Isnin, 6 Februari 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Sistem data jemaah TH lemah

Posted:

Sistem data jemaah TH lemah

Sistem data jemaah TH lemah

Oleh WAN NORHAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan punca berlakunya sindiket 'haji ekspres' disebabkan sistem pangkalan data pengurusan jemaah Lembaga Tabung Haji (TH) yang lemah sehingga memberi ruang dan peluang berlakunya penyelewengan dan rasuah.

Menurut sumber, kelemahan tersebut membolehkan pegawai yang menjaga sistem itu memasuk atau mengeluarkan mana-mana nama jemaah haji tanpa diketahui oleh pihak atasan.

"Siasatan kita dapati wujud kelemahan itu (sistem) kerana pihak TH tidak menggunakan ciri-ciri keselamatan seperti kod khas untuk mengubah data selain tidak boleh dipantau pihak atasan.

"Kelemahan itu memberi ruang untuk berlakunya penyelewengan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan satu sindiket 'haji ekspres' dikesan beroperasi sejak beberapa tahun lalu dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran bagi menunaikan ibadat haji.

Difahamkan, sindiket itu turut dianggotai oleh pegawai TH dan beberapa bekas kakitangannya. Kegiatan sindiket itu berjaya dikesan pihak berkuasa pada 2009 apabila mereka dilaporkan meminta suapan bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadat itu lebih awal daripada jadual.

Menurut sumber itu lagi, kelemahan sistem pangkalan data sehingga berlakunya kegiatan sindiket 'haji ekspres' tersebut mirip dengan sindiket pengeluaran 'lesen terbang' yang dibongkar pihak berkuasa pada 2007.

"Bezanya sindiket 'haji ekspres' itu terpaksa menggunakan kuota orang lain yang benar-benar layak untuk menunaikan haji pada tahun tersebut," ujarnya.

Menurutnya, siasatan mendapati kebanyakan jemaah yang menggunakan 'haji ekspres' tidak menyedari kesalahan dilakukan kerana mereka berurusan dengan penceramah agama di masjid yang bergelar ustaz.

"Selepas ceramah ustaz-ustaz itu akan beritahu sedia tolong mereka yang ingin menunaikan haji segera. Jika ada yang berhajat, ustaz itu akan meminta nombor kad pengenalan dan kemudian memberinya kepada pegawai TH berkenaan.

"Selepas beberapa hari, individu tersebut diminta menyemak nama mereka atau waris di TH dan sekiranya ada, mereka diminta berjumpa dan membuat bayaran kepada ustaz itu dengan alasan untuk imbuhan kepada pegawai di TH," jelasnya.

Sumber berkata, sehingga kini seramai 27 jemaah haji berkenaan telah dirakam keterangan untuk siasatan kes dan individu terlibat dijangka didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Full content generated by Get Full RSS.

Contohi keperibadian Rasulullah

Posted:

Contohi keperibadian Rasulullah

Contohi keperibadian Rasulullah

Oleh HAKIMI ISMAIL dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tuanku Hajah Haminah menadah tangan ketika bacaan doa pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor, Muhyiddin Yassin dan Jamil Khir Baharom.


PUTRAJAYA 5 Feb. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah menyeru umat Islam mencontohi keunggulan peribadi Nabi Muhammad SAW ke arah melahirkan sebuah masyarakat Islam yang hebat selain menjadi contoh teladan kepada dunia.

Baginda bertitah, bagi mencapai kegemilangan itu, umat Islam perlu memperbetulkan tasawur Islam dalam kehidupan diri, keluarga dan masyarakat.

''Konsep hidup sebagai hamba dan khalifah Allah serta bekerja atau berniaga sebagai ibadah merupakan perkara asas yang perlu dihayati supaya impak terhadap keunggulan agama Islam dapat dirasai secara global.

"Perjuangan Rasulullah SAW selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah telah berjaya mendidik, memimpin serta membawa umat jahiliah berhijrah daripada kekufuran dan kejahilan kepada umat Islam yang memiliki keimanan yang kental dan ketinggian ilmu yang membanggakan," titah baginda semasa merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 1433 Hijrah di Masjid Putra di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isteri, Datin Seri Fatmawati Saidin.

Tuanku Abdul Halim bertitah, kegigihan Nabi Muhammad SAW dilihat berjaya membina kekuatan iman, minda dan fizikal umat Islam pada zaman itu mahupun di zaman Khulafa' ar-Rasyidin serta zaman sesudahnya sehingga mampu mencipta satu tamadun gemilang di mana umum mendengar Islam berjaya memimpin hampir tiga perempat dunia

Dalam pada itu, baginda turut berharap umat Islam di negara ini memahami dan menzahirkan wawasan yang telah diamanahkan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan wawasan itu perlu dijadikan tonggak untuk memupuk semangat persefahaman, persaudaraan dan perpaduan semasa Islam dan bukan Islam.

Ini supaya rangkaian sosial yang mantap dapat diwujudkan ke arah peningkatan daya saing serta daya tahan umat Islam

Titah baginda, umat Islam juga perlu mempertingkatkan penghayatan terhadap al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW sehingga menjadi ummah yang bersatu padu serta sentiasa mapan mendepani cabaran semasa.

"Laksanakanlah tanggungjawab itu dengan penuh keikhlasan. Sesungguhnya untuk mencapai perpaduan, ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan yang jitu," titah baginda.

Sambutan yang bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' itu menyaksikan seramai sembilan individu menerima anugerah sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan dengan Mufti Pulau Pinang yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Datuk Seri Hassan Ahmad, dipilih menerima Anugerah Perdana.

Terdahulu, sebanyak 121 kontinjen yang disertai lebih 12,000 peserta terdiri daripada kakitangan agensi-agensi kerajaan, badan beruniform, pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak sejauh 2.4 kilometer bermula dari pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya hingga ke Masjid Putra di sini sambil berselawat.

Full content generated by Get Full RSS.

Wajib dedah status produk haram

Posted:

Wajib dedah status produk haram

Wajib dedah status produk haram

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyediakan peraturan bagi mewajibkan peniaga mendedahkan maklumat jika sesuatu barang diperbuat daripada bahan tidak halal seperti kulit babi.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Saripuddin Kasim berkata, ini bagi membolehkan barangan seperti beg, kasut dan pakaian yang diperbuat daripada bahan tidak halal diasingkan daripada produk halal di sesebuah premis.

"Buat masa ini, belum ada undang-undang yang membolehkan KPDNKK berbuat demikian selain menasihati peniaga," katanya.

Saripuddin berkata, penyediaan deraf peraturan itu sedang dibuat melibatkan pakar-pakar daripada Jabatan Kimia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri, dan dijangka siap beberapa bulan lagi.

Beliau berkata, ia selaras dengan pelaksanaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Saripuddin berkata, kementerian selaku badan penguatkuasa telah melantik 62 pegawai Jakim sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan untuk menguatkuasakan akta berkenaan.

Katanya, langkah itu membolehkan pegawai Jakim mendakwa individu atau syarikat yang melanggar peruntukan mengikut akta tersebut, termasuk penyalahgunaan sijil halal.

"Sebelum ini, kuasa pegawai Jakim hanya terhad kepada menyerbu dan melakukan siasatan manakala kuasa pendakwaan terletak pada KPDNKK," jelas Saripuddin. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan