Isnin, 20 Februari 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Debat PM, Anwar hanya buang masa - Dr. M

Posted:

Debat PM, Anwar hanya buang masa - Dr. M

Debat PM, Anwar hanya buang masa - Dr. M

PUTRAJAYA 20 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak sebarang keperluan untuk mengadakan sesi perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perdebatan itu hanya membuang masa dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat negara ini.

"Tiada faedah debat dengan Anwar kerana kita tahu pendiriannya dan dia seperti sesumpah yang boleh bertukar warna pada bila-bila masa saja.

"Apabila dia bersama kaum Cina dia akan menjadi segala-galanya, apabila bersama kaum India, dia akan menjadi seperti orang India dan apabila bersama orang Islam, dia akan bercakap mengenai Islam.

"Apa yang dia dan pengikutnya mahu ialah menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, jadi saya berpendapat tiada guna dan tak ada faedah (berdebat)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Perkasa Bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan pembangkang yang mahu Najib berdebat dengan Anwar seperti Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Sabtu lalu.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Dalam pada itu, ditanya debat antara MCA-DAP itu, katanya, rakyat Malaysia belum bersedia untuk berdebat kerana masih diselubungi sentimen prejudis pada pemikiran masing-masing berbanding rasional sesuatu isu.

"Debat bolehlah seronok orang tengok, tetapi kesan tidak ada. Kalau lakukan tiada kesan ia hanya memburukkan lagi keadaan kerana masing-masing berpegang pada pendirian masing-masing.

"Rakyat Malaysia tidak matang seperti rakyat Amerika. Tetapi di Amerika sekali pun, apabila debat diadakan pada pemilihan Presiden ia hanya menunjukkan kebodohan calon itu," katanya.

Sementara itu, ketika mengulas pertemuan bersama Perkasa, beliau melahirkan rasa kesal dengan keadaan orang Melayu sekarang yang tidak boleh bercakap soal Melayu secara terang-terangan kerana khuatir dicap rasis.

"Jadi, kita kena buat perjumpaan secara rahsia apabila hanya mahu bercakap tentang masalah Melayu.

"Agak menyedihkan dalam negara yang bercakap mengenai kebebasan bersuara dan liberal, tetapi kita tidak boleh cakap langsung mengenai kita sendiri sebab rasis," katanya.

Ditanya kepentingan perbincangan di kalangan orang Melayu setelah berpecah kepada tiga parti, katanya, perkara tersebut sukar direalisasikan kerana ia akan dituduh sebagai rasis.

"Ada sesetengah kata pasal Islam mungkin tidak rasis tapi tidak boleh cakap satu subjek iaitu Melayu," katanya.

Anwar perlu jelaskan kepada Majlis Syura Ulama Pas

Posted:

Anwar perlu jelaskan kepada Majlis Syura Ulama Pas

Anwar perlu jelaskan kepada Majlis Syura Ulama Pas

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikecam hebat ekoran sokongannya terhadap keselamatan Israel perlu memberi penjelasan kepada Majlis Syura Ulama Pas dan bukannya bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara peribadi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana kata dua supaya menarik balik kenyataan menyokong keselamatan Israel dan menyaman The Wall Street Journal diputuskan Majlis Syura Ulama, manakala Nik Abdul Aziz hanya menyampaikan desakan itu.

"Anwar perlu memberi penjelasan kepada Majlis Syura Ulama, bukan jumpa Nik Abdul Aziz secara peribadi kerana yang membuat desakan dan memberi kata dua kepada Anwar adalah Majlis Syura Ulama. Nik Abdul Aziz hanya menyampaikan sahaja desakan tersebut.

"Sebab ini bukan suara Nik Abdul Aziz, kata dua ini adalah desakan Pas, sebab itu kita lihat Mursyidul Am Pas banyak berdiam diri dan hanya bersuara selepas Majlis Syura Ulama membuat pendirian," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas pertemuan Anwar dengan Menteri Besar Kelantan itu yang dijangka berlangsung hari ini, selepas ketua pembangkang memberitahu beliau akan menjelaskan erti sebenar sokongannya terhadap keselamatan Israel kepada Nik Abdul Aziz.

Mohd. Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menambah, beliau faham mengapa Anwar memilih bertemu Nik Abdul Aziz secara peribadi berbanding memberi penjelasan kepada Majlis Syura Ulama, kerana Mursyidul Am Pas itu lebih senang untuk dipengaruhi.

"Ini kerana Nik Abdul Aziz ulama politik berbanding Majlis Syura Ulama yang saya lihat lebih tegas dalam soal agama dan akidah, jadi tidak mustahil selepas pertemuan ini, Anwar menggangap isu Israel selesai dan kemudian menjadikan UMNO sebagai kambing hitam," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan