Sabtu, 18 Februari 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Gugusan Pulau Orkid di Kenyir

Posted:

Gugusan Pulau Orkid di Kenyir

Gugusan Pulau Orkid di Kenyir

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my


AHMAD Said (kiri) melawat ke Pulau Orkid yang dibangunkan di Pulau Hulu Selimbar, Pulau Hilir Selimbar dan Pulau Belit di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, kelmarin .


HULU TERENGGANU 17 Feb. - Tiga buah pulau kecil yang keseluruhannya seluas 2.7 hektar di Tasik Kenyir sedang dimajukan sebagai gugusan Pulau Orkid bagi menarik peminat bunga dari seluruh dunia.

Lebih 3,000 spesies orkid bakal mewarnai Pulau Hulu Selimbar, Pulau Hilir Selimbar dan Pulau Belit di kawasan utara tasik itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi menyediakan kemudahan dan menempatkan spesies orkid liar serta hibrid dari dalam dan luar negara di pulau itu.

Menurutnya, projek itu kini mencapai tahap 35 peratus kemajuan dengan 400 spesies orkid terkumpul dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Katanya, sebahagian spesies orkid liar yang bakal ditempatkan di pulau ini berasal dari negeri ini iaitu yang diperoleh dari sekitar tasik ini, Cemerong di Dungun, kawasan Gunung Tebu (Besut) dan Lata Payong (Setiu).

"Apabila siap kelak, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis orkid termasuk yang terbesar di dunia dan yang paling kecil iaitu hanya boleh dilihat dengan kanta pembesar.

''Ada juga yang paling wangi dan paling busuk," katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan ke pulau berkenaan semalam.

Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat, Pengarah Unit Perancangan Ekonomi negeri, Datuk Mat Razali Kasim dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Wan Mat Amin Wan Daud.

Menurut Ahmad, dua jambatan yang menghubungkan tiga pulau itu telah siap termasuk sebuah jambatan gantung dan laluan pejalan kaki.

"Kini kontraktor sedang membina kios jualan dan cenderamata, pusat penyelidikan dan pembenihan orkid serta beberapa lagi kemudahan lain.

"Pelbagai jenis orkid hibrid boleh dibeli pengunjung apabila dibuka kelak dan ada yang bernilai mencecah RM10,000. Orkid yang mahal ini biasanya untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan ia spesies terancam," katanya.

RM72 juta tingkatkan taraf kesihatan rakyat

Posted:

RM72 juta tingkatkan taraf kesihatan rakyat

RM72 juta tingkatkan taraf kesihatan rakyat

KUALA TERENGGANU 17 Feb. - Kerajaan negeri memperuntukkan RM72 juta bagi Tabung Dana Khas Perubatan agar rakyat mendapat kemudahan rawatan terbaik dan tidak terbeban dengan masalah kewangan sejak lima tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Anwa Sulaiman berkata, Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang menyalurkan peruntukan khas kepada pihak hospital bagi menyediakan dana dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan rakyat.

Katanya, Tabung Dana Khas Perubatan itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu dana khas bertujuan menaik taraf perkhidmatan perubatan melibatkan peruntukan RM62 juta manakala dana khas untuk kebajikan sosial perubatan bernilai RM10 juta.

"Sejak 2007m, sumbangan berjumlah RM72 juta telah disalurkan melalui dana berkenaan bertujuan membeli pelbagai kemudahan peralatan termasuk 20 ambulans (RM3.2 juta) dan mesin Echocardiography bernilai RM1 juta," katanya pada majlis penyampaian sumbangan RM2 juta kepada Tabung Dana Bantuan Kebajikan Sosial Perubatan di Kompleks Rawatan Harian, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), dekat sini semalam.

Katanya, selain ambulans dan mesin Echocardiography, menerusi tabung itu juga peralatan untuk perkhidmatan reproduktif bagi Program Bayi Tabung Uji turut dibangunkan melalui peruntukan sebanyak RM500,000.

Tambahnya, sejak ia dilaksanakan November 2009 hingga Disember 2010, lima bayi telah dilahirkan melalui kaedah tabung uji sekali gus menjadikan HSNZ sebagai salah sebuah daripada empat hospital kerajaan di negara ini yang menawarkan perkhidmatan itu.

Selain itu, jelasnya, Terengganu juga mencipta sejarah dalam perubatan negara apabila menggunakan peralatan canggih Mesin Tomografi Berkomputer Multiclise (MSCT) yang mampu menghasilkan 64 imej pada setiap imbasan.

Mesin berharga RM2 juta itu juga dapat ditingkatkan keupayaannya sehingga 128 imej melebihi keupayaan mesin imbasan biasa.

Anwa menambah, keprihatinan kerajaan negeri dalam menyediakan perkhidmatan perubatan terbaik buat rakyat disambut baik oleh pihak jabatan.

Sambutan Maulidur Rasul daerah Setiu meriah

Posted:

Sambutan Maulidur Rasul daerah Setiu meriah

Sambutan Maulidur Rasul daerah Setiu meriah

SETIU 17 Feb. - Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Setiu berlangsung semalam dalam suasana meriah dengan penyertaan lebih 5,000 orang.

Ia bermula dengan perarakan sejauh hampir dia kilometer dari stadium mini Tarong dan berakhir di Padang Astaka, Bandar Permaisuri.

Sebanyak 65 kontinjen mewakili pelbagai jabatan, agensi kerajaan, pelajar, tadika dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menyertai perarakan berkenaan.

Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafee mengetuai perarakan yang mencatatkan penyertaan terbesar itu.

Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha'ari Idris; Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Abd Halim Jusoh; Pegawai Daerah, Mohamad Nor Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah, Ishamudin Hashim.

Mohd. Jidin ketika berucap merasmikan sambutan itu berkata, penyertaan begitu ramai peserta memperlihatkan semangat mereka yang tinggi dalam usaha menyemarakkan syiar Islam.

Sementara itu, pasukan Majlis Daerah Setiu (MDS) dengan 58 kakitangan dipilih sebagai johan perarakan kategori jabatan kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan dengan hadiah RM2,000.

Naib johan disandang oleh Kolej Teknologi Bestari (KTB) dengan hadiah RM1,500 dan tempat ketiga ialah Pejabat Pelajaran Derah Setiu (RM1,000).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan