Sabtu, 11 Februari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


PDRM sedia bantu Filipina

Posted:

PDRM sedia bantu Filipina

PDRM sedia bantu Filipina


Seorang peniaga buah-buahan di Pasar Pulau Tikus (kiri) menunjukkan isyarat bagus kepada Khalid Abu Bakar (kanan) yang melawat pasar berkenaan di George Town, Pulau Pinang semalam. – BERNAMA


GEORGE TOWN 11 Feb. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia memberikan kerjasama penuh kepada Filipina bagi mendapatkan kepastian tentang tiga rakyat Malaysia yang didakwa terbunuh dalam serangan ke atas kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf di Sulu, wilayah selatan negara itu, awal bulan ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM masih menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa Filipina tentang status sebenar yang berlaku di situ.

Menurutnya, pihak berkuasa negara itu masih menghadapi kesukaran untuk mencari mayat-mayat yang terbunuh dan ujian DNA untuk mengesahkan identiti mayat masih tidak dapat dilakukan.

"Saya percaya pihak berkuasa Filipina sedang berusaha untuk mendapatkan sampel DNA mayat dan kami bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam apa jua perkara yang mereka minta," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke Pasar Pulau Tikus di sini hari ini.

Sebelum ini, tentera Filipina mengumumkan warga Malaysia, Zulkifli Abdul Hir@Marwan yang juga pemimpin kanan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiyah Singapura adalah antara yang terbunuh dalam serangan tentera Filipina ke atas kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf dan pertubuhan Jemaah Islamiah (JI) itu.

Dalam laporan baru-baru ini menyatakan, pihak berkuasa Filipina masih gagal menemui mayat Zulkifli bersama dua anggota Darul Islam Sabah, Amin Bacho dan Jeknal Adil dan mereka yang berkemungkinan masih hidup dipercayai telah meninggalkan Pulau Jolo.

Khalid yang tidak menolak kemungkinan mereka ini masih hidup, berkata, segala persoalan akan terjawab apabila kerajaan Malaysia memperolehi keputusan DNA dari negara itu.

Selain itu, ketika ditanyakan berkenaan rombakan besar-besaran yang dikatakan akan melibatkan anggota dan pegawai PDRM tahun ini, Khalid berkata, sepanjang pengetahuannya, pihak PDRM tidak merancang untuk membuat rombakan besar-besaran mahupun secara kecil-kecilan.

"Sepanjang pengetahuan saya, tiada perancangan untuk membuat rombakan dalam pasukan PDRM, kalau ada pun itu pertukaran biasa dalam pasukan," katanya.

Kolumnis akan dihantar pulang

Posted:

Kolumnis akan dihantar pulang

Kolumnis akan dihantar pulang

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Kolumnis akhbar Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari (gambar) yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin, akan dihantar pulang ke negara asalnya dalam tempoh terdekat.

Sumber memberitahu, pada masa ini lelaki tersebut masih dalam tahanan pihak berkuasa negara ini dan perbincangan dilakukan dengan Arab Saudi untuk menghantarnya pulang.

"Penahanan A. Kashgari membuktikan negara ini turut mengambil berat jika terdapat individu atau pihak lain yang cuba mencemarkan kesucian agama Islam dan Nabi Muhammad SAW," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengesahkan penangkapan A. Kashgari, 23, pada pukul 9.40 pagi atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi.

Lelaki itu dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW di dalam Twitter miliknya dan melarikan diri ke Malaysia setelah mendapat ugutan bunuh di Arab Saudi.

Dia dipercayai meninggalkan negaranya dan berada di sini selama tiga hari.

Difahamkan, pihak kerajaan Arab Saudi menunggu penghantaran pulang Hamza ke negara itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan