Khamis, 16 Februari 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Suspek pengebom diberkas

Posted:

Suspek pengebom diberkas

Suspek pengebom diberkas

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


LELAKI warga Iran disyaki terlibat pengeboman di Bangkok, Mohammad Hazai disiasat anggota polis selepas ditangkap di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, kelmarin


KUALA LUMPUR 15 Feb. – Seorang lelaki warga Iran yang diburu polis Thailand kerana melarikan diri ke negara ini setelah disyaki terlibat dengan tiga letupan bom di negara itu semalam, dicekup polis sejurus tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini, petang ini.

Difahamkan, suspek dikenali sebagai Zedhaghat Zadech Masoud ditahan di LCCT, sebaik sahaja tiba dengan penerbangan dari Bangkok, Thailand.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini, mengesahkan penahanan Masoud tetapi enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, apa sahaja tindakan lanjut yang akan diambil terhadap lelaki berkenaan adalah bergantung kepada peruntukan undang-undang di negara ini.

"Kita mengetatkan kawalan di pintu masuk negara untuk mengesan lelaki Iran ini setelah mendapat permohonan daripada polis negara jiran itu.

"Saya tidak menafikan suspek sudah ditahan tetapi apa sahaja tindakan lanjut diambil terhadapnya mestilah mengambil kira undang-undang negara kita (Malaysia)," ujarnya.

Polis Thailand hari ini meminta bantuan PDRM untuk mengesan Masoud yang dikehendaki kerana didakwa terlibat dengan tiga letupan bom di Bangkok setelah mengesyaki lelaki itu melarikan diri ke Malaysia.

Suspek dipercayai melarikan diri ke negara ini dengan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok selepas disyaki terlibat dengan kejadian letupan bom di tiga lokasi di Jalan Sukhumvit 71, Bangkok yang berakhir dengan seorang lelaki Iran putus kedua-dua belah kakinya.

Masoud dikenal pasti sebagai suspek ketiga dalam insiden letupan itu, manakala seorang lagi rakannya dikenali sebagai Mohammad Hazai, 42, berjaya ditangkap di Lapangan Terbang Suvarnabhumi ketika hendak menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur malam tadi.

Insiden letupan itu berlaku sehari selepas kakitangan Kedutaan Israel di New Delhi, India dan Tbilisi, Georgia menjadi sasaran pengebom, dalam serangan yang didakwa oleh Israel sebagai angkara Iran.

Hazai dikenal pasti menerusi kamera litar tertutup sebagai seorang daripada tiga lelaki Iran yang menyewa sebuah rumah di Bangkok di mana sebutir bom meletup petang semalam.

Selepas letupan itu, Hazai dan seorang lagi suspek melarikan diri dari rumah tersebut yang didapati menempatkan bahan letupan plastik C-4.

Seorang lagi lelaki dikenali sebagai warga Iran bernama Saeib Morabi lari dari rumah itu dan cuba menahan teksi. Apabila mereka enggan berhenti, dia melontar sebutir bom tangan ke arah salah sebuah teksi dan menyebabkan pemandunya dan tiga pejalan kaki cedera.

Morabi, 28, melarikan diri tetapi berjaya diekori oleh sebuah kereta peronda polis. Apabila menyedari diekori, dia membaling sebutir lagi bom tangan ke arah kereta itu, ia melantun dari sebuah trak pikap lalu meletup dekat dirinya, menyebabkan kedua-dua belah kakinya putus.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, PDRM sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa negara lain termasuk polis Thailand dalam usaha mengekang kegiatan pengganas demi menjamin keamanan negara ini.

"Kita sedar suspek yang diburu ini berbahaya. Justeru, pemantauan ketat di pintu masuk sempadan negara sama ada melalui darat dan udara sentiasa diperketatkan.

"Kita sudah menempatkan anggota untuk membuat pemantauan di lokasi berkenaan," katanya.

Harga tinggi punca jual bayi

Posted:

Harga tinggi punca jual bayi

Harga tinggi punca jual bayi

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Harga serta permintaan yang tinggi bagi bayi dikatakan merupakan antara punca kegiatan menjual bayi masih berleluasa.

"Polis percaya sindiket penjualan bayi yang sudah lama wujud ini semakin berleluasa kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata, seorang bayi boleh mencapai harga melebihi RM20,000 berdasarkan kesempurnaan dan kecerahan warna kulit.

"Harga menjadi lebih tinggi sekiranya disertakan dengan dokumen pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran semasa pembelian," katanya.

Abdul Jalil menjelaskan kebanyakan bayi dijual pada lingkungan umur satu hingga tiga bulan namun ada juga kanak-kanak berusia sehingga enam tahun turut dijual.

"Kegiatan terancang ini bermula dengan penjagaan rapi yang diberikan kepada ibu-ibu yang mengandung di pusat penjagaan haram, bagi menghasilkan bayi yang sihat demi mendapatkan nilai jualan yang tinggi.

"Wanita yang dihantar ke pusat penjagaan haram ini biasanya terdiri daripada gadis yang mengandung anak luar nikah dan juga wanita warga asing yang tidak mahukan bayi kandungan mereka dan sanggup menjual untuk mendapatkan wang," katanya. – BERNAMA

Tak menyalahi hukum syarak

Posted:

Tak menyalahi hukum syarak

Tak menyalahi hukum syarak


Najib Tun Razak bersalaman dengan Harussani Zakaria pada Seminar Profesionalisme Penceramah Agama UMNO Bahagian Pekan 2012 di Bangi, semalam. Turut kelihatan Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd. Ariffin Daud. - BERNAMA


BANGI 15 Feb. - Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves, baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin, tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan kaum lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau reda dengan perbuatan agama lain tidak mengapa, tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama UMNO Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.

Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama. Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh menjadi fitnah.

"Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

"Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah...soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah," katanya.

Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan reda dengan orang yang melakukan kufur. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan