Selasa, 7 Februari 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Melaka mantap teknologi hijau

Posted:

Melaka mantap teknologi hijau

Melaka mantap teknologi hijau

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 6 Feb. – Kerajaan negeri akan menjalinkan hubungan kerjasama dengan bandaraya Adelaide, Australia dalam usaha mencontohi bandar raya itu membangunkan teknologi hijau.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dalam lawatan kerja selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis, rombongan kerajaan negeri akan meninjau di beberapa tempat yang menggunakan teknologi hijau.

Menurutnya, perbincangan akan diadakan untuk mewujudkan kerjasama selain menggunakan pakai kaedah teknologi hijau yang dibangunkan di Adelaide.

''Selain teknologi hijau, kita juga ingin melihat kaedah keselamatan jalan raya yang digunakan di Adelaide yang berjaya mengurangkan kemalangan yang melibatkan kematian.

''Saya difahamkan dalam tempoh setahun kemalangan yang berlaku di bandar raya itu ia hanya melibatkan 10 kematian dan kaedah ini perlu dicontohi untuk mengurangkan kemalangan membabitkan kehilangan nyawa di Melaka," katanya ketika ditemui sebelum berlepas ke Adelaide, Australia di sini semalam.

Mohd. Ali berkata, beliau akan berjumpa dengan Menteri Keselamatan Jalan Raya Australia Selatan, Hon Jeniffer Rankine esok bagi mengadakan rundingan mengenai kaedah mengurangkan kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian.

Beliau berkata, kaedah mengurangkan kadar kemalangan maut yang diamalkan di Australia Selatan dicontohi untuk diguna pakai di negeri ini.

Selain itu katanya, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Water Board Adelaide bagi membincangkan mengenai pengurusan air mentah yang lebih sistematik diamalkan di negara tersebut.

Katanya, ada kemungkinan beberapa tenaga pakar di negara itu akan dipelawa untuk bekerjasama bagi mempertingkatkan keperluan air bersih penduduk di negeri ini.

Beliau memberitahu, Adelaide dipilih sebagai lokasi lawatan kerja selama empat hari buat julung-julung kalinya sebagai membalas lawatan mereka datang ke negeri ini tahun lalu.

''Saya melihat ada beberapa kerjasama dapat dijalin dengan Adelaide dan ia boleh diguna pakai dalam usaha menuju Melaka sebagai bandar raya teknologi hijau pada 2020," katanya.

Facebook MB medium terbaik rakyat

Posted:

Facebook MB medium terbaik rakyat

Facebook MB medium terbaik rakyat

SEREMBAN 6 Feb. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, laman Facebooknya merupakan medium terbaik untuk rakyat di negeri ini untuk mengutarakan apa juga pandangan mengenai sesuatu isu.

Mohamad yang mempunyai tiga akaun laman sosial itu menjelaskan, cara itu lebih mudah untuk mengetahui apa juga masalah dan mendapatkan pandangan daripada orang ramai mengenai hal-hal berbangkit.

Jelas beliau, melaluinya juga pelbagai kerenah birokrasi yang seringkali menghantui orang ramai ketika berurusan dengan jabatan dapat dikurangkan.

''Cara ini amat berkesan kerana bukan sahaja saya dapat maklumat dari satu sumber sahaja tetapi kenalan saya dalam Facebook juga dapat memberikan maklumat mengenai apa juga masalah ataupun isu yang dihadapi mereka di kawasan setempat.

''Mana-mana kawasan dimaklumkan menghadapi masalah, saya akan menghubungi ketua kampung ataupun JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) untuk mengetahui hal sebenar dan sekiranya didapati benar, tindakan susulan akan diambil bagi mengatasinya," kata beliau di sini hari ini.

Mohamad memberitahu, antara permasalahan yang diselesaikan termasuklah isu bekalan air di 30 buah rumah penduduk Kampung Datuk Mohd. Said di Kilometer 4, Jalan Labu dekat sini yang tidak mendapat bekalan air sejak 40 tahun lalu.

Namun, beliau berkata, kesemua maklumat yang diperolehnya itu tidak sama sekali membelakangkan pemimpin di peringkat akar umbi sebaliknya, mereka akan dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

''Saya harap pemimpin masyarakat seperti Ketua Kampung dapat menggunakan Facebook untuk menghubungi saya secara terus kerana kita telah beli latihan kepada mereka mengendalikan laman berkenaan melalui akaun masing-masing.

''Sebarang cadangan, mereka boleh utarakan secara terus kepada saya supaya dan saya berharap mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya laman sosial ini," katanya.

Minuman berasas acai beri jadi tarikan pada kempen 1M1H

Posted:

Minuman berasas acai beri jadi tarikan pada kempen 1M1H

Minuman berasas acai beri jadi tarikan pada kempen 1M1H


Kamal Al-Marbawi menunjukkan produk Hayat Acai Berry pada Kempen Halal 1Malaysia di ruang letak kereta Open Universiti Malaysia di Melaka, kelmarin.


MELAKA 6 Feb. - Khasiat acai beri sememangnya sudah diperakui pengamal kesihatan sebagai agen antioksida dan melawan kanser. Justeru, minuman kesihatan berasaskan buah itu menjadi antara tarikan kepada pengunjung Kempen 1Malaysia 1Halal (1M1H) di Bukit Palah di sini.

Hayat Acai Berry yang dikeluarkan oleh Hayat Network Sdn. Bhd., merupakan salah satu produk minuman kesihatan yang dipromosi dan dijual pada kempen tersebut.

Wakil penjualnya, Kamal Al-Marbawi berkata, minuman yang diperbuat daripada 100 peratus pati buah acai beri itu dicampur sedikit dengan pati anggur dan buah pear bagi menggantikan gula serta mengekalkan rasa manis minuman itu.

"Ia tiada bahan pengawet. Khasiat Hayat Acai Berry selain mengandungi antioksidan yang mampu melindungi jantung, dapat mengurangkan risiko saluran darah tersumbat.

"Ia juga mampu melawan sel-sel kanser. Pengguna boleh mengamalkan meminum dua botol sehari iaitu sebotol sebelum sarapan pagi dan satu botol lagi diminum sebelum makan malam," katanya yang ditemui di gerai bernombor 39B kempen itu semalam.

Dengan hanya membayar RM39 sekotak, pengguna memperoleh 10 botol bersaiz 10 mililiter Hayat Acai Berry.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan