Ahad, 19 Februari 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Tembaga RM190,000 lesap

Posted:

Tembaga RM190,000 lesap

Tembaga RM190,000 lesap

Oleh FARABI SHEIKHSAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 18 Feb. - Sekumpulan penjenayah memecah masuk sebuah stesen kuasa elektrik yang belum beroperasi berhampiran Stesen Komuter Senawang di sini dan melarikan komponen tembaga bernilai kira-kira RM190,000 baru-baru ini.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya disedari dua pekerja yang menyelia stesen kuasa berkenaan kira-kira pukul 9 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin berkata, dua pekerja tersebut terkejut apabila mendapati semua komponen elektrik di dalam stesen itu sudah dileraikan.

"Hasil pemeriksaan lanjut, mereka mendapati penjenayah mencuri komponen tembaga yang dianggarkan bernilai RM190,000.

"Polis sedang menyiasat kejadian ini namun berdepan sedikit kesukaran kerana sistem kamera litar tertutup (CCTV) di stesen itu turut dicuri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Saiful Azly berkata, kali terakhir pekerja memeriksa stesen kuasa berkenaan adalah pada 20 Januari lalu.

Menurutnya, hasil siasatan awal, pihaknya mendapati penjenayah terbabit memotong pagar sebelum membuka lantai untuk masuk ke dalam stesen kuasa berkenaan.

"Kejadian ini tidak menjejaskan operasi tren komuter kerana stesen berkenaan belum diserahkan kepada syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)," katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis mengesyaki jenayah ini dilakukan oleh lebih daripada seorang individu dan komponen tembaga yang dicuri dijual kerana harganya yang tinggi.

Belia perlu kuasai bidang teknologi maklumat

Posted:

Belia perlu kuasai bidang teknologi maklumat

Belia perlu kuasai bidang teknologi maklumat


MOHAMAD Hasan (dua dari kiri) menunjukkan kain pemidang sebagai gimik pelancaran Karnival Belia Negeri Sembilan sambil diperhatikan Ahmad Shabery Cheek (tiga dari kiri) di Seremban, semalam.


SEREMBAN 18 Feb. - Kecanggihan dunia teknologi maklumat dan media baru ketika ini memerlukan golongan belia di negeri ini menguasai bidang berkenaan jika mereka tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi tanpa sempadan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keperluan mereka untuk menguasai bidang itu amat mendesak apatah lagi ketika ini kerajaan sering menekankan aspek pembangunan teknologi maklumat dan media baru di kalangan belia.

''Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), sebanyak 86 rakyat Malaysia berada secara online di media-media sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain lagi.

''Saya ingin melihat belia-belia di negeri ini mampu menguasai media baru melalui teknologi maklumat kerana ia juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan mereka menguasai bidang tersebut," katanya.

Mohamad berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Karnival Belia Negeri Sembilan di sini malam tadi yang turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abd. Samad Ibrahim; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali dan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Wan Salwati Abdullah.

Dalam pada itu, Mohamad mahu supaya belia di negeri ini komited terhadap perancangan yang di atur oleh kerajaan dapat di laksanakan dengan baik dan mencapai objektif.

Tingkatkan tahap keyakinan terhadap koperasi

Posted:

Tingkatkan tahap keyakinan terhadap koperasi

Tingkatkan tahap keyakinan terhadap koperasi

KOTA KINABALU 18 Feb. – Tahap keyakinan masyarakat terhadap koperasi masih belum mantap dan perlu dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, justeru itu semua pihak harus berusaha meyakinkan masyarakat mengenai kebaikan dan potensi besar yang ada dengan menyertai koperasi.

"Jadi koperasi perlu menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti, pengurusan dan pentadbiran teratur dan menguruskan kewangan yang baik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian seminar transformasi ke arah masyarakat koperasi yang cemerlang, kreatif dan inovatif di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum; Naib Presiden Angkasa, Armi Zainuddin dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sabah, Saiful Bahari Omar.

Menurut Azizah, sektor koperasi di negara ini harus melakukan transformasi dan mengubah persepsi masyarakat terhadap koperasi.

"Kita perlu berfikir bahawa koperasi bukan hanya menjadi tempat untuk membuat pinjaman malah, koperasi juga merupakan entiti yang boleh menjana ekonomi semua ahli," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, semua ahli koperasi perlu mempunyai jati diri dan semangat berkoperasi yang tinggi dengan mengunakan produk dan perkhidmatan koperasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan