Ahad, 19 Februari 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Tahap kuasai jawi membimbangkan

Posted:

Tahap kuasai jawi membimbangkan

Tahap kuasai jawi membimbangkan

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my


Zubir Embong (belakang dua dari kiri) dan Syed Anuar Syed Mohamad (kiri) melihat pemenang bagi pertandingan tulisan jawi dari kiri, Sharifah Nurul Fathimah Syed Omar, Nina Syukriah Ahmad Zabidi dan Muhammad Muizz Razi di SMK Sultan Ahmad Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 18 Feb. -Tahap penguasaan jawi di kalangan pelajar sekolah berasrama penuh dan di sekolah-sekolah agama ternama di negeri ini agak membimbangkan di sebalik kecemerlangan akademik mereka.

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Terengganu menyimpulkan keadaan itu berasaskan tinjauan beberapa pihak termasuk Jabatan Pelajaran sendiri.

Setiausahanya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, masih terdapat kalangan pelajar gagal menulis dan membaca jawi, sedangkan ia merupakan asas bagi subjek teras iaitu bahasa Arab dan sumber penguasaan al-Quran.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak-pihak berkenaan agar mengambil langkah pro-aktif dengan mewajibkan para pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke sekolah seumpama itu menduduki ujian khas tulisan jawi.

"Ujian khas tulisan jawi itu perlu dijadikan sebagai syarat tambahan kepada pengambilan pelajar untuk meneruskan pengajian mereka ke sekolah agama," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Memperkasakan Tulisan Jawi Parlimen Kuala Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad di sini hari ini.

Pelancaran program anjuran Gagasan Terengganu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah itu disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Kristal Taman Tamadun Islam (TTI), Datuk Zubir Embong.

Hadir sama, Penolong Pengarah Yayasan Terengganu (YT) yang juga Yang Dipertua Gagasan Kuala Terengganu, Dr. Wan Shaari Wan Ismail; Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Abdullah Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Pemasaran Utusan Wilayah Timur, Ahmad Din Mahmud .

Syed Anuar juga menyarankan supaya Kementerian Pelajaran menjalankan kajian teliti mengenai perkara itu termasuk meminda sukatan pelajaran sedia ada dalam usaha menarik minat pelajar terhadap tulisan jawi.

Beliau yang memuji usaha Utusan Malaysia yang terus mempertahankan tulisan jawi berharap agar akhbar sisipannya menggunakan ejaan yang diselaraskan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Menurutnya, langkah itu demi kepentingan semua pihak khususnya para pelajar agar tidak timbul kekeliruan mengenai ketepatan ejaan jawi apabila wujud dua versi yang berbeza.

Sementara itu, bagi menjayakan program tersebut, sebanyak 4,800 naskah akhbar sisipan Utusan Melayu Mingguan (jawi) diedarkan kepada lapan buah sekolah rendah sekitar daerah ini untuk selama lapan minggu bermula 13 Februari lalu hingga 21 Mei ini.

Sepanjang tempoh itu, beberapa siri pertandingan akan diadakan termasuk buku skrap, menulis jawi, membaca jawi dan sudut jawi.

Gerai Lemang Kijal diselubungi debu

Posted:

Gerai Lemang Kijal diselubungi debu

Gerai Lemang Kijal diselubungi debu

KEMAMAN 18 Feb. - Sebahagian besar daripada 21 pengusaha lemang yang berniaga di deretan Gerai Lemang Kijal, Jalan Bukit Anak Dara di sini menghentikan peniagaan mereka sejak dua minggu lalu.

Ia ekoran mereka tidak lagi tahan untuk berada di kawasan gerai itu yang sentiasa diselubungi debu, berpunca daripada lori-lori yang berulang-alik mengambil tanah di kawasan Bukit Panjang.

Hanya tiga daripada peniaga masih membuka gerai dalam keadaan yang tidak begitu selesa kerana terpaksa terus menghidu habuk dan mereka semakin kehilangan pelanggan.

Salah seorang peniaga, Roslina Mohamad, 36, berkata, masalah debu di laluan berkenaan yang ketara sejak dua minggu lalu turut menjejaskan penglihatan para pemandu kenderaan di laluan itu.

Dia yang sudah berniaga di situ sejak enam tahun lalu memberitahu, keadaan menjadi paling buruk pada waktu tengah hari dan petang dengan persekitaran seakan dilanda jerebu tebal.

Katanya, masalah itu amat memberi kesan kepada kami yang berniaga makanan kerana keadaan gerai sentiasa berdebu dan habuk berterbangan.

"Kami terpaksa menutup hidung sepanjang waktu. Ada kawan-kawan mengalami demam dan batuk.

"Menjual lemang adalah punca pendapatan keluarga sayak. Kami bukan mahu halang kerja-kerja oleh pemaju tetapi harap mereka cari jalan membendung masalah yang kami hadapi," ujarnya ketika ditemui semalam.

Prestasi projek 'hidupkan semula' Tasik Kenyir perlahan

Posted:

Prestasi projek 'hidupkan semula' Tasik Kenyir perlahan

Prestasi projek 'hidupkan semula' Tasik Kenyir perlahan

HULU TERENGGANU 18 Feb. - Prestasi kemajuan kerja beberapa projek bagi membangunkan Tasik Kenyir sebagai kawasan peranginan bebas cukai kini agak perlahan.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan kontraktor memenuhi tanggungjawab mereka agar tidak menjejaskan perancangan kerajaan.

''Kita mahu projek-projek yang telah diserahkan kepada kontraktor dapat disiapkan mengikut jadual dan mereka perlu memberikan komitmen," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sekali lagi mengadakan tinjauan bagi meneliti perkembangan terkini pembangunan Pulau Bayas di Tasik Kenyir kelmarin.

Pulau itu merupakan pulau utama kawasan bebas cukai yang dirancang bagi 'menghidupkan semula' Tasik Kenyir agar dapat menjadi pemangkin industri pelancongan negeri.

Salah satu projek yang agak perlahan adalah pembinaan infrastruktur tapak utama di Pulau Bayas yang melibatkan kos RM17 juta.

Tinjauan Menteri Besar mendapati projek itu hanya mencapai sembilan peratus indeks kemajuan berbanding 15 peratus yang ditetapkan dalam jadual asal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan