Selasa, 7 Februari 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Sokong Israel seperti hapuskan Palestin

Posted:

Sokong Israel seperti hapuskan Palestin

Sokong Israel seperti hapuskan Palestin

Oleh HERY SUCIPTO
(dipetik dari akhbar Rakyat Merdeka)
PENULIS ialah Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiyah Jakarta

Dalam wawancara dengan harian terkemuka, The Wall Street Journal edisi Asia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongannya terhadap keamanan dan keselamatan negara Yahudi, Israel.

"Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel," kata Anwar dalam wawancara tersebut.

Wawancara yang dilakukan Januari lalu itu bukan sahaja menyebabkan rakyat Malaysia terkejut, tetapi juga umat Islam antarabangsa, termasuk di Indonesia, mereka berasa hairan dan tertanya-tanya.

Adalah amat malang untuk pemimpin seperti Anwar yang ketokohan beliau begitu dikenali di Indonesia membuat kenyataan seperti itu ketika beliau sedang giat mencari sokongan politik.

Sebagai pemerhati masalah Palestin dan Asia Barat, saya pun terkejut membaca kenyataan pemimpin pembangkang dari negara jiran tersebut di media online.

Seperti kita ketahui Palestin adalah masalah sensitif dan terus menjadi sorotan dunia antarabangsa. Berpuluh-puluh tahun (sejak 1948, bersamaan berdirinya negara Israel), bangsa Palestin ditindas dan dijajah hingga hari ini oleh Israel.

Akibat penjajahan dan penindasan itu, bangsa Palestin berpecah-belah dan menjadi pelarian di seluruh pelosok dunia. Penduduk Palestin sekitar 6 juta orang, sebahagiannya iaitu kira-kira 2.7 juta menetap di tebing barat, 1.5 juta orang menetap di Genting Gaza dan selebihnya menjadi pelarian di negara-negara Arab, Teluk dan Afrika.

Dalam sejarahnya pula, negara Israel didirikan di atas tanah yang dirampas daripada Palestin dan hingga kini terus meluaskan pembangunan pemukiman Yahudi, sehingga menyebabkan semakin sempit wilayah geografi Palestin kesan pencerobohan yang dilakukan oleh pemerintahan zionis tersebut.

Ketika melancarkan buku barunya kelmarin yang berjudul, Gilad Atzmon: Catatan Kritikal Palestina dan Masa Depan Zionisme, Ahmad Syafii Maarif menyatakan, masalah Palestin bukan masalah agama atau etnik.

"Masalah Palestin adalah masalah kemanusiaan," kata beliau.

Buku baru bekas Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiah itu adalah hasil interaksi dirinya dengan Gilad, bekas anggota tentera udara Israel, yang membelot dan kini menetap di England.

Gilad menentang keras pemerintahan rasis Israel, dan menyokong perjuangan kemanusiaan membela Palestin.

Hakikatnya, organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Liga Arab dan lain-lainnya tidak mampu membendung serta menghentikan tindakan ganas yang dilakukan Israel terhadap Palestin.

PBB yang dikuasai Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, selama ini lebih menyokong tindakan Israel. Sementara negara-negara Arab tidak boleh melakukan banyak tindakan kerana sebahagian besar adalah sekutu rapat AS.

Jika ada negara yang dengan tegas membantu dan menyokong Palestin, seperti Iran, pastilah akan dimusuhi AS dan Barat, dengan pelbagai alasan klasik.

Perjuangan Palestin meraih kemerdekaan dan berdiri sebagai negara yang bebas, memang sangat mencabar.

AS dan Barat yang memveto cadangan kemerdekaan Palestin tidak mengambil kira kejahatan Israel yang melebihi aksi pengganas dengan membunuh ratusan ribu warga Palestin.

Ia seperti mana peristiwa pembunuhan beramai-ramai di kem pelarian Sabra Shatila dan aksi-aksi keji lainnya, termasuk penyerbuan ke Gaza tahun 1998 lalu.

Ia menjadi catatan penting pelanggaran serius hak asasi manusia dan pengingkaran terhadap nilai-nilai kemanusiaan oleh Israel, jelas membuktikan bahawa Israel adalah negara 'penaja' keganasan dan pengganas.

Ketika negara-negara Arab sukar bersatu, maka seharusnya penyatuan dan penggabungan dokongan terhadap perjuangan bangsa Palestin ditingkatkan.

"Bangsa Arab juga salah kerana ikut menyekat rakyat Palestin seperti di Rafah, Mesir. Tapi penyatuan kemanusiaan harus terus diperjuangkan bagi menyokong Palestin," kata bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, dalam majlis pelancaran buku Ahmad Syafii tersebut.

Meningkatkan semangat dan penyatuan kemanusiaan terhadap bangsa Palestin memang harus terus dilakukan, biar apa pun yang terjadi.

Politik bebas Indonesia setakat ini belum mampu dipraktikkan secara tegas dan nyata. Sokongan terhadap perjuangan Palestin lebih banyak sekadar seruan dan ucapan. Tindakan yang konkrit belum banyak dilakukan.

Indonesia dan juga Malaysia berpotensi menjadi pelopor perjuangan dan sokongan terhadap Palestin.

Oleh itu, tidak sepatutnya jika perjuangan kemanusiaan tersebut dirosakkan oleh individu-individu atau pemimpin Islam yang mendakwa membela dan memperjuangkan bangsa Palestin, tetapi hakikatnya turut menyokong negara zionis Israel.

Menyokong Israel sama seperti menyokong penghapusan bangsa Palestin. Jangan sampai terjadi seperti itu.

Anwar Ibrahim dan teori konspirasi, konspirasi, konspirasi…

Posted:

Anwar Ibrahim dan teori konspirasi, konspirasi, konspirasi…

Anwar Ibrahim dan teori konspirasi, konspirasi, konspirasi…

Oleh Zaini Hassan

SAYA terbaca satu rencana bertajuk The 30 greatest conspiracy theories atau 30 teori konspirasi terbesar; yang diperkatakan orang di dunia. Sungguh menarik cerita-cerita itu.

Malangnya cerita mengenai teori konspirasi Anwar Ibrahim, yang juga menjadi terhebat di abad ini, di Malaysia – tidak tersenarai.

Antara teori-teori besar konspirasi yang dinyatakan dalam akhbar The Telegraph, UK itu ialah dari pembunuhan John F Kennedy sehinggalah kepada kematian Puteri Diana. Dari penemuan bangkai piring terbang UFO di Roswell, New Mexico, Amerika Syarikat pada 1947 hinggalah kepada peristiwa pendaratan manusia pertama angkasawan Nasa di bulan. Dari kisah kematian Nabi Isa sehinggalah kepada kematian Elvis Presley. Semua kejadian besar sejak 2,000 tahun itu telah dikaitkan dengan teori-teori konspirasi yang dipercakapkan oleh manusia. Selagi manusia berakal, semua perkara akan cuba dikaitkan dengan teori itu.

Kejadian 11 September di Pusat Dagangan Dunia (WTC) New York juga dikaitkan dengan konspirasi. Saya tidak bermaksud mahu menulis semula apa yang ada dalam akhbar The Telegraph itu. Pembaca boleh membacanya di http://www.telegraph. co.uk/news/newstopics/howaoutthat/ 3483477/The-30-greatest-conspiracy-theories-part-1.html.

Tapi apa itu teori konspirasi? Teori konspirasi atau teori persekongkolan adalah teori yang berusaha menjelaskan suatu rancangan rahsia oleh sekelompok orang atau organisasi yang sangat berkuasa atau berpengaruh ke atas seorang mangsa atau serangkaian peristiwa (pada umumnya peristiwa politik, sosial atau sejarah).

Banyak teori konspirasi yang mendakwa bahawa peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah telah didominasi oleh para konspirator belakang tabir yang memanipulasi kejadian-kejadian politik. Teori ini berlaku dari urusan politik sampai kepada soal makanan. Roti yang halal dikeluarkan oleh pengusaha Islam dikonspirasikan mengatakan tidak halal, dan ada orang mempercayainya. Bagi orang yang tidak percaya selalu menganggap semua hanyalah olok-olok, mengada-ada dan sebagainya. Bagi para penganut teori itu percaya ada pihak yang mencipta polanya.

Penganut teori itu pula terbahagi kepada dua. Kelompok pertama adalah mereka yang hanya percaya bahawa segala hal mungkin terjadi apabila ada dokongan argumentasi yang kuat, fakta tepat, data ilmiah, pendapat yang boleh diverifikasi kebenarannya, tokoh-tokoh yang nyata, sejarah yang memang ada dan bukan mitos dan sebagainya. Kelompok ini percaya John F Kennedy sebenarnya tidak ditembak, tetapi diselamatkan oleh makhluk angkasa lepas, misalnya.

Kelompok kedua ialah mereka yang percaya tanpa apa yang berlaku ia sudah dirancang sedemikian rupa, yang seringkali dikaitkan dengan mitos, legenda, supernatural dan sebagainya. Misalnya, mereka percaya bahawa peristiwa 11 September sudah dirancang sebagaimana yang terlibat pada lipatan wang kertas 20 dolar Amerika Syarikat; apabila kita melipat wang itu sedemikian rupa akan tercipta gambaran menara berkembar WTC yang terbakar. (Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Teori_persekongkolan).

Apa yang mahu dibincangkan di sini adalah mengenai kisah teori konspirasi yang membabitkan seorang yang pernah digelar sebagai Pak Sheikh oleh rakan-rakannya atau Brother Anwar di kalangan cendekiawan dan budayawan serta Saudara Anwar pada peringkat awal meminta para pemberita memanggilnya begitu, sebaik sahaja beliau mendapat gelaran datukship. Dan sekarang dikenali sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setelah kes pertama Azizan dan kedua Saiful membabit perlakuan liwat dibicarakan di mahkamah, ada yang masih menganggap apa yang berlaku kepada Anwar sebagai satu konspirasi jahat. Para pelajar universiti, ada antaranya, masih menganggap apa yang berlaku sebagai satu teori konspirasi semata-mata. Konspirasi itu juga boleh bermakna seperti satu kelompok tadi yang mempercayai bahawa John F Kennedy sebenarnya tidak ditembak mati, tetapi diselamatkan oleh makhluk angkasa lepas.

Teori konspirasi atau teori persekongkolan itu juga boleh membawa maksud ia hanya direka-reka oleh pemerintah atau kerajaan atau oleh Tun Dr. Mahathir atau kini oleh Datuk Seri Najib untuk saja-saja memburuk-burukkan Anwar agar cita-cita politiknya tidak tercapai.

Ada dua teori yang boleh diterima di sini. Jika kita mahu mempercayai bahawa Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Najib ialah konspirator dalam konspirasi ini, maka kita juga perlu melihat bahawa Anwar dan rakan-rakan politiknya juga ialah konspirator yang terhebat dalam mengatur perancangan untuk membuatkan rakyat mempercayai bahawa kelakuan liwat Anwar itu direka-reka untuk menjatuhkannya.

Dalam kedua-dua permainan ini siapa yang menang? Tunkah, Najibkah atau Anwar? Secara logik, apakah kerajaan Malaysia mahu mencari pasal mewujudkan satu lagi kekacauan politik yang bukan-bukan untuk mengaitkan Anwar dengan Saiful Bukhari? Kes Anwar dengan Saiful ialah kes peribadi membabitkan kedua-dua pihak itu atau kes Anwar dengan kerajaan? Secara logik juga konspirasi hanya boleh wujud sekali sahaja, bukan dua kali atau tiga, atau empat kali membabitkan subjek yang sama. Mengapa pula ramai teman-teman rapat Anwar sudah melarikan diri daripadanya? Mengapa peguam-peguam beragama Islam sudah tiada dalam team guaman Anwar? Apakah mereka semua sudah dibeli? Apakah itu juga satu konspirasi?

Kita pendekkan cerita mengenai kisah kes liwat Anwar kerana semua orang sudah mengetahuinya.

Ini mengenai kisah beberapa hari lalu. Saya telah dijemput ke satu acara di luar Kuala Lumpur. Bersama-sama saya ialah bekas rakan sekongkolan Anwar dalam PKR. Itulah pertama kali saya bertemu dengan beliau. Kami menaiki satu van menuju ke destinasi itu. Banyak cerita yang diceritakan kepada saya. Pergi dan pulang dari destinasi yang memakan masa dua setengah jam itu kami bercerita. Saya banyak mendengar. Beliau banyak bercerita.

Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Anwar dan PKR dan Pas dan DAP banyak juga yang saya soalkan. Banyak maklumat yang saya dapat. Banyak cerita-certa politik yang saya timba mengenai kisah permainan DAP yang memperkuda-kudakan Pas dan PKR sehinggalah kepada soal: teori konspirasi membabitkan Anwar Ibrahim.

Konspirasi katanya hanya ''permainan di atas pentas politik semata-mata." Kami semua diarahkan mengikut skima yang ditetapkan bagi mewujudkan suasana itu. Biar orang ramai, rakyat jelata termakan istilah konspirasi, konspirasi dan konspirasi, katanya.

Memang benar, istilah itu berjaya ditanam dalam kepala, segelintir atau banyak, orang ramai. Ramai di kalangan anak-anak muda juga berjaya ditanam dengan istilah itu. Masih ramai yang kurang percaya mengatakan Anwar terbabit dalam perlakuan itu.

Namun, apa yang menariknya apabila, bekas rakan Anwar itu membuat satu petikan yang dipertuturkan oleh seorang insan terapat Anwar kepadanya semasa isu Saiful mula-mula timbul dulu:

''Tak serik-serik lagi abang kau…'' Siapa insan itu tidak perlulah disebut di sini.

Ia bukan direka-reka, saya berani bersumpah itulah yang dipertuturkan oleh insan itu, tegasnya.

Lalu dia bersumpah di hadapan saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan