Ahad, 4 Mac 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Tekad, janji BN

Posted: 03 Mar 2012 02:35 PM PST

MukaDepan

DATUK Seri Najib Razak melihat cenderahati berupa gambar beliau bersama ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein semasa perasmian Sekolah Kebangsaan Weng, Baling pada 1962, yang disampaikan oleh Jab Yunus, 82, (dua, kanan) sempena Program Mesra Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil sempena lawatan sehari beliau ke Baling dan Sungai Petani, semalam.

DATUK Seri Najib Razak melihat cenderahati berupa gambar beliau bersama ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein semasa perasmian Sekolah Kebangsaan Weng, Baling pada 1962, yang disampaikan oleh Jab Yunus, 82, (dua, kanan) sempena Program Mesra Rakyat di Padang Awam Kuala Ketil sempena lawatan sehari beliau ke Baling dan Sungai Petani, semalam.

Najib berazam perbaiki kesilapan, pacu negara capai kegemilangan

BALING: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan bangkit daripada kesilapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 untuk terus memacu negara mencapai kegemilangan dengan menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

Sambil mengakui kesilapan pada PRU-12 lalu yang menyebabkan BN hilang empat negeri, Perdana Menteri bagi pihak BN meminta maaf kepada rakyat di atas kekurangan itu dan berjanji memperbaikinya. "Saya bagi pihak BN meminta maaf daripada kesilapan dulu dan berjanji belajar daripada kesilapan itu. Kita akan bangkit daripada kesilapan lalu untuk membina mahligai yang lebih kukuh.

"Ini azam dan pengakuan kita kepada rakyat yang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat," katanya.

Berucap di depan 20,000 masyarakat sekitar sini dan Sik pada majlis bersama rakyat di Padang Awam Kuala Ketil di sini, semalam, Perdana Menteri berkata, pemimpin BN tidak boleh bongkak dan angkuh, sebaliknya tunduk kepada kuasa rakyat.

"Rakyat tolak BN dulu mesti ada silap kita dan kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat," katanya.
Najib berkata, kerajaan tidak akan berjanji sesuatu perkara yang tidak boleh ditunaikan sebagaimana dilakukan pakatan pembangkang pada pilihan raya lalu.

Beliau memberi contoh janji kerajaan untuk memberi bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar dalam Bajet 2012, sudah ditunaikan.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak lagi tertipu dengan helah pakatan pembangkang yang membuat pelbagai janji tetapi tidak dapat ditunaikan.

"Pada PRU 2008, kita (rakyat) sudah termakan janji tetapi apa dah jadi dengan janji itu... janji tinggal janji... janji manis," katanya.

Perdana Menteri berkata, angin perubahan di Kedah juga jelas kelihatan yang menunjukkan rakyat mahukan perubahan untuk kembali kepada BN.

"Insya-Allah, berkat sokongan rakyat, perubahan besar akan berlaku di Kedah," katanya sambil mengingatkan pemimpin UMNO supaya bersatu, bukannya mementingkan diri dan jangan berebut-rebut kerusi untuk bertanding.

"Jangan berebut kerusi... yang penting menang," katanya.

Beliau berkata, hanya BN dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat.

"Kita ada perancangan yang jelas, kita ada agenda yang tersusun rapi, kita ada peta jalan, kita ada fakta dan ada angka. Perangkaan yang cukup lengkap untuk memacu perubahan, membawa negara ke arah wawasan menobatkan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ini bukan macam Buku Jingga," katanya.

Najib berkata, kerajaan mahu memberi isyarat dan gambaran jelas bahawa kerajaan sudah hampir untuk melakukan transformasi perubahan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Budak maut dihempap pagar datuk

Posted: 03 Mar 2012 02:29 PM PST

MukaDepan

JERTIH: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut dihempap pintu pagar besi ketika bermain di rumah datuknya di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Muhammad Aqif Najwan Majuki (gambar), bermain bersendirian dengan berpaut sambil menolak dan menyorong pintu pagar besi itu.

Muhammad Aqif Najwan dari Kampung Pengkalan Nyireh, ditinggalkan ibu bapa untuk dijaga datuknya Mat Seman Pak Adek, 67, seorang pesara, ketika mereka bekerja. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Mat Seman berada tidak jauh dari pintu pagar berkenaan ketika kejadian.

"Sebaik melihat pintu pagar itu terbalik dan menimpa cucunya, Mat Seman, berkejar mendapatkan cucunya yang berlumuran darah dan menghantarnya ke Hospital Besut (HB), di sini," katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Aqif Najwan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital akibat kecederaan parah di kepala dan pipi kirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan