Isnin, 20 Februari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Tiga suspek serang 'ala mafia'

Posted:

Tiga suspek serang 'ala mafia'

Tiga suspek serang 'ala mafia'

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Tiga lelaki cedera termasuk dua parah selepas diserang secara 'ala mafia' oleh tiga suspek yang melepaskan lebih 17 das tembakan bertalu-talu di Pangsapuri Gardenia Court, Taman Sri Gombak di sini malam tadi.

Ketika kejadian pada pukul 9.30 malam itu, mangsa yang menaiki sebuah kereta baru tiba di pangsapuri tersebut untuk menghadiri majlis hari jadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika mangsa tiba di tempat letak kenderaan, mereka dihampiri sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4) dinaiki tiga lelaki yang kemudian melepaskan tembakan dan mengenai kesemua mangsa.

Menurutnya, suspek telah melepaskan tembakan ke arah ketiga-tiga mangsa iaitu K. Ashok, 18; M. Tirusilan, 23, dan P. Kesavan, 29.

"Seorang daripada mangsa dipercayai terkena 14 tembakan sehingga cedera di kedua-dua belah tangan, punggung dan kaki manakala dua lagi rakannya terkena tembakan di tepi leher, dagu dan bahu.

"Dua daripada mangsa dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala seorang lagi dibenarkan pulang selepas menerima rawatan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian tersebut disedari penduduk yang terdengar bunyi letupan berulang kali sebelum pengawal keselamatan menemui mangsa yang berada dalam keadaan parah.

Katanya, siasatan polis di tempat kejadian menemui 17 kelongsong peluru jenis automatik .45 dan empat kelopak peluru.

"Selain itu, polis turut mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk pangsapuri untuk melakukan penelitian dan membuat pengecaman suspek.

"Siasatan terperinci dilakukan bagi mengetahui motif serangan dengan merekod keterangan daripada mangsa-mangsa," ujarnya sambil memberitahu kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.

Polis rampas dadah RM500,000

Posted:

Polis rampas dadah RM500,000

Polis rampas dadah RM500,000

Oleh MELVIN HIVAN
pengarang@utusan.com.my


SUPRITENDAN Moses Agat (kiri) menunjukkan bungkusan dadah jenis syabu yang berjaya dirampas dalam tangkapan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, semalam.


BINTULU 20 Feb. - Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu dan ekstasi ekoran penahanan seorang lelaki warga tempatan dan merampas sejumlah dadah itu bernilai RM500,000 di hadapan sebuah premis perkhidmatan kurier di sini Jumaat lalu.

Berikutan penangkapan suspek itu, polis juga berjaya menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warganegara Indonesia berusia antara 26 dan 36 tahun di sebuah kawasan perumahan di sini, pada pukul 12 tengah malam hari yang sama.

Hasil pemeriksaan di rumah itu, polis turut menemui wang tunai berjumlah RM11,000 yang dipercayai digunakan bagi tujuan urusan jual beli dadah berkenaan.

Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Supritendan Moses Agat berkata, tangkapan ke atas suspek itu dibuat sebaik sahaja dia keluar daripada premis perkhidmatan kurier berkenaan.

"Hasil pemeriksaan menemui dadah jenis syabu seberat 1.045 kilogram serta serbuk ekstasi seberat 19 gram dalam sebuah kotak yang dibawa suspek.

"Dadah berkenaan diletakkan pada bahagian bawah kotak itu manakala di bahagian atasnya berisi makanan kering bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Daerah, Supritendan Madang Usat, Timbalannya, Deputi Supritendan Mohd. Said Ibrahim dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bintulu, Asisten Supritendan Mohd. Yusaini Kamisan.

Mengulas lanjut, Moses berkata keempat-empat suspek itu ditahan reman bagi membantu siasatan manakala saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah.

Beliau turut menyifatkan rampasan kali ini yang dipercayai untuk edaran tempatan adalah antara terbesar di daerah ini.

"Kita menyiasat kes ini di bawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika disabit kesalahan, keempat-empat suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan