Isnin, 20 Februari 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Visa, pas pelajar asing dihenti

Posted:

Visa, pas pelajar asing dihenti

Visa, pas pelajar asing dihenti

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 19 Feb. - Kementerian Pengajian Tinggi menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada para penuntut asing ke negara ini bagi membendung penyalahgunaan pas itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya hanya mengeluarkan visa pelajar kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementerian.

Beliau berkata, perbincangan mengenai perkara berkenaan sudah dilakukan bersama Jabatan Imigresen dua bulan lalu dan pemberian pas dihentikan kecuali mereka menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Malaysia.

"Mereka yang dikesan terbabit dengan kegiatan jenayah dan penyeludupan dadah kebanyakan pelajar yang mengikuti program sementara dan pengajian bahasa di IPT yang bukan di bawah kelolaan kementerian. Mengikut rekod polis, tidak banyak pelajar yang berada di bawah kelolaan kementerian terlibat dengan kegiatan tersebut.

"Pihak pengurusan IPTA dan IPTS juga perlu memaklumkan kepada kementerian jika ada penuntut asing yang mengabaikan pelajaran supaya kementerian dapat menyiasat sekiranya mereka terbabit dengan kegiatan negatif," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Program Mesra Ilmu Siri Tiga anjuran Fakulti Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Taman Cendana, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Mohamed Khaled mengulas saranan Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang menyarankan supaya kementerian itu mengkaji semula dasar terlalu terbuka pemberian visa dan pas lawatan pelajar bagi membendung negara ini menjadi hab dadah antarabangsa.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, program anjuran UKM itu secara tidak langsung dapat membantu penduduk setempat khususnya pelajar meningkatkan pengetahuan.

Beliau memberitahu, seramai 104 mahasiswa menjalankan program khidmat komuniti selama tiga hari bermula 17 Februari lalu.

"Saya berharap UKM dapat meneruskan program ilmu ini bagi membantu penduduk dan pelajar setempat untuk lebih bermotivasi," katanya.

Peringatan Perdana Menteri

Posted:

Peringatan Perdana Menteri

Peringatan Perdana Menteri

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR, SAIFULIZAM MOHAMAD dan SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak menerima buku 'Najib Peneraju Transformasi' daripada bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (kanan) dan penasihat agama kepada Menteri Besar Terengganu, Mohd. Kamal Saidin (dua dari kiri) pada Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 19 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta umat Islam memilih kerajaan yang mampu menjamin, memelihara serta memartabatkan kesucian agama Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Perdana Menteri berkata, perkara tersebut perlu diambil perhatian serius oleh setiap umat Islam kerana hanya melalui kuasa politik sahaja yang mampu melindungi agama suci itu.

Sehubungan itu, menurut beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang jelas perjuangan mereka tidak menguntungkan kepentingan Islam, sebaliknya lebih memberi faedah kepada DAP.

''Politik amat penting kerana ia melibatkan kuasa. Kuasa boleh menentukan segala-galanya. Oleh itu, buatlah pilihan yang tepat apabila sampai masanya.

''Kesimpulannya juga mereka yang mengundi pakatan pembangkang (Pas dan PKR) bukan menguntungkan parti yang diundi tetapi memberi manfaat kepada parti yang tidur sebantal dengan mereka. Saya fikir para penulis maya boleh menterjemahkan apa yang saya maksudkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Program bertemakan 'Bermuafakat Mentransformasikan Ummah' itu dianjurkan oleh Kelab Sahabat Bina Negara (KSBN).

Turut hadir Presiden KSBN, Mohamad Khairudin Mohamad dan 300 peserta terdiri daripada para ulama, ahli gerakan Islam, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penulis-penulis maya.

Di dalam ucapannya itu, Najib turut menyatakan komitmennya untuk memperjuangkan kepentingan umat Islam termasuk memastikan undang-undang yang memelihara kesucian Islam serta umatnya terus dikekalkan.

''Kita sekarang menghadapi pelbagai cabaran yang getir. Kita juga sedang berhadapan dengan kenyataan-kenyataan oleh pemimpin tertentu sehari dua ini yang kita anggap sebagai suatu yang mungkin 'pelik bin ajaib', 'ajaib bin pelik.'

''Antaranya kenyataan beliau bahawa undang-undang seksual negara kita perlu dipinda kerana sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Persoalannya adakah undang-undang Allah yang diterjemahkan dalam bentuk undang-undang manusia (melarang hubungan sejenis) sudah lapuk ditelan zaman?'' soalnya.

Beliau berkata, kenyataan seumpama itu sungguh pelik kerana Singapura yang bukan sebuah negara Islam turut mempunyai undang-undang sama.

''Malah, dalam satu tinjauan dibuat dalam kalangan rakyat Singapura, mereka kata undang-undang tersebut tidak perlu dipinda. Di Singapura tidak perlu dipinda, tetapi ada pemimpin di sini yang hendak meminda undang-undang itu,'' katanya.

Menurutnya, begitu juga dengan kenyataan pemimpin terbabit mengenai Israel dan perjuangan rakyat Palestin.

''Sekiranya keselamatan rakyat Palestin duduk lebih rendah daripada keselamatan negara Israel, itu sudah menjadi sesuatu yang pelik,'' katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, semua pihak harus bersedia untuk menghadapi PRU-13 pada bila-bila masa.

''Kita akan menghadapi PRU-13 pada bila-bila masa. Ada orang kata tidak lama lagi, macam-macam ramalan. Sebab itu, kita perlu beritahu kepada orang Islam pilih parti dan pemimpin yang dapat menjamin dan boleh memartabatkan kesucian agama Islam,'' ujar beliau.

Ambil tindakan terhadap gejala penggunaan hadis palsu di Internet

Posted:

Ambil tindakan terhadap gejala penggunaan hadis palsu di Internet

Ambil tindakan terhadap gejala penggunaan hadis palsu di Internet

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Kerajaan digesa mengambil tindakan sewajarnya terhadap penggunaan hadis palsu yang dilihat semakin menular dalam kalangan pengguna siber.

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, tindakan itu wajar disegerakan memandangkan gejala tersebut boleh menyebabkan kesucian Islam dicemari perkara-perkara dogmatik, tidak masuk akal dan tidak benar.

Katanya, lambakan hadis palsu yang mudah diakses menerusi laman Facebook, blog dan YouTube dikhuatiri menggambarkan imej Islam sebagai sebuah agama yang rumit dan tidak konsisten dalam prinsip-prinsip amalannya.

"Banyak 'hadis' yang tersebar di internet, antaranya adalah bahawa jika seseorang itu menunaikan solat tarawih pada malam pertama akan dijanjikan syurga. Apakah dengan hanya sekadar satu solat sunat ini semata-mata akan ke syurga?

"Kalau kita ingin menggalakkan seseorang itu beragama sekalipun, galakkan mereka mengikut agama yang diajar Nabi Muhammad SAW iaitu agama yang mudah, serta membentuk nilai kejiwaan yang tinggi.

"Ia bukan hanya dibawa dengan nama semata-mata, namun perlu disusuli dengan isinya. Kalau kita hendak menggalakkan orang berdasarkan ganjaran semata-mata, kita akan melahirkan umat berfikiran subsidi yang tidak ikhlas dalam amalannya.

"Kita mahu seseorang umat itu membuat sesuatu yang mereka tahu akan tindakan tersebut. Setiap langkah mereka difahami dan menjurus kepada kebaikan, di samping menguatkan jati diri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel program Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.

Sementara itu, Juanda turut menyeru para ulama, cendekiawan Islam dan penulis blog supaya bersatu menjadi sebuah kumpulan pendesak yang memperjuangkan kesucian agama dan keadilan sosial di negara ini.

Bagaimanapun kata beliau. desakan tersebut harus mempunyai fakta-fakta tepat dan bernas yang membantu proses pembangunan masyarakat serta penambahbaikan dasar kerajaan.

"Pihak yang bawa agenda yang benar namun tidak tersusun dari sudut gerakan, idea dan fakta akan kalah. Sebaliknya, pihak yang membawa perkara tidak betul, sekiranya mereka tersusun mereka boleh mempengaruhi ramai orang," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan