Sabtu, 4 Februari 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


DBKL beli balik rumah

Posted:

DBKL beli balik rumah

DBKL beli balik rumah

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membeli semula rumah yang dijual melalui Skim Pembiayaan Khas Penjualan Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN) dan Perumahan Awam DBKL jika pembeli gagal membayar balik pinjaman tersebut.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata, bagi pembeli yang tidak mampu dan gagal membayar balik pinjaman, mereka boleh terus tinggal di rumah tersebut dengan membayar sewa seperti sebelum ini.

Namun, jelas beliau, DBKL juga boleh menjual rumah-rumah itu kepada mereka yang berada dalam senarai menunggu yang kini berjumlah 27,000 orang.

"Skim tersebut adalah bagi membantu rakyat terutamanya yang kurang berkemampuan untuk mempunyai aset sekurang-kurangnya sebuah rumah.

"Selain itu, ia juga bertujuan mendidik rakyat supaya mempunyai sifat tanggungjawab dengan membayar balik pinjaman yang diberikan," katanya selepas menghadiri taklimat mengenai skim tersebut di Menara DBKL, Jalan Raja Laut, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Idris Mohd. Isa.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan skim tersebut yang akan beroperasi 1 Mac ini bertujuan membantu warga kota berpendapatan rendah membeli rumah.

Skim itu akan dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan, dengan dana pembiayaan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Raja Nong Chik berkata, jika skim itu berjaya di Kuala Lumpur, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berhasrat untuk meluaskannya ke negeri-negeri lain yang turut mempunyai rumah PPR.

Tambahnya, pihaknya akan melakukan sesi penerangan di seluruh PPR dan PA pada Mac ini bagi menjelaskan perkara tersebut kepada bakal peminjam.

"Dijangkakan, pada pertengahan Mei, urusan pinjaman akan selesai dilaksanakan dan pada Jun, sudah ada pinjaman yang dikeluarkan," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Polis buru geng Columbia cuba larikan ATM

Posted:

Polis buru geng Columbia cuba larikan ATM

Polis buru geng Columbia cuba larikan ATM


Ab. Rashid Ab. Wahab (kanan) menunjukkan mesin juruwang automatik dan kabel besi yang digunakan oleh geng Columbia semasa cuba melarikan mesin juruwang tersebut di Kajang, semalam.


KAJANG 3 Feb. - Polis sedang memburu sekumpulan lima lelaki warga Colombia setelah mereka gagal melarikan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) dari sebuah pasar raya di Bandar Teknologi Kajang di sini Sabtu lepas.

Dalam kejadian itu, kelima-lima lelaki itu yang dipercayai pakar dalam sistem penggera bangunan cuba menarik keluar mesin ATM itu menggunakan kabel besi yang disambungkan kepada sebuah kenderaan MPV buatan China.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, cubaan mereka pada kira-kira 1.10 pagi itu dilihat anggota polis kereta peronda yang lalu di situ menyebabkan mereka melarikan diri tetapi seorang dapat diberkas.

"Lelaki yang ditangkap polis itu berusia 35 tahun memberitahu mereka adalah warga Columbia," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.

Ab. Rashid berkata, polis menahan reman lelaki itu dari Sabtu sehingga Rabu lalu tetapi ditahan semula mengikut Akta Imigresen sehingga 15 Februari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri.

Dalam pada itu, polis Kajang juga menahan empat orang anggota geng Topoi yang terlibat aktif dalam kegiatan menyamun termasuk sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di bandar ini Jumaat lepas.

Katanya, kesemua mereka berumur antara 21 hingga 64 tahun itu biasanya menyamun rokok dan wang menggunakan parang serta pisau sebagai senjata.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kumpulan itu terlibat dalam empat kes samun kedai 7-Eleven dan mereka mungkin terlibat lebih daripada 10 kes sejak tahun lepas. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan