Sabtu, 18 Februari 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Bantah kehadiran Anwar di Endau

Posted:

Bantah kehadiran Anwar di Endau

Bantah kehadiran Anwar di Endau

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada 200 orang yang mewakili parti politik, NGO mengadakan bantahan aman terhadap kehadiran Anwar selepas membuat laporan di Balai Polis Endau, Johor, semalam.


MERSING 17 Feb. - Kira-kira 200 orang yang mewakili pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman terhadap kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Endau di sini untuk berceramah Ahad ini.

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Mersing serta Persatuan Belia Endau mendakwa kehadiran Ketua Umum PKR itu hanya akan memecah-belahkan perpaduan penduduk di kawasan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusuf berkata, penduduk di daerah ini menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

"Masyarakat di sini membantah kehadiran Anwar dan kita tidak sekali-kali akan terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan kepada penduduk Mersing kerana kami sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami tidak mahu Anwar yang menyokong negara Israel hadir ke tempat tinggal kami kerana ia akan mengubah suasana harmoni dan keselesaan penduduk yang telah sekian lama terjalin baik antara pelbagai kaum," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan bersama Setiausaha MCA Bahagian Mersing, Tan Ah Fatt di Balai Polis Endau di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Endau, Musranizam Musa berharap golongan belia tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar kerana ia hanya akan merosakkan keharmonian penduduk di kawasan itu.

"Kami mahu keamanan sedia ada di sini dikekalkan dan kehadiran Anwar pasti memecah-belahkan penduduk," katanya.

Tukang tilik wanita mati ditetak

Posted:

Tukang tilik wanita mati ditetak

Tukang tilik wanita mati ditetak

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my



ALOR SETAR 17 Feb. - Seorang tukang tilik wanita maut akibat ditetak dengan parang oleh bekas suaminya manakala dua anak perempuan mereka parah dalam kejadian amuk di Taman Saga, Alor Mengkudu di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.17 tengah malam itu, Ung Siew Lin, 46, mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat cedera parah di kepala, tangan dan perut.

Anak angkat mangsa, Chn'g Sheve Mei, 26, cedera di kepala serta patah tangan kanan manakala anak kandungnya, Wong Chiew Ying, 26, patah tangan kiri.

Dua adik perempuan Chiew Ying, Wong Chiew Shen, 22, dan Wong Shene Mei, 21, sempat menyelamatkan diri serta meminta pertolongan orang ramai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, suspek yang berusia 54 tahun tidak bekerja dan telah berpisah dengan mangsa tiga tahun lalu.

"Suspek datang ke rumah mangsa dan memanggil bekas isteri dan anaknya supaya keluar dari rumah namun semua mereka tidak mempedulikannya.

"Berang dengan keengganan ahli keluarganya itu, suspek dikatakan bertindak membakar kereta Perodua MyVi milik bekas isterinya itu yang diletakkan di depan rumah sebelum masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.

Baharom memberitahu, berlaku pertengkaran antara suspek dengan bekas isteri dan anak-anaknya.

"Semasa bertengkar, dua anak mangsa lari meminta pertolongan manakala mangsa serta dua lagi anaknya lari ke tempat letak kereta depan rumah mereka.

"Di situ, suspek dikatakan menetak isterinya. Anggota bomba dan penyelamat yang sedang memadamkan kebakaran kereta MyVi kemudian segera menyembur air ke arah suspek," ujarnya.

Tambahnya, suspek yang cuba melarikan diri selepas menetak isteri dan mencederakan anaknya diberkas oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.

"Suspek diserahkan kepada pihak polis dan dia yang mengalami kecederaan di kepala dibawa ke HSB untuk rawatan lanjut. Dua anak suspek yang cedera kini dirawat di hospital yang sama.

"Motif kes dipercayai berpunca daripada masalah keluarga kerana suspek dikatakan sering datang ke rumah mangsa sejak berpisah dengan mangsa," katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung turut melawat dua mangsa yang dirawat di HSB.

DAP juga tidak sealiran

Posted:

DAP juga tidak sealiran

DAP juga tidak sealiran

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Selepas dibidas oleh orang ramai termasuk sekutunya, Pas kerana menyokong negara Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima satu lagi tamparan apabila sekutu rapatnya, DAP juga tidak sealiran dengan pandangannya.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menegaskan parti itu juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap rakyat Palestin serta tetap dengan pendiriannya tidak menyokong negara itu dan mengiktirafkan kewujudannya.

Beliau berkata, tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel tanpa menilai sama ada perkara itu betul atau sebaliknya adalah sesuatu yang terkutuk.

"Kita menyokong sepenuhnya agar rakyat Palestin mendirikan sebuah negara yang bebas dari Israel dan diiktiraf oleh semua negara di seluruh dunia," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pembukaan rasmi cawangan pertama restoran Penang One di sini hari ini.

Baru-baru ini, Anwar dalam The Wall Street Journal (WSJ) menyatakan sokongannya terhadap usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Tony Pua juga berharap agar dunia mengambil pendirian untuk menyokong Palestin supaya membentuk sebuah negara bebas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan