Ahad, 19 Februari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


2,183 pengundi awam ragu dicari

Posted:

2,183 pengundi awam ragu dicari

2,183 pengundi awam ragu dicari

Oleh LEE HOOI BOON
utusanpulaupinang@utusan.com.my

PULAU PINANG 18 Feb. – Pejabat Pilihan Raya Negeri mengesahkan terdapat seramai 2,183 penduduk di negeri ini merupakan 'pengundi awam ragu' di mana status mereka tidak diketahui.

Pengarah Pilihan Raya negeri, Morat Pora berkata, golongan tersebut wujud disebabkan kebanyakan mereka masih menggunakan kad pengenalan lama dan belum memperbaharui kepada MyKad.

Katanya, terdapat juga sebahagian individu tidak mengambil MyKad masing-masing dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyebabkan status mereka tidak aktif.

"Sehubungan itu, saya menyeru golongan ini agar mengemaskini maklumat mereka di JPN secepat mungkin bagi memastikan MyKad mereka aktif.

"Jika tidak, mereka tidak boleh mendaftar sebagai pengundi pada pilihan raya umum akan datang," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Turut hadir, timbalannya, Mohd. Faiz Syazwan Zainal Abidin.

Pejabat Pilihan Raya negeri mempaparkan senarai nama 'pengundi awam ragu' berkenaan dan mengagihkannya kepada parti-parti politik bagi mengesan golongan itu sejak 27 Oktober sehingga 31 Januari lalu.

Bagaimanapun, golongan berkenaan masih belum mengemaskini maklumat dengan JPN.

Pada perkembangan berkaitan, Morat menjelaskan, sehingga 29 November tahun lalu, seramai 803,304 daripada 957,350 penduduk yang berusia 21 tahun dan ke atas di Pulau Pinang telah mendaftar sebagai pengundi.

"Manakala, masih ada lagi 154,046 orang belum berbuat iaitu 18.2 peratus belum mendaftar sebagai pengundi,'' katanya.

Justeru, saya meminta golongan ini supaya mendaftar secepat mungkin bagi menjalankan tanggungjawab selaku rakyat Malaysia," katanya.

Taman Permai Baru dilanda banjir kilat

Posted:

Taman Permai Baru dilanda banjir kilat

Taman Permai Baru dilanda banjir kilat


Seorang penduduk terpaksa meredah banjir ketika membersihkan rumahnya selepas dilanda banjir kilat di Taman Permai Baru, Jalan Langgar di Alor Setar, kelmarin.


ALOR SETAR 18 Feb. - Lebih 20 rumah di Taman Permai Baru, Batu 3, Langgar di sini dilanda banjir kilat setelah hujan lebat melanda kawasan itu kira-kira sejam semalam.

Seorang penduduk di kawasan itu, Amjad Abd. Majid, 48 berkata, hujan lebat bermula kira-kira pukul 8 malam dan kawasan tersebut tidak pernah dinaiki air walaupun banjir besar melanda bandar raya itu dua tahun lalu.

"Masalah ini bermula apabila sebuah projek perumahan dibina berhampiran dengan taman perumahan ini dan aliran air longkang mula tersumbat.

"Semalam bila hujan lebat aliran air longkang tidak dapat disalurkan keluar dari kawasan taman dan air naik sehingga ke paras betis," katanya ketika ditemui di Taman Permai Baru, di sini hari ini.

Menurutnya, rumahnya turut dimasuki air sehingga ada perabot yang rosak dan penduduk di taman tersebut risau setiap kali hujan melanda.

"Kami mahu pihak pemaju bertanggungjawab dan membuat longkang baru agar aliran air tidak lagi terhalang.

"Setiap kali hujan lebat memang kami tidak dapat melelapkan mata kerana risau berlaku banjir kilat lagi," ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Ros Salleh, 49 berkata, baru-baru ini dia juga telah berjumpa dengan pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk mengadu mengenai masalah itu.

"Pegawai MBAS juga telah berjumpa dengan pihak pemaju agar mereka membina laluan air yang baru bagi mengalirkan air dari kawasan taman ini.

"Namun sehingga sekarang pihak pemaju masih tidak membina laluan air yang baharu dan semalam rumah kami telah dinaiki air," jelasnya.

Katanya, penduduk-penduduk di taman itu sangat berharap pihak MBAS akan segera mengambil tindakan kepada pemaju perumahan itu yang enggan membina laluan air yang baharu.

Iktiraf platun baharu Rela

Posted:

Iktiraf platun baharu Rela

Iktiraf platun baharu Rela

SUNGAI SIPUT 18 Feb. - Lebih 60 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Kampung Makmur di sini tidak akan menjalankan tugas jika Rela daerah dan negeri tidak mengiktiraf jawatankuasa baharu platun mereka.

Ia berikutan kedua-dua badan tersebut masih berurusan dengan jawatankuasa lama dalam urusan keselamatan kampung termasuk membendung masalah kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.

Seorang anggota terlibat, Mohd. Jais Abdul Aziz, 40, berkata, sebelum ini mereka telah mengadakan perhimpunan di kampung berkenaan bagi meminta Rela daerah dan negeri mengiktiraf penubuhan jawatankuasa baharu dan melantik ketua platun baharu.

''Kami juga telah menghubungi Pegawai Rela Daerah namun tiada tindakan diambil atas permohonan tersebut,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, pelantikan dan penyusunan platun baharu itu telah dibuat pada November lalu.

''Kita telah menghantar senarai nama jawatankuasa platun baharu ke peringkat atasan tetapi sehingga kini belum lagi diiktiraf," katanya.

Seorang anggota, Syed Hamid Syed Abdullah, 50, dari Kampung Tok Bayas berkata, ekoran masalah tersebut, mereka hilang semangat untuk meneruskan tanggungjawab dalam menjaga keselamatan kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan