Ahad, 5 Februari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


191 penduduk cemas

Posted:

191 penduduk cemas

191 penduduk cemas

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

SERI MANJUNG 4 Feb. - Seramai 191 penduduk Seri Manjung Fasa 3A dekat sini cemas apabila kediaman mereka dilanda angin kencang dalam kejadian ribut yang berlaku petang semalam.

Dalam kejadian ribut selama 10 minit pada pukul 6.10 petang itu, kesemua rumah penduduk terbabit serta surau dan sekolah agama rakyat mengalami kerosakan teruk.

Kejadian ribut yang disifatkan terburuk itu merupakan kali kelima berlaku di taman perumahan tersebut dalam masa setahun sehingga menyebabkan bumbung dan sengkuap hias sebahagian besar rumah terbabit rosak ekoran diterbangkan angin kencang.

Seorang penduduk, Norzihan Harun, 47, berkata, semasa kejadian dia dan 13 kariah wanita sedang membaca surah Yasin iaitu rutin mereka setiap Khamis pertama setiap bulan di Surau Nurul Iman berhampiran rumahnya.

"Hujan yang mulanya renyai-renyai semakin lebat diiringi dengan angin kencang dan bunyi berdesing. Beberapa atap surau mula diterbangkan angin berpusar seolah-olah puting beliung.

"Biarpun tubuh menggeletar dan sebahagian permaidani yang kami duduk terangkat oleh angin, kami teruskan juga membaca surah Yasin. Alhamdulillah ribut berhenti sejurus selesai surah itu dibaca," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Norzihan memberitahu, selepas itu dia mendapati sebahagian besar bumbung rumahnya diterbangkan ribut yang menyebabkan beberapa perabot dan peralatan elektrik rosak terkena air hujan.

Azizah Zainal Abidin, 59, pula mendakwa, kerugian ribuan ringgit apabila sengkuap hias dipasang di halaman rumahnya yang terletak di lot tepi tercabut dan diterbangkan ribut.

"Semasa kejadian saya sedang mandi. Oleh kerana terlalu takut, saya berlindung di situ sehingga ribut berhenti. Sebaik sahaja keluar, saya dapati lebih 30 keping atap rumah diterbangkan ribut selain siling pecah, sebahagian dinding rumah retak dan beberapa peralatan elektrik rosak," katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Manjung, Anwar Ismail yang ditemui memberitahu, pihaknya dalam keadaan berjaga-jaga selepas menerima laporan kemungkinan kejadian ribut itu akan berlaku lagi dalam tempoh tiga hari.

Katanya, sebuah pusat pemindahan di Dewan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sedang disiapkan untuk menghadapi sebarang kemungkinan selain difahamkan pejabat Menteri Besar telah mengeluarkan peruntukan khas bagi membantu mangsa ribut terbabit.

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia percuma di Jom Masuk U

Posted:

Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia percuma di Jom Masuk U

Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia percuma di Jom Masuk U


Ketua Eksekutif Kolej Islam Sains dan Teknologi, Mimi Suriani Md. Rashid (kanan) bersama pegawainya mengedarkan Utusan Malaysia kepada pengunjung sempena Karnival Jom Masuk U di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 4 Feb. - Orang ramai yang mengunjungi Karnival Jom Masuk U di Stadium Darul Aman di sini hari ini dan esok berpeluang mendapatkan naskhah percuma Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Akhbar diedarkan oleh Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) cawangan Kedah yang menaja sebanyak 3,000 naskhah Utusan Malaysia dan 2,000 naskhah Mingguan Malaysia.

Ketua Eksekutif KIST Kedah, Mimi Suriana Md. Rashid berkata, akhbar tersebut diedarkan di pintu masuk bilik pameran karnival tersebut bermula pukul 9 pagi.

"Program ini adalah sebahagian daripada perkongsian pintar antara KIST dan Utusan Malaysia di mana kami sentiasa menaruh keyakinan terhadap akhbar ini dalam menyebarkan maklumat terkini termasuk berkaitan pendidikan," katanya yang turut serta mengedarkan akhbar itu.

Menurutnya, orang ramai terutama lepasan sekolah dijemput untuk mengunjungi kios KIST di karnival tersebut bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai program pengajian yang ditawarkan di KIST.

"Karnival ini akan dibuka pada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang mulai Sabtu hingga Ahad dan pegawai kami sedia membantu memberi maklumat yang diinginkan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Seorang remaja maut dalam kemalangan

Posted:

Seorang remaja maut dalam kemalangan

Seorang remaja maut dalam kemalangan

NIBONG TEBAL 4 Feb. - Seorang remaja terbunuh manakala empat yang lain cedera termasuk seorang parah apabila kereta yang dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 130 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Jawi pagi ini.

Pemandu kereta, Mohd. Idzham Muhd. Radzi, 19, dari Sungai Nibong, Bayan Lepas mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, dalam kejadian pukul 9.15 pagi ini, mangsa bersama empat lagi rakannya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang.

Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai melanggar belakang lori.

"Kemalangan itu menyebabkan kereta itu dan mangsa terperosok di belakang lori," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan