata, dia mula memakai susuk ketika berusia 25 tahun berikutan ingin kelihatan cantik supaya kedai makan diusahakannya menarik pelanggan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



‘Spider-man’ patah kaki

Posted: 04 Mar 2012 09:00 AM PST

GOMBAK: Bimbang diri dicekup pihak berkuasa, beberapa warga Afrika nekad mempertaruhkan nyawa mereka dengan bergayut ala 'Spider-man' pada balkoni rumah setinggi empat tingkat bagi melarikan diri dalam serbuan Jabatan Imigresen di Taman Aman Siara, Selayang.

Tindakan itu bagaimanapun tidak berjaya dan mengundang padah apabila seorang daripada warga Afrika yang cuba melarikan diri itu patah kaki kanan akibat terjatuh sebelum dicekup.

Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam kelmarin itu yang diketuai Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Amran Ahmad, seramai 44 warga asing diperiksa dan 17 daripadanya ditahan kerana pelbagai kesalahan.

Amran berkata, serbuan itu dijalankan hasil maklumat daripada penduduk taman yang mendapati kebanyakan rumah di kawasan itu didiami warga asing terutamanya warga Afrika.


"Operasi dijalankan berdasarkan aduan penduduk di taman ini dan berdasarkan dari aduan itu kita mengumpul maklumat terutamanya mengenai rumah-rumah yang didiami warga asing sebelum membuat serbuan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan