Jumaat, 3 Februari 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


150 lokasi jalur lebar tanpa wayar

Posted:

150 lokasi jalur lebar tanpa wayar

150 lokasi jalur lebar tanpa wayar

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam melihat hasil kerja murid Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang selepas merasmikan jalur lebar tanpa wayar di Bukit Baru, Melaka, semalam.


MELAKA 2 Feb. – Kerajaan negeri akan membangunkan rangkaian jalur lebar tanpa wayar secara percuma di 150 lokasi seluruh negeri tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, antara lokasi yang dikenal pasti untuk dibangunkan perkhidmatan itu adalah kawasan luar bandar, sekolah, tempat tumpuan pelancong dan pusat Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun).

Menurutnya, tindakan itu adalah selaras dengan usaha kerajaan negeri merapatkan jurang digital antara luar bandar dan bandar selain memperluaskan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di negeri ini.

"Kerajaan negeri melihat penggunaan Internet telah menjadi satu keperluan sekarang kerana banyak urusan penting dapat dilakukan secara online dan menjimatkan masa serta kos," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan jalur lebar tanpa wayar Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang di Bukit Baru, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Bahagian K-Ekonomi Jabatan Ketua Menteri, Dr. Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Datuk Mohamad Yusoff Osman.

Mohd. Ali berkata, pada masa ini beberapa lokasi telah menyediakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar secara percuma dengan teknologi wifi.

Antaranya di Seri Negeri, Wisma Negeri, Pejabat Tanah dan Daerah Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah serta Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan Pusat beri subsidi perbatuan urus bas

Posted:

Kerajaan Pusat beri subsidi perbatuan urus bas

Kerajaan Pusat beri subsidi perbatuan urus bas

MELAKA 2 Feb. - Kerajaan negeri boleh menarik nafas lega apabila beban menguruskan bas henti-henti di negeri ini diringankan dengan pemberian subsidi perbatuan RM1 bagi setiap kilometer (km) oleh Kerajaan Pusat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, bantuan subsidi perbatuan itu membantu melancarkan operasi bas di negeri ini selepas permohonan peruntukan berjumlah RM36 juta kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditolak suruhanjaya itu.

Menurutnya, kerajaan negeri sebelum ini terpaksa membayar pampasan berjumlah RM7.7 juta kepada sembilan syarikat bas bagi mengambil alih sepenuhnya perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini.

Akibat daripada pengambilan operasi itu katanya, kerajaan negeri menjangkakan akan mengalami kerugian berjumlah RM14 juta setahun.

"Kita ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat sebab sudi membantu melancarkan operasi bas henti-henti di negeri ini dan walaupun permohonan peruntukan daripada dana SPAD ditolak.

''Kerajaan negeri tetap memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, bagi memastikan keselesaan pengguna, kerajaan negeri merancang untuk membeli 131 bas baru bagi menggantikan bas usang dan tidak sesuai untuk digunakan.

Bagaimanapun katanya, bas baru itu akan ditukar secara berperingkat-peringkat dengan fasa pertama membabitkan perolehan 30 bas baru April ini.

"Pada masa ini sebanyak 10 bas Panorama milik anak syarikat kerajaan negeri iaitu PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd, (PMCT) akan digunakan bagi menampung keperluan dan 110 bas lama milik syarikat yang telah diambil alih juga akan dikekalkan laluannya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

PMCT kaji skim gaji pemandu bas henti-henti

Posted:

PMCT kaji skim gaji pemandu bas henti-henti

PMCT kaji skim gaji pemandu bas henti-henti

MELAKA 2 Feb. - Rasa tidak puas hati 50 pemandu bas henti-henti terhadap gaji yang ditawarkan oleh PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd., (PMCT) tidak sepatutnya timbul kerana ia sama dengan pendapatan yang ditawarkan syarikat lama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, skim gaji PMCT yang mengambil alih pengurusan perkhidmatan bas henti-henti daripada 10 syarikat bermula semalam membolehkan pemandu menikmati gaji bulanan antara RM1,300 hingga RM1,500 sebulan berbanding RM1,300 sebelum ini.

Menurutnya, gaji pokok yang ditawarkan ialah RM500 sebulan tidak termasuk komisyen perjalanan dan tiket.

''PMCT tidak boleh menawarkan gaji tetap seperti kakitangan kerajaan walaupun syarikat itu di bawah kerajaan negeri.

''Mana-mana operator bas tidak pernah menawarkan gaji tetap seperti kakitangan kerajaan sebaliknya sudah menjadi amalan tawaran gaji pokok selain ganjaran komisyen tiket dan perjalanan.

''Kita dah bagi tahu gaji yang ditawarkan apabila PMCT mengambil alih pengurusan bas henti-henti tidak kurang daripada gaji yang mereka perolehi sewaktu bekerja dengan syarikat bas lama ," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan mengejut dan berjumpa pemandu terbabit di Terminal Bas Melaka Sentral di sini semalam.

Mohd. Ali menegaskan, beliau menerima semua cadangan yang diminta oleh pemandu bas terbabit termasuk gaji pokok antara RM800 hingga RM8,000 sebulan.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan gaji pokok termasuk komisyen tiket dan perjalanan akan dinaikkan bergantung pendapatan dalam tempoh tiga bulan perkhidmatan bas henti-henti diuruskan oleh PMCT.

''Jika dalam tempoh itu pendapatan meningkat, kita akan mempertimbangkan untuk menaikkan gaji pokok tetapi sebagai permulaan ini mereka menikmati gaji lama tetapi dengan sedikit kenaikan berbanding sebelum ini," ujarnya.

Katanya, setiap masalah yang wujud boleh diselesaikan di meja rundingan dan tidak perlu pemandu untuk mengadakan mogok hingga boleh menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan