Sabtu, 18 Februari 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


BR1M bukan rasuah - Penerima

Posted:

BR1M bukan rasuah - Penerima

BR1M bukan rasuah - Penerima

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

KLANG 18 Feb. - Dakwaan segelintir pihak terutama parti pembangkang bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 bagi setiap penerima itu merupakan satu bentuk rasuah ditolak oleh rata-rata rakyat negeri ini.

Sebaliknya, mereka menganggap bantuan tersebut adalah satu proses transformasi untuk membantu golongan berpendapatan rendah selain merapatkan hubungan rakyat dengan wakil-wakil rakyat mereka.

Seorang penerima BR1M, Khusrin Rahmat, 68, berkata, pemberian BR1M bukan satu bentuk rasuah tetapi ia adalah rezeki daripada Allah.

Bekas ahli Pas itu berkata, tuduhan bahawa BR1M adalah rasuah adalah tidak masuk akal kerana semua pihak mengetahui ia adalah satu bentuk kaedah memulangkan semula hak rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan.

"Apa yang penting niat, pemberian itu untuk membantu mereka yang susah. Program bantuan itu merupakan bentuk transformasi yang baik oleh kerajaan.

"Saya rasa kerajaan Barisan Nasional (BN) patut melaksanakan lebih banyak program seperti ini kerana secara tidak langsung ia akan memastikan setiap wakil rakyat melawat kawasan masing-masing," katanya ketika ditemui pemberita pada program pemberian BR1M bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Seorang pesara, Kwan Kok Cheong, 54, pula menyifatkan sikap parti pembangkang yang mendakwa BR1M merupakan rasuah adalah suatu tindakan yang tidak wajar.

Seorang lagi penerima, L. Saravanan, 33, berkata, BR1M merupakan satu bentuk bantuan yang sangat diharapkan oleh mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Jenazah Badrul Hisham selamat dikebumikan

Posted:

Jenazah Badrul Hisham selamat dikebumikan

Jenazah Badrul Hisham selamat dikebumikan


ORANG ramai menziarahi jenazah Badrul Hisham Abdul Aziz (gambar kecil) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi, Selangor, semalam. - MINGGUAN/WAN NAQIUDDIN WAN YAACOB


KUALA LUMPUR 18 Feb. - Jenazah bekas Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz, 53, yang meninggal dunia semalam akibat sakit jantung selamat dikebumikan pagi ini.

Jenazah Allahyarham dikebumikan pada pukul 10 pagi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi dekat sini.

Difahamkan tanah perkuburan itu adalah salah satu 'buah tangan' kejayaan usaha Allahyarham menerusi permohonan kepada kerajaan negeri Selangor ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Hulu Langat dua penggal (1995-2004).

Beliau memperjuangkan usaha mendapatkan tapak berkenaan kerana mendapati kekurangan tapak perkuburan Islam di kawasan Bangi.

Ramai rakan-rakan termasuk dari pelbagai media dan orang politik menziarahi jenazahnya sejurus dibawa pulang dari Hospital Serdang lewat petang semalam sehingga ke majlis pengkebumian pagi ini.

Menurut anak Allahyarham, Iliyas Fazli, 19, bapanya meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Serdang kira-kira pukul 3 petang semalam, selepas mengadu tidak sihat.

Bapa dakwa anak dicabul jurulatih

Posted:

Bapa dakwa anak dicabul jurulatih

Bapa dakwa anak dicabul jurulatih

PETALING JAYA 18 Feb. - Seorang bapa membuat laporan polis berhubung kejadian cabul yang menimpa anak perempuannya kira-kira enam bulan lalu, di Balai Polis Bandar Sri Damansara di sini hari ini.

Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Liong, berusia lingkungan 40-an membuat laporan polis setelah dimaklumkan anaknya pernah diraba oleh seorang jurulatih pengakap.

Difahamkan, kejadian malang yang menimpa anak perempuan berusia 14 tahun itu berlaku di sekolah ketika mangsa dan beberapa pelajar lain sedang menjalani latihan.

Suspek turut dipercayai melakukan perbuatan tidak bermoral itu ke atas lebih 10 pelajar sekolah berkenaan yang mengikuti latihan pengakap.

Tambah Liong, pada mulanya dia mempercayai kejadian itu adalah kejadian yang tidak disengajakan, namun berasa ragu-ragu apabila insiden itu dilakukan berkali-kali.

"Jika ia berlaku sekali ia boleh dianggap satu yang tidak disengajakan tetapi menurut dakwaan anak saya, suspek melakukannya beberapa kali.

"Saya berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas ke atas suspek," katanya kepada pemberita di luar pekarangan balai polis itu hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan