Jumaat, 10 Februari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


MDPT tutup pasar sehari Naka

Posted:

MDPT tutup pasar sehari Naka

MDPT tutup pasar sehari Naka

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 9 Feb. - Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) berjaya menjalankan operasi penutupan tapak pasar sehari Naka pada Ahad minggu lalu dan operasi itu akan diteruskan Ahad ini.

Pegawai Kesihatan Persekitaran MDPT, Mohamad Nzari Ahmad berkata, pihak Koperasi Serbaguna Pekan Naka telah diberi arahan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sehingga keadaan memuaskan.

"Sekiranya gagal, MDPT akan terus menutup operasi di pekan sehari ini dan pihak majlis sedang menimbang pandangan para peniaga serta perkata tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDPT pada 15 Febuari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, pihak Koperasi Serbaguna Pekan Naka telah memaklumkan kepada MDPT bahawa kerja-kerja pembersihan pasar sehari itu sedang giat dijalankan.

"Pihak koperasi juga memaklumkan bahawa mereka sedang melaksanakan pendaftaran semula peniaga yang akan diadakan esok sehingga Sabtu bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengahari.

"Para peniaga dinasihatkan agar mendaftar dengan pihak koperasi dengan segera," ujarnya.

Tambahnya, peniaga-peniaga di pasar malam di pekan Naka tidak terlibat dalam operasi tersebut dan boleh meneruskan perniagaan seperti biasa.

"Walaubagaimanapun peniaga pasar malam dan gerai berhampiran yang tidak terlibat dalam operasi dinasihatkan sentiasa menjaga kebersihan kawasan perniagaan masing-masing serta memastikan bahawa perniagaan mereka mempunyai lesen yang sah dari MDPT," katanya.

RM173 juta harta musnah sepanjang 2011

Posted:

RM173 juta harta musnah sepanjang 2011

RM173 juta harta musnah sepanjang 2011


AHMAD Shahabuddin (dua kanan) memeriksa Perbarisan Tahunan 2012 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 9 Feb. - Jumlah kerugian harta benda akibat kebakaran di negeri ini meningkat kepada RM173 juta tahun lalu berbanding RM44 juta pada 2010.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Ahmad Shahabuddin berkata, sehubungan itu jabatan tersebut akan meningkatkan kesedaran kebakaran dalam kalangan penduduk terutama di kawasan luar bandar.

Katanya, itu termasuk mengadakan kempen kesedaran dari rumah ke rumah, terutama di kawasan kampung bagi mengurangkan risiko kebakaran.

"Tahun ini fokus jabatan selain meningkatkan prestasi dalam kalangan anggota termasuk tempoh tindak balas ketika kebakaran kita juga akan berusaha meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terutama di kampung.

"Caranya termasuk mendekati penduduk kampung yang dikenalpasti lebih banyak menyumbang kepada kes-kes kebakaran.

"Kita beri nasihat supaya mereka lebih berwaspada tentang kebakaran dan kalau mereka mampu, belilah alat pemadam kebakaran di rumah. Ada satu pun dah cukup," katanya lagi.

Beliau berkata demikia kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di ibu pejabat JBPM Kedah di sini hari ini.

Ahmad menambah, tindakan anggota masyarakat ketika berhadapan dengan kejadian kebakaran turut memainkan peranan membantu pihak bomba melakukan kerja-kerja menyelamat nyawa dan harta benda.

"Apa yang sering berlaku adalah mereka yang terlibat dalam kejadian kebakaran ini lambat bertindak, termasuk membuat panggilan kecemasan mungkin kerana sibuk dengan kerja-kerja lain.

"Sedangkan langkah pertama yang sepatutnya mereka lakukan selepas mencari tempat selamat untuk berlindung adalah membuat panggilan kecemasan. Lebih cepat panggilan dibuat lebih cepat bomba tiba di lokasi dan memadamkan kebakaran," katanya.

Katanya lagi lagi, selain itu pihaknya juga akan mempertingkatkan kemahiran anggota bomba sukarela dengan mengadakan latihan berjadual memandangkan khidmat mereka turut penting kepada masyarakat.

Sehingga terdapat 47 pasukan bomba sukarela dengan keanggotaan 2,004 orang di Kedah.

Turun padang atasi sindrom GTB - Shaik Hussein

Posted:

Turun padang atasi sindrom GTB - Shaik Hussein

Turun padang atasi sindrom GTB - Shaik Hussein

PULAU PINANG 9 Feb. - Pemimpin UMNO di setiap bahagian perlu turun padang dan bertemu dengan ahli bagi menangani sindrom Geng Tolak Bahagian (GTB).

Ketua Pemuda UMNO negeri, Ir. Shaik Hussein Mydin berkata, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut.

Menurutnya, keadaan sedemikian mungkin wujud disebabkan golongan berkenaan kecewa dengan tindakan atau sikap pemimpin utama bahagian itu sendiri.

"Kita tidak boleh sombong dan menunggu GTB datang kepada kita. Kita perlu bersemuka dengan mereka.

"Pemuda UMNO negeri yakin jika semua pemimpin utama bahagian mempraktikkan sifat pemaaf dan bertoleransi, maka GTB akan bertukar membawa maksud Geng Terima Bahagian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya memberi amaran mengenai kewujudan GTB di setiap bahagian.

Kumpulan tersebut dianggotai oleh ahli-ahli UMNO sendiri yang cuba memboikot atau mensabotaj bahagian masing-masing jika 'orang mereka' tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti.

Pergerakan kumpulan berkenaan kini dikesan di beberapa bahagian di negeri ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan