Ahad, 4 Mac 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


'NGO rakan strategik'

Posted: 04 Mar 2012 03:57 PM PST

Nasional

NAJIB dan Shahrizat serta NGO yang hadir melambaikan tangan pada Program KAR1SMA di Bukit Jalil, semalam.

NAJIB dan Shahrizat serta NGO yang hadir melambaikan tangan pada Program KAR1SMA di Bukit Jalil, semalam.

PM anggap kuasa baru perjuang kebajikan masyarakat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan mengiktiraf pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai kuasa baru pergerakan rakyat dan rakan strategik dalam memperjuangkan isu kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.

Oleh itu, Perdana Menteri berharap NGO bergerak seiring dengan kerajaan bagi memantapkan pentadbiran dan memajukan ekonomi, politik dan sosial negara kerana Barisan Nasional (BN) tidak pernah alpa terhadap janjinya untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. "Kita mengiktiraf fungsi NGO sebagai rakan strategik dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, apatah lagi dengan kemampuan NGO muncul sebagai kuasa baru dalam membantu memajukan masyarakat dan negara.

"Dengan ledakan teknologi maklumat (IT) dan fenomena globalisasi, maka berlaku perubahan besar dalam NGO yang hari ini muncul sebagai kuasa baru untuk memajukan masyarakat," katanya berucap merasmikan program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan kira-kira 20,000 pemimpin serta ahli 1,623 NGO dari seluruh negara.

Program itu bertujuan memberi penghargaan kepada NGO sebagai rakan strategik kerajaan dalam membantu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melaksanakan pelbagai program agama, kebajikan, kesukarelaan, kesihatan, pendidikan dan kebudayaan.
Pada majlis itu, 18 NGO membuat pengakuan secara berasingan untuk terus memberikan sokongan padu kepada BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, selain memohon kerajaan menyediakan dana lebih besar bagi membantu NGO melaksanakan program kebajikan dan kesejahteraan anggota masyarakat.

Perdana Menteri berkata, kejayaan negara dalam bidang ekonomi, politik dan sosial sekarang dan pada masa depan tidak datang bergolek, sebaliknya direalisasikan melalui kecekapan urus tadbir kerajaan BN yang menjanjikan kelangsungan kesejahteraan.

Katanya, sejajar konsep turun padang dan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, kerajaan akan mempergiat usaha mendekati NGO berbanding menunggu pertubuhan itu datang untuk memohon bantuan kerajaan sebelum ini.

Cuti umum tidak dikurangkan

Posted: 04 Mar 2012 03:55 PM PST

Nasional

MUHYIDDIN beramah mesra dengan  orang ramai selepas melancarkan  Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

MUHYIDDIN beramah mesra dengan orang ramai selepas melancarkan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Pelaksanaan gaji minimum ambil kira semua aspek produktiviti

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang mengurangkan jumlah cuti umum apabila gaji minimum dilaksanakan tidak lama lagi kerana pelaksanaannya sudah mengambil kira aspek produktiviti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, produktiviti pekerja tetap perlu ditingkatkan bagi memastikan Malaysia setanding negara maju lain. "Walaupun gaji minimum akan ditetapkan, semua pihak ada peranan masing-masing dalam memastikan ekonomi terus berkembang dan rakyat mendapat faedah daripadanya serta tidak bawa kesan yang boleh menjejaskan pertumbuhan negara.

"Itu kita ambil kira sebab kajian sudah dibuat agak mendalam sejak sekian lama," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2012 di Dataran Merdeka di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dalam blognya, baru-baru ini yang mendakwa Malaysia boleh muflis jika gaji minimum dilaksanakan kerana terpaksa membayar lebih untuk kerja yang kurang selain mempunyai terlalu banyak cuti umum yang boleh menjejaskan produktiviti negara.

Muhyiddin berkata, butiran lanjut mengenai pelaksanaan gaji maksimum itu akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi.
"Ia (gaji minimum) sudah dilaksanakan negara lain, memang kita percaya ada asas (untuk laksanakan) tapi kita buat bukan secara terburu-buru.

"Kerajaan akan ambil kira semua faktor termasuk kos hidup, inflasi dan perbezaan di wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung serta keupayaan majikan membayar, selain kesannya kepada ekonomi.

"Bila sampai masanya, kita akan jelaskan secara terperinci apa yang akan diputuskan kerajaan, Saya percaya kita harus menunggu. Kita sudah capai persetujuan dengan banyak pihak yang terbabit seperti majikan, pekerja dan Menteri Sumber Manusia sudah kemukakan cadangan. Sampai masanya yang sesuai tidak lama lagi ia akan diumumkan Perdana Menteri sendiri, tunggulah," katanya.

Sementara itu, mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa dasar penswastaan yang diamalkan kerajaan sebagai keuntungan penswastaan, kerugian bersosial, Muhyiddin berkata kerajaan ada asas dan pertimbangan dalam melaksanakan dasar itu.

Katanya, pelaksanaan dasar itu memberi impak yang baik kepada kehidupan rakyat, serta tidak dapat dielakkan kerana kerajaan mahu swasta memainkan lebih banyak peranan pada masa akan datang.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mustafa9651@gmail.com

Langkah yang diambil kerajaan amat tepat pada masanya. Ini memandangkan kos hidup semakin menaingkat dimana dengan gaji/pendapatan RM3500 ke bawah amat membebankan rakyat. Rakyat akur dengan transformasi kerajaan dan dalamasa yang sama kerajaan wajar bersedia meletakkan gaji/pendapatan pekerja sama ada kerajaan/swasta dalam situasi menang-menang.

shafiq

salam 1 malaysia klu gaji bru dpt d laksanakan pkrja tmpatan brbesar hti krana krajan pnting kn rkyat 2 nama nya krjaan bkn nya ckp2 ksong je.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan