Isnin, 20 Februari 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Pemuda miliki dadah dipenjara, sebat

Posted:

Pemuda miliki dadah dipenjara, sebat

Pemuda miliki dadah dipenjara, sebat

RASAH 20 Feb. - Seorang lelaki dihukum penjara 12 tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Tinggi Seremban hari ini kerana memiliki 100 tiub yang mengandungi dadah campuran jenis heroin dan morfin seberat 21.6 gram di Tampin dekat sini pada awal tahun lalu.

Mohd. Ezri @ Mahfar Mahfod, 30, dijatuhi hukuman tersebut selepas membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Zulkifli Bakar.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Ezri didakwa memiliki 100 tiub yang mengandungi campuran dadah jenis heroin seberat 20.2 gram dan Monoacetylmorphines seberat 1.4 gram di belakang deretan kedai di Taman Belian, Tampin dekat sini kira-kira pukul 12.10 tengah malam, 6 Januari tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara minimum lima tahun dan sebatan sehingga 10 kali.

Terdahulu, peguam, Mohd. Aimi Zaini yang mewakili lelaki itu memohon hukuman ringan dikenakan ke atas tertuduh kerana anak guamnya sudah insaf dan mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mengendalikan pendakwaan pula memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh lelaki itu ditangkap.

Menurut fakta kes, Mohd. Ezri ditahan oleh sepasukan anggota polis ketika berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di belakang deretan kedai terbabit.

Hasil pemeriksaan polis menjumpai 100 tiub yang mengandungi dadah jenis heroin dan morfin yang diletakkan di dalam satu beg galas di kaki tertuduh.

Utusan diarah fail pembelaan kes saman Anwar

Posted:

Utusan diarah fail pembelaan kes saman Anwar

Utusan diarah fail pembelaan kes saman Anwar

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Syarikat penerbitan akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan Melayu) dikehendaki memfailkan pernyataan pembelaan mereka dalam kes saman fitnah RM50 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyiaran artikel bertajuk 'Tolak Anwar - Hassan'.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Vazeer Alam Mydin Meera sehubungan itu menetapkan 28 Februari ini untuk pengurusan kes saman tersebut.

Pada 20 Januari lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari lalu di muka hadapannya telah dengan salah dan berniat jahat mencetak serta menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya.

Selain Utusan Melayu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Menurut Anwar selaku plaintif, akhbar Utusan Malaysia pada tarikh yang sama di muka surat 10, di bawah tajuk Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak, pihak defendan telah dengan salah dan berniat jahat mencetak serta menerbitkan perkataan fitnah.

Dakwanya lagi, pihak defendan yang diwakili peguam K. Logeswary telah membuat tuduhan yang sama dalam akhbar tersebut untuk beberapa hari sebelum penerbitan pada 17 Januari lalu.

Bagi Anwar, perkataan fitnah itu dalam makna asal dan biasa merujuk kepadanya dan membawa maksud antara lain dirinya tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang, seorang pemimpin Muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam atau menyeleweng.

Anwar menyatakan, ia juga menggambarkan dirinya tidak mempunyai reputasi yang baik serta seorang rendah moral.

Plaintif berkata, perkataan fitnah itu berasaskan kepada temu ramah antara beliau dengan agensi berita antarabangsa, BBC.

Namun Anwar menyatakan, bagi majoriti Melayu Muslim di Malaysia, perkataan-perkataan itu secara khususnya bahawa dirinya berniat untuk membenarkan homoseksualiti.

Perkataan fitnah tersebut, kata Anwar, telah menjejaskan kedudukannya dalam politik dan reputasinya secara peribadi serta mendatangkan kesengsaraan kepada keluarganya.

Selain ganti rugi, Anwar yang diwakili peguam Latheefa Koya menuntut perintah injunksi bagi menghalang pihak defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan