Rabu, 22 Februari 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Celaka dunia akhirat – Hadi

Posted:

Celaka dunia akhirat – Hadi

Celaka dunia akhirat – Hadi

KUALA LUMPUR 21 Feb. — Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat".

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

"Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. — BERNAMA

Sindiket curi kenderaan terbesar tumpas

Posted:

Sindiket curi kenderaan terbesar tumpas

Sindiket curi kenderaan terbesar tumpas


ANGGOTA polis menggunakan jengkaut untuk mengangkat setiap enjin bagi memeriksa nombor casis kenderaan di gudang barang lusuh di Kampung Air Putih, Taiping, Perak, semalam


SHAH ALAM 21 Feb. – Satu sindiket yang menjalankan kegiatan curi kenderaan termasuk lori dan kereta tempatan sejak lebih 10 tahun lalu akhirnya tumpas apabila polis menahan seramai 12 suspek dalam tiga serbuan di negeri ini dan Perak, minggu lalu.

Sindiket curi kenderaan ini yang dipercayai terbesar pernah wujud di negara ini dan mampu mengaut keuntungan jutaan ringgit. Mereka biasanya akan mencuri kenderaan di tempat letak kereta awam, selain menyamun kenderaan daripada pemiliknya.

Hampir kesemua kenderaan yang dicuri itu biasanya akan dileraikan komponen untuk dijual secara berasingan dan jenayah sindiket itu dilakukan di sebuah gudang terpencil yang terletak di sebuah kawasan persendirian dalam ladang kelapa sawit di Kampung Air Putih, Simpang, Perak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah memberitahu, kejayaan itu bertitik-tolak daripada penangkapan tiga lelaki berusia 22 hingga 33 tahun yang cuba mencuri sebuah lori di belakang sebuah pasar raya di Rawang pada Khamis lalu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dalam kenderaan Proton Wira dinaiki suspek, polis menemui peralatan digunakan untuk mencuri kenderaan, antaranya pemutar skru, gunting, playar, wayar yang diubah suai dan 'test-pen'.

Menurutnya, susulan penangkapan tiga lelaki itu, polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di Sabak Bernam, pada pukul 4 pagi sehari kemudian.

"Hasil soal siasat ke atas lelaki terbabit, polis mendapat maklumat mengenai lokasi penyimpanan enjin lori dan kereta curi di sebuah gudang di Kampung Air Putih.

"Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang hari yang sama, lapan suspek ditahan terdiri daripada seorang wanita iaitu kerani berumur 42 tahun, tiga lelaki tempatan dan empat warga Bangladesh berusia 18 hingga 50 tahun dipercayai ahli sindiket itu," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Tun Hisan berkata, dalam serbuan itu, polis juga berjaya merampas beberapa peralatan lori dan kereta yang telah dileraikan, dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan.

"Antara peralatan yang dijumpai dalam gudang itu adalah 1,101 enjin lori, 1,040 pintu lori, 102 enjin kereta, 128 buah kenderaan keluaran tempatan, 30 kepala lori, tiga buah lori, tiga bahagian hadapan kereta dan beberapa unit kunci lori.

"Ketika ditemui, kesemua nombor casis pada lori yang kebanyakannya jenis Hicom, Daihatsu dan Isuzu muatan satu tan itu telah dikikis bagi mengelak dikesan. Bagaimanapun, kita akan menggunakan khidmat pasukan forensik untuk mengesan nombor casis asal semua kenderaan itu," katanya.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan lanjut ke atas semua kenderaan curi itu, antara kes kecurian paling awal dikesan adalah kehilangan sebuah lori di Hutan Melintang, Perak pada tahun 1999.

Tun Hisan pada masa yang sama turut meminta seorang lelaki, R. Muniandy, 38, iaitu pemilik gudang berkenaan tampil untuk membantu siasatan kes ini.

Katanya lagi, kesemua suspek yang ditahan, direman sehingga hari ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan.

Anwar tidak akan saman WSJ

Posted:

Anwar tidak akan saman WSJ

Anwar tidak akan saman WSJ

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Seperti dijangka, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Sambil mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam hari ini, beliau berkata, WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.

Berbanding laporan media arus perdana, beliau mendakwa kesemuanya hanya menyentuh kenyataannya mengenai sokongan untuk melindungi keselamatan Israel sahaja tanpa menyiarkan syarat yang perlu dipatuhi oleh negara zionis tersebut.

''Saya terangkan kepada Nik Abdul Aziz bahawa kenyataan saya dalam WSJ turut memberi penekanan mengenai contingent yang perlu dipatuhi oleh Israel dan bukan seperti mana yang disebut dalam akhbar arus perdana.

''Saya faham pendirian Pas dalam soal Palestin-Israel ini yang mana mereka cukup tegas dan keras. Saya juga beri penjelasan jangan ada salah tafsiran tentang pengiktirafan Israel kerana perkara itu tidak harus berbangkit selagi syarat-syarat tidak dipatuhi,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan kira-kira satu jam bersama Nik Abdul Aziz serta Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di sebuah hotel di sini, hari ini.

Pada pertengahan bulan ini, Nik Abdul Aziz meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman WSJ.

Desakan tersebut merupakan ketetapan yang dibuat selepas ahli jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas mengadakan mesyuarat di sini baru-baru ini.

Nik Abdul Aziz berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini.

Menjawab satu soalan sama ada wujud perbezaan antara beliau dan Pas mengenai isu Palestin, Anwar mengakui terdapat sedikit perbezaan.

"Cuma sedikit sahaja iaitu dari segi penekanan. Pas sentiasa konsisten bahawa mereka sama sekali tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel sama ada dalam sudut pandangan, fikiran malah dalam bentuk rundingan sekalipun.

''Saya pula menyokong keputusan yang diambil Hamas dan Fatah untuk bertegas terhadap syarat-syarat yang dikenakan dan seterusnya menyambung rundingan,'' katanya.

Berhubung contingent yang dimaksudkannya seperti mana disiarkan oleh WSJ itu Anwar berkata, terdapat empat perkara iaitu pengunduran tentera Israel daripada wilayah Palestin dan Arab; hentikan keganasan; hentikan kepungan terhadap Gaza dan iktiraf Baitul Muqaddis.

Sementara itu Nik Abdul Aziz dalam status terbaru Facebooknya hari ini menegaskan bahawa pendirian Pas dalam isu Palestin jelas iaitu parti tersebut tidak sesekali mengiktiraf walaupun seinci hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang telah dirampas.

''Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini,'' ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan