Selasa, 7 Februari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Sokongan kaum Cina meningkat

Posted:

Sokongan kaum Cina meningkat

Sokongan kaum Cina meningkat

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com


Adnan Yaakob menyampaikan angpau kepada warga emas sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan perayaan Chop Goh Mei di Mentakab, semalam.


MENTAKAB 7 Feb. – Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mengakui sokongan dan undi kaum Cina penting bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya kerajaan dapat meneruskan pembangunan bersama kaum-kaum lain di negara ini.

Menurut beliau, arah aliran sokongan kaum itu terhadap Barisan Nasional(BN) semakin meningkat dan perlu direalisasikan dalam pilihan raya umum itu nanti.

Katanya, konsep perkongsian kuasa tidak meminggirkan kaum tertentu sebaliknya memberi peluang kepada semua menikmati pembangunan negara.

"Oleh itu, kaum Cina perlu terus kekal bersama kerajaan supaya agenda pembangunan, iklim ekonomi serta politik negara lebih stabil dan menggembirakan rakyat.

"BN mampu mengekalkan teraju negeri dalam PRU13 dan kemenangan itu semakin mantap jika pengundi Cina memberi sokongan padu," katanya.

Beliau menjelaskan demikian ketika berucap pada majlis pemberian angpau kepada 1,049 warga emas sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin dan ADUN Mentakab, Datuk Chuah Bong Seong.

Adnan berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada fakta kejayaan kerajaan meletakkan landskap ekonomi negara pada landasan betul dan mempengaruhi kualiti hidup rakyat.

"Rakyat Malaysia bernasib baik kerana mereka dapat menikmati pelbagai insentif kerajaan berbanding negara lain yang tidak menikmati bantuan seperti itu.

"Kita harus bersyukur dengan limpahan rezeki yang dinikmati dengan meletakkan kerajaan BN pada kedudukan mantap di bawah pemimpin yang berkarisme," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemberian angpau kepada masyarakat Cina bukan bertujuan meraih sokongan politik tetapi tanda prihatin dan peka kerajaan terhadap rakyat.

Identiti masyarakat, budaya Melayu Pahang perlu diperkukuhkan

Posted:

Identiti masyarakat, budaya Melayu Pahang perlu diperkukuhkan

Identiti masyarakat, budaya Melayu Pahang perlu diperkukuhkan

KUALA KRAU 7 Feb. - Identiti masyarakat dan budaya Melayu Pahang perlu diperkukuhkan supaya keistimewaan yang dimiliki terus kekal dan dihormati.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, peranan individu dalam masyarakat itu penting dalam menentukan identiti masyarakat dan budayanya terus kekal.

Katanya, identiti yang dibina itu secara langsung menerangkan sifat-sifat anggota masyarakat negeri ini yang menghormati tetamu, setiakawan dan berbudaya.

''Pengenalan diri adalah berasaskan identiti boleh dilihat daripada pakaian, gaya perlakuan, semangat persaudaraan, pemakanan, keintelektualan, budaya dan sebagainya.

''Rakyat Pahang boleh membina imej atau identiti yang menunjukkan ciri-ciri pengenalan dengan pelbagai cara dan seterusnya kekal popular serta dikenali ramai dalam masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan Persatuan Anak Pahang Sejati (Waps) sempena memasak bubur 'liar' iaitu masakan tradisional Pahang di Rumpun Makmur dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Waps Pahang, Mohd. Nor Wahid. Syed Ibrahim mengakui bahawa peranan individu sangat penting dalam membina identiti itu kerana mereka sebagai anggota masyarakat dapat memperkukuhkan masyarakat dan budaya Pahang.

Katanya, tradisi budaya memainkan peranan penting dalam menyatakan lambang identiti yang diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi lain.

Tabika 1Malaysia di Rompin

Posted:

Tabika 1Malaysia di Rompin

Tabika 1Malaysia di Rompin

ROMPIN 7 Feb. - Sebuah tabika baru kaum Cina akan dibina di bandar ini bagi memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak pelbagai kaum di daerah ini.

Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis berkata, keperluan pembinaan pusat itu dibuat bagi menampung jumlah kanak-kanak yang ramai kerana ia bukan sahaja disertai kaum Cina tetapi kaum Melayu, India dan Orang Asli.

Menurut beliau, difahamkan tabika sedia ada ketika ini disertai oleh 50 peratus kaum Cina, 30 peratus (Melayu) dan 20 peratus terdiri kaum India serta Orang Asli.

"Justeru itu, pembinaan tabika yang menelan belanja RM200,000 akan dimulakan pada bulan depan dengan menamakan Tabika 1Malaysia.

"Pemilihan nama itu dibuat selaras dengan konsep 1Malaysia kerana tabika tersebut disertai kanak-kanak pelbagai kaum," katanya.

Beliau menjelaskan demikian ketika berucap pada Majlis Chap Goh Mei anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) cawangan Rompin di sini malam tadi.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah, Senator Datuk Maznah Mazlan, ADUN Tioman, Datuk Johari Hussin dan Pengerusi ACCIM Pahang, Datuk Seri Lim Seng @ Lam Kam Sang .

Jamaluddin berkata, perkara itu selaras dengan konsep 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau berharap dengan adanya pusat itu ia akan melahirkan generasi cemerlang selain meningkatkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di daerah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan