Jumaat, 10 Februari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Tingkatkan sukan berbasikal

Posted:

Tingkatkan sukan berbasikal

Tingkatkan sukan berbasikal

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my


SHAFIK Fauzan Sharif (tiga dari kanan) menyampaikan jaket keselamatan sumbangan Harum Merdeka Sdn. Bhd. kepada anggota polis di Kuantan, Pahang, kelmarin. - UTUSAN/MAHATHIR ALI


KUANTAN 10 Feb. - Acara sukan berbasikal lasak yang menjadi ikon pelancongan di negeri ini akan dipertingkatkan berikutan sambutan hangat yang diterima daripada peminat sukan berbasikal dari seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, 'Pahang Bicycle Mania' yang dipromosikan Pelancongan Pahang pada tahun lalu akan dipastikan mempunyai kesinambungan pada tahun ini.

"Dalam masa terdekat, sebanyak dua pertandingan berbasikal akan diadakan iaitu sukan berbasikal 'Ekstrim BMX' serta perlumbaan basikal bukit.

"Acara berbasikal 'Ekstrim BMX' bersama papan luncur akan diadakan pada 18 Februari ini di Teluk Cempedak.

"Acara perlumbaan basikal bukit pula pada 26 Februari ini hanya terbuka kepada peminat basikal lasak peringkat amatur sahaja. Pertandingan itu diadakan di trek basikal Taman Bandar Mountain Bike Criterium dekat Indera Mahkota," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan jaket keselamatan sumbangan Harum Merdeka Sdn. Bhd. kepada anggota polis yang banyak membantu dalam penganjuran pelbagai acara berbasikal di sini kelmarin.

Turut hadir, Ketua Cawangan Khas Pahang, Datuk Riduan Hashim dan Pengarah Urusan Harum Merdeka Sdn. Bhd., Mohamad Noor Mustaffa.

Shafik berkata, baru-baru ini, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser turut menyumbangkan lima buah basikal untuk kegunaan unit rondaan anggota polis.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri mahu lebih banyak acara sukan berbasikal dianjurkan di setiap daerah bagi mempromosikan aktiviti berbasikal sebagai gaya hidup.

"Ia sekali gus dapat menarik minat orang ramai menyertai sukan ini," ujarnya.

IPD Kuantan diberi taklimat pilihan raya

Posted:

IPD Kuantan diberi taklimat pilihan raya

IPD Kuantan diberi taklimat pilihan raya


OTHMAN Noh (kiri) memberi taklimat kepada anggota polis bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di IPD Kuantan, Kuantan, Pahang, semalam. - bernama


KUANTAN 10 Feb. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri semalam mengadakan majlis taklimat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kepada lebih 100 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Taklimat yang disampaikan Pengarah SPR negeri, Othman Noh itu antaranya menekankan persiapan di segi aspek keselamatan sepanjang tempoh kempen dan hari pengundian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha yang turut menghadiri majlis itu memaklumkan, IPD Kuantan merupakan IPD pertama di negeri ini yang mengadakan majlis taklimat seumpama itu.

"Kita telah memanggil Pengarah SPR negeri untuk memberi taklimat mengenai persediaan yang perlu diambil bagi memastikan keselamatan orang ramai sepanjang PRU-13 berlangsung.

"Taklimat itu membolehkan kami membuat persiapan lebih rapi termasuk di segi kelancaran trafik dan keselamatan," katanya di sini, semalam.

Mengenai persiapan pilihan raya, Zulkifli berkata, pihaknya telah menyelesaikan beberapa sesi latihan selain mengenal pasti anggota yang bakal ditempatkan untuk mengawal kawasan tertentu semasa PRU-13 berlangsung.

Setakat ini katanya, pihak SPR juga telah memberikan senarai nama sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti akan terlibat dalam proses pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Othman mengingatkan pengundi di negeri ini supaya tidak membawa keluar kertas undi dari pusat pengundian kerana ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 3(1)(h) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Di bawah seksyen berkenaan, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Kata beliau, bagaimanapun setakat ini tiada individu di Pahang yang didakwa di bawah seksyen itu pada pilihan raya sebelum ini.

Pemuda UMNO Pahang pergiat usaha daftar pengundi baru

Posted:

Pemuda UMNO Pahang pergiat usaha daftar pengundi baru

Pemuda UMNO Pahang pergiat usaha daftar pengundi baru

KUANTAN 10 Feb. - Pemuda UMNO negeri akan menggiatkan usaha bagi menarik golongan muda yang belum berdaftar sebagai pemilih supaya berbuat demikian dengan kadar segera.

Ketuanya, Abu Jimi Samat berkata, usaha berterusan akan dilakukan Pemuda UMNO Pahang bagi mendaftar pengundi baru di negeri ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Kami melalui apa jua program yang dianjurkan, akan mendekati rakyat dalam usaha memastikan mereka yang belum mendaftarkan diri sebagai pemilih yang sah supaya berbuat demikian.

"Kita akan ambil langkah lebih proaktif dalam menarik pengundi baru di negeri ini. Usaha untuk menarik mereka akan dilaksana melalui program-program Pemuda seperti program Ops Tepat yang sedang kita laksanakan sekarang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Othman Noh berkata, seramai 148,196 orang yang layak mengundi di negeri ini dikesan belum mendaftar sebagai pemilih dengan sebahagian besar daripada mereka berusia bawah 40 tahun.

Baru-baru ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menyatakan orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi daripada keseluruhan jumlah 3.7 juta orang yang layak berbuat demikian.

Abu Jimi berkata, untuk mengatasi masalah tersebut, perlu ada mekanisme yang lebih berkesan seperti kerjasama erat antara SPR dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara.

"Secara peribadi saya menyokong cadangan pendaftaran secara automatik melalui rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan