Khamis, 9 Februari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Ketua sindiket internet diberkas

Posted:

Ketua sindiket internet diberkas

Ketua sindiket internet diberkas

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Ketua sindiket penipuan antarabangsa terbesar menggunakan internet berpangkalan di Pulau Pinang, yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM10 bilion, dikenali sebagai Huang berjaya diberkas polis Taiwan.

Difahamkan Huang ditahan di Lapangan Terbang Tai Joo, Taiwan pada 22 Januari lepas sebaik tiba dari China, setelah polis Taiwan menggunakan 10 warga Taiwan yang ditahan di Malaysia untuk memujuk Huang pulang ke negara itu.

Kejayaan penangkapan Huang ekoran satu serbuan ke pangkalan pusat penipuan internetnya di Pulau Pinang pada 6 Januari lepas hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis Taiwan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengesahkan perkara itu dan ia merupakan kejayaan polis dalam membanteras penipuan melalui internet melibatkan sindiket antarabangsa.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya.

Pada 6 Jun lalu, polis berjaya menahan 37 orang dalam dua serbuan serentak di Pulau Pinang yang dipercayai terbabit dengan sindiket yang lebih dikenali sebagai 'Penipu Macau' dan diketuai seorang warga Taiwan.

Tempat tersebut dijadikan pusat membuat panggilan kerana polis menemui beberapa peralatan khidmat komunikasi termasuk komputer riba, modem, penyambung panggilan, telefon dan telefon bimbit di situ.

Media melaporkan mereka yang ditahan dalam serbuan itu ialah lima orang rakyat Malaysia, 22 warga China dan 10 rakyat Taiwan.

Cara penipuan dilakukan sindiket itu ialah dengan menghubungi mangsa menyamar sebagai pegawai polis atau bank.

Sindiket itu, yang beroperasi sejak 2010, telah berjaya menipu ramai warga China secara memperdayakan mereka supaya memasukkan wang ke dalam akaun pihak ketiga.

Mereka memberitahu mangsa bahawa akaun bank atau kad kredit mereka (mangsa) telah diceroboh oleh pihak ketiga dan wang dalam akaun akan dicuri oleh penipu sekiranya tidak dipindahkan ke akaun lain.

Difahamkan kesemua warga Taiwan yang ditahan itu telah diekstradisi ke negara mereka oleh polis Taiwan untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Lima pucuk pistol, 22 peluru dirampas

Posted:

Lima pucuk pistol, 22 peluru dirampas

Lima pucuk pistol, 22 peluru dirampas

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 9 Feb. – Polis menahan lima lelaki dan merampas lima pucuk pistol termasuk dua tiruan beserta 22 butir peluru yang disyaki ada kaitan dengan kes jenayah dan pemerasan dalam tiga kejadian berasingan pada 29 Januari dan 1 Februari lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam kejadian pertama pada 29 Januari lalu, pihaknya merampas sepucuk pistol semi automatik dan tiga butir peluru daripada seorang lelaki berusia 39 tahun.

Menurutnya, lelaki tersebut ditahan di Tol Sedenak dekat Kulaijaya pukul 12.30 tengah hari dan pemeriksaan di dalam kereta dipandu suspek menemui pistol berkenaan.

"Suspek terdahulu pergi mengutip hutang di sebuah rumah di Bukit Siput, Segamat sebelum bertengkar dan melepaskan tembakan yang mengenai rumah jiran mangsa.

"Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah berkaitan kes perjudian serta dadah dan kini ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan lanjut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, dalam kejadian kedua pukul 10.30 malam pada 1 Februari lalu, pihaknya menahan empat lelaki berusia 39 hingga 41 tahun di sebuah rumah di Taman Sentosa, Ledang.

Pihaknya turut merampas sepucuk pistol Smith & Wesson .22, dua pucuk pistol semi automatik tiruan, sembilan butir peluru .38, sebilah pedang samurai, tiga bilah pisau, lapan biji pil Eramin 5 dan sejumlah dadah jenis syabu.

"Semakan mendapati seorang daripada lelaki terbabit memiliki tiga rekod jenayah berkaitan dadah dan menakutkan secara jenayah yang dilakukan pada 1999 dan 2002 dan kini ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

Kata beliau, dalam kejadian berasingan pukul 8.45 malam hari sama, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan sepucuk pistol semi auto bersama 10 butir peluru dan satu kelopak di hadapan Surau Taman Sri Panchor, Batu Pahat.

Siasatan mendapati pistol itu dilaporkan hilang di kawasan Tongkang Pechah, Batu Pahat dan polis masih menyiasat kes tersebut, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan