Harian Metro: BeritaUtama |
6 wanita kaki kelentong diburu Posted: 02 Mar 2012 01:46 PM PST IPOH: Enam wanita turut tersenarai dalam carta penjenayah paling dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit jenayah penipuan khususnya membabitkan pelaburan haram dan skim cepat kaya. Enam wanita warga Malaysia itu layak dilabel 'ratu putar alam' ini kerana amat licik menjalankan penipuan hingga membolehkan mereka mengaut hasil penipuan bernilai ratusan juta ringgit. Sumber Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman memberitahu Harian Metro, keenam-enam mereka yang berusia 33 dan 51 tahun sukar dikesan kerana dipercayai sudah menyusup ke luar negara selain melakukan penyamaran fizikal dan menukar identiti pengenalan diri. Sehubungan itu, katanya, PDRM menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejak mereka, tambahan pula sebahagian daripada mereka dikehendaki polis negara lain kerana melakukan jenayah di negara berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 02 Mar 2012 01:45 PM PST AMPANG: Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.
Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama.
"Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan," katanya.
"Sebelum ini sudah banyak kali dia (suspek) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini. "Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. Namun, kali ini saya benar-benar tidak sempat kerana ibu sakit dan saya agak kelam-kabut di rumah bagi menguruskan beberapa perkara," katanya. Menurut Zahida, dia langsung tidak menjangka pemandunya sanggup menghilangkan diri bersama wang RM200,000 itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan