Ahad, 12 Februari 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


'Sampai bila nak tunggu'

Posted:

'Sampai bila nak tunggu'

'Sampai bila nak tunggu'

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


UNIT rumah yang terbakar di flat Sri Pulau Pinang di Cheras, Kuala Lumpur pada November tahun lalu kini didakwa menjadi sarang kaki botol, selain menyebabkan air hujan meleleh ke aras bawah. - utusan/ALI ISKANDAR


KUALA LUMPUR 12 Feb. - Sudah lebih dua bulan flat Sri Pulau Pinang di Cheras terlibat dalam kebakaran yang mengakibatkan 10 unit rumah di tingkat teratas Blok 4 termasuk bumbung hangus dan menyebabkan penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Kejadian yang berlaku pada malam 30 November tahun lalu itu menyebabkan mangsa terpaksa ditempatkan buat sementara di flat Sri Johor sehingga rumah mereka dibaiki.

Namun begitu, tinjauan Utusan Malaysia ke flat tersebut di sini hari ini mendapati rumah yang terlibat dalam kebakaran itu masih belum dibaiki. Malah di dalam rumah itu terdapat beberapa botol minuman keras yang menandakan ia telah menjadi sarang kaki botol.

Apa yang dikesalkan penduduk adalah kegagalan pihak berwajib membaik pulih rumah tersebut telah menyebabkan mereka yang berada ditingkat bawah merasa tempiasnya apabila syiling rumah bocor dan sering dimasuki air ketika hujan.

Malah, pelbagai masalah lain yang mereka hadapi menyebabkan penduduk menggesa agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membaiki segera Perumahan Awam (PA) itu.

Seorang penduduk Tan Tim Sing, 50, berkata, penduduk yang menjadi mangsa kebakaran telah ditempatkan di rumah lain tetapi rumah di situ tidak dibaiki sehingga kini.

Katanya, apabila dia bertanya kepada pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di situ, mereka memberitahu bahawa masih menunggu insurans.

"Apabila hujan, air akan masuk ke dalam rumah di tingkat bawah dan apabila cuaca panas pula terasa begitu panas kerana tiada bumbung di bahagian atas.

"Rumah yang ditinggalkan ini juga telah menjadi tempat penagih dadah, kaki botol dan juga remaja menghidu gam," katanya ketika ditemui di flat tersebut.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Tan Lai Kiaw, 51, berkata, sejak kejadian kebakaran itu air hujan sering memasuki rumahnya yang berada di tingkat bawah, menyebabkan mereka hidup dalam keadaan yang tidak selesa.

"Saya berharap agar pihak bertanggungjawab dapat membaiki rumah itu dengan segera supaya masalah kami boleh selesai," ujarnya.

Dalam pada itu, jirannya, Tong Sok Peng, 53, berkata, syiling pada bilik di rumahnya bocor dan dimasuki air setiap kali hujan.

"Apabila mengadu kepada DBKL, mereka kata sedang tunggu insurans lagi. Mereka kata kalau tidak mahu tunggu, maka kami kena baiki sendiri," jelasnya.

300 sertai bengkel RoL

Posted:

300 sertai bengkel RoL

300 sertai bengkel RoL

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Sebanyak 300 peserta yang terdiri daripada penduduk, pemilik tanah, peniaga, pemaju dan semua pihak berkepentingan dalam projek Sungai Nadi Kehidupan (RoL) menyertai bengkel Penyertaan Awam Greater KL-Klang Valley RoL bagi memberi maklum balas berkenaan projek berkenaan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk melibatkan pihak awam yang berkepentingan di peringkat perancangan awal Pelan Induk RoL.

Katanya, ia juga bagi memberi penerangan kepada pihak awam mengenai cadangan awal draf pelan induk projek itu.

"Bengkel ini juga bertujuan mendapatkan pandangan dan idea semua pihak bagi membantu pihak perunding menyediakan sebuah pelan induk yang komprehensif dan mengambil kira pandangan semua pihak.

"Di samping itu, ia dapat memupuk perkongsian maklumat di antara kerajaan dan rakyat supaya bersama-sama merancang dan menyediakan pelan induk untuk pengindahan dan pembangunan sungai kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada bengkel tersebut di Hotel Seri Pacific di sini semalam.

Sementara itu, seorang peserta, Mohd. Jiwa Khairi, 49. berkata, dia menyambut baik usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengambil kira pandangan penduduk dalam projek berkenaan.

Katanya, rumahnya sekarang berhadapan dengan sungai yang dipenuhi dengan sampah-sarap.

"Jadi, saya berharap apabila projek RoL sudah siap nanti, kita akan dapat melihat pemandangan yang lebih baik dan indah.

"Projek ini juga dapat mempromosikan gaya hidup sihat. Ini kerana di sepanjang sungai akan dibina laluan pejalan kaki yang membolehkan orang ramai beriadah," ujarnya.

Sumbangan ceriakan 250 keluarga Tionghua

Posted:

Sumbangan ceriakan 250 keluarga Tionghua

Sumbangan ceriakan 250 keluarga Tionghua

AMPANG 12 Feb. – Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina masih dirasai apabila 250 keluarga kaum Tionghua menerima sumbangan wang tunai daripada Ahli Parlimen Pandan pada majlis yang diadakan baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban keluarga terbabit dalam menyambut perayaan tersebut.

Menurutnya, Parlimen Pandan dengan kerjasama parti komponen MCA, MIC dan UMNO Bahagian Pandan telah memilih 250 keluarga yang layak menerima sumbangan itu.

"Mereka terdiri daripada golongan kurang upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan golongan miskin yang berpendapatan kurang daripada RM1,500," katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian sumbangan tersebut.

Hadir sama, Ketua Puteri UMNO Pandan, Zahida Zarik Khan dan Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Gabukas), Datuk Mad Aris Mad Yusuf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan