Jumaat, 10 Februari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Polis minta Raja Petra kemuka bukti

Posted:

Polis minta Raja Petra kemuka bukti

Polis minta Raja Petra kemuka bukti

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta Raja Petra Kamarudin yang mendakwa bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), Datuk Patrick Wong Kie Yik mungkin mati di tangan pembunuh upahan agar mengemukakan bukti bagi membantu siasatan polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini pihaknya percaya kematian Patrick adalah berpunca daripada kes samun sebelum bertukar menjadi pembunuhan.

Beliau berkata, siasatan kes itu turut menolak kaitan kematian Patrick dengan penyelewengan pasir di Selangor seperti didakwa Raja Petra yang juga pengendali portal berita Malaysia Today, kelmarin.

Menurut beliau, polis sehingga kini telah menahan seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian Patrick dan memburu dua lagi.

"Lelaki itu sudah lama ditahan dan berada di Pusat Tahanan Simpang Renggam untuk siasatan lanjut, namun dia belum didakwa memandangkan polis masih mengesan dua lagi individu terbabit.

"Kita masih mempunyai masa untuk melakukan siasatan ke atas lelaki itu sama ada ia terlibat dalam kes bunuh atau lain-lain kesalahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1433 Hijrah Peringkat PDRM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Kelmarin, Raja Petra mendakwa Patrick mati dibunuh bagi menutup kes penyelewengan pasir di Selangor sebelum muncul dengan pendedahan baharu, dua wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat, Shuhaimi Shafie dan Amiruddin Shari terlibat dalam skandal rasuah pasir di negeri itu.

Dakwaan pembabitan Shuhaimi dalam skandal tersebut turut disertakan dengan transkrip perbualan telefon antara Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda itu dan wakil sebuah syarikat kontraktor pasir.

Ditanya sama ada akan menjalankan siasatan sekiranya Raja Petra tampil membuat laporan polis berhubung kes bunuh itu, Khalid berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan sebaik sahaja menerima maklumat baru.

"Jika ada maklumat baru yang dapat menunjukkan bahawa kes itu berkaitan dengan isu pasir yang dinyatakan, berilah kepada kita dan kita akan teruskan siasatan.

"Sekiranya dia (Raja Petra) mengetahui apa jua maklumat berhubung kes itu sepatutnya dia membuat laporan polis. Kalau dia buat andaian itu andaian ini, ia hanya menyusahkan tugas polis," katanya.

Hilmi dibawa pulang selepas proses undang-undang

Posted:

Hilmi dibawa pulang selepas proses undang-undang

Hilmi dibawa pulang selepas proses undang-undang


Hilmi Hazimin


KUALA LUMPUR 10 Feb. - Hilmi Hazimin Malek yang kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Indonesia hanya akan dibawa pulang ke negara ini untuk siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth Wong, selepas lelaki itu selesai menjalani proses undang-undang di negara jiran itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki itu perlu melalui proses pendakwaan dan hukuman di Indonesia sekiranya disabitkan kesalahan memiliki dokumen palsu.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya belum mendapat laporan penuh daripada pihak berkuasa Indonesia berhubung status siasatan kes lelaki berkenaan.

"Apabila polis di negara itu sudah mengesahkan sama ada dia didakwa, dikenakan tindakan undang-undang dan kemudian dia dibebaskan barulah kita mengambil tindakan membawa pulang Hilmi untuk siasatan seterusnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1433 Hijrah Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam laporan sebuah portal dari negara jiran itu Sabtu lalu, rakyat Malaysia tersebut yang dikenali sebagai 'Azmin Helmi', 37, ditahan oleh pegawai Imigresen Indonesia di Batam sehari sebelum itu kerana memiliki dokumen palsu.

Diminta mengulas berhubung kes penyelewengan pengeluaran tender projek baik pulih Muzium PDRM yang didakwa melibatkan anggota pasukan itu, beliau berkata, siasatan setakat ini mendapati ia dilakukan oleh pihak luar.

"Setakat ini, kita ada terima laporan tahun lepas dari seorang mangsa yang dijanjikan akan memperoleh tender namun, tidak melibatkan mana-mana anggota PDRM.

"Mangsa yang merupakan individu bukan di kalangan anggota PDRM itu dijanjikan akan mendapat kontrak mengubah suai muzium itu namun, sebaliknya dia telah ditipu," katanya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa seorang pegawai dan seorang anggota PDRM yang bertugas di muzium berkenaan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penyelewengan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan