Jumaat, 17 Februari 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Inisiatif kerajaan kurangkan beban rakyat - Muhyiddin

Posted:

Inisiatif kerajaan kurangkan beban rakyat - Muhyiddin

Inisiatif kerajaan kurangkan beban rakyat - Muhyiddin

KUANTAN 16 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan melakukan pelbagai program dan bantuan bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi.

Beliau berkata, kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa prihatin dengan bebanan ditanggung oleh rakyat ketika ini.

"Barisan Nasional (BN) tawar apa termampu dan tidak membuat pinjaman untuk memberi bantuan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menggunakan simpanan sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan 1Malaysia di Pusat Rekreasi Pantai Balok di sini hari ini yang dihadiri seramai 20,000 orang.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan baucar BR1M bernilai RM4.3 juta kepada 8,500 penerima melibatkan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Beserah dan DUN Semambu di bawah Parlimen Indera Mahkota.

Hadir sama Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Muhyiddin berkata, tahun ini kerajaan membelanjakan sejumlah RM33 bilion setahun untuk subsidi kepada rakyat.

Jelasnya, pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan rakyat mendapat pendapatan tinggi, produktiviti negara meningkat, mengawal inflasi dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

"Kita (kerajaan) juga memperkenalkan kawalan harga untuk memastikan harga barangan tidak terus membebankan rakyat.

"Jika kerajaan tidak masuk campur, harga barang ini adalah tinggi dan sekali gus kos sara hidup akan lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengulangi kenyataan bahawa bantuan BR1M bukan rasuah, sebaliknya ia adalah wang rakyat yang diberikan semula kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, bantuan itu diberikan kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira latar belakang dan ideologi politik.

Pada majlis berkenaan, Muhyiddin turut mengumumkan beberapa peruntukan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan berjumlah RM19.8 juta.

Antaranya, membina Masjid Chengal Lempong, Beserah bernilai RM4 juta; membina Dewan Serbaguna Kampung Peramu, Kuantan (RM1juta), menaiktaraf sistem perparitan di Kampung Nelayan Beserah (RM3.5 juta), dan pembinaan semula gerai serta pasar ikan di Beserah (RM6 juta).

Bangga prestasi Maritim Malaysia

Posted:

Bangga prestasi Maritim Malaysia

Bangga prestasi Maritim Malaysia

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin menyampaikan sijil penghargaan khas kepada salah seorang pegawai sempena Hari Maritim Malaysia Ketujuh sambil disaksikan oleh Amdan Kurish di Pusat Latihan dan Akademi Maritim Malaysia, Gebeng, Kuantan, semalam.


KUANTAN 16 Feb. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang merupakan aset baru kerajaan diibaratkan sebagai 'Tunas Muda' kerana memberi nilai tinggi kepada rakyat walaupun ketika diumumkan penubuhannya tujuh tahun lalu, ramai yang sinikal terhadap usaha murni tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan trend jenayah pelanunan dan rompakan yang membimbangkan di samping wujudnya jenayah rentas sempadan, ramai pihak tidak begitu yakin bahawa kadar jenayah itu dapat dikurangkan.

"Tetapi Alhamdulillah, pada hari ini, saya boleh melihat dan merasai gelombang perubahan yang sedang berlaku. Berkat perancangan, kesungguhan dan pengorbanan setiap warga Maritim Malaysia, kadar jenayah maritim di seluruh negara telah dapat dikurangkan sebanyak 16 peratus pada 2006 kepada 4.22 peratus pada 2011.

"Statistik ini berdasarkan kepada 66,678 kali pemeriksaan dan 4,832 penahanan bagi pelbagai kes. Berdasarkan rekod Biro Maritim Antarabangsa (IMB), kejadian pelanunan dan rompakan melibatkan kapal dagang di perairan negara telah menurun dengan tiada kes dilaporan pada 2009 hingga 2010 dan hanya dua kes dikesan pada 2011.

"Berdasarkan statistik tahun 2006 hingga Januari tahun ini, sebanyak 794 pelbagai kes penyeludupan telah dikendalikan yang mana ia turut mengecilkan jurang kerugian ekonomi di samping dapat mengekang imej negatif negara," katanya ketika berucap merasmikan Hari Maritim Malaysia Ketujuh di Pusat Latihan dan Akademi Maritim Malaysia (PLAMM) di sini hari ini.

Hadir sama isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim, Datuk Mohd. Amdan Kurish.

Pada sambutan tersebut, selain disampaikan sijil khas kepada pegawai dan anggota Maritim Malaysia, turut dilancarkan buku Sejarah Penubuhan Maritim Malaysia serta penyerahan sijil MS ISO 9001:2008 yang diberikan kepada PLAMM.

Muhyiddin berkata, biarpun diperlekehkan, Maritim Malaysia tetap merupakan agensi penguat kuasa yang diwujudkan oleh kerajaan bagi mendepani benteng kedaulatan dan keselamatan perairan negara.

"Saya yakin, di sebalik usia muda Maritim Malaysia yang baru sahaja melangkah ke tujuh tahun, rata-rata rakyat tempatan dan sebahagian masyarakat antarabangsa telah mengiktiraf dan menghargai peranannya," katanya.

Beliau dalam pada itu, berkata, program transformasi Maritim Malaysia akan meneruskan perolehan dan penggantian aset bagi memperkasakan keupayaan penguatkuasaan serta operasi mencari dan menyelamat.

"Hampir 90 peratus aset termasuk kelengkapan dan 100 peratus keperluan sumber manusia dijangka akan dapat dicapai selepas tahun 2016," katanya.

TPM tunggu siasatan fidlot, hormati pandangan Dr. M

Posted:

TPM tunggu siasatan fidlot, hormati pandangan Dr. M

TPM tunggu siasatan fidlot, hormati pandangan Dr. M

KUANTAN 16 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menunggu hasil siasatan pihak berkuasa berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebelum mengeluarkan sebarang pandangan yang menyentuh kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, ini bagi mengelak sebarang kenyataan bersifat mendahului siasatan di samping menghindari prasangka buruk biar pun pada masa sama menghormati pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meminta Shahrizat supaya berundur.

Tambah Muhyiddin, dalam hal yang berkaitan siasatan dan undang- undang seperti isu ini, adalah tidak wajar untuk beliau membuat kenyataan politik sebaliknya lebih elok semua pihak bersabar menunggu pengumuman pihak bertanggungjawab.

"Apabila ada keputusan selepas ini, pihak yang terlibat sama ada Shahrizat boleh buat keputusannya sendiri. Kita tidak boleh mendahului dengan membuat andaian yang kita sendiri tidak ada maklumat sebab ini masih di peringkat siasatan," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri perjumpaan bersama pemimpin UMNO negeri yang turut dihadiri Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Pengerusi Badan Perhubungan negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pandangan Dr. Mahathir semalam yang berpendapat Shahrizat perlu meletak jawatan sekiranya berasakan tindakan tersebut terbaik buat UMNO.

Begitupun, tegas Dr. Mahathir, beliau secara peribadi tidak pernah meminta Shahrizat berbuat demikian, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Wanita UMNO itu untuk membuat sebarang keputusan.

Mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini yang mendedahkan NFC telah melanggar syarat perjanjian kerana menggunakan wang pinjaman untuk tujuan lain, Muhyiddin berkata, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, sebab itu selagi tiada kenyataan yang dikeluarkan pihak yang bertanggungjawab dalam siasatan isu berkenaan, maka kenyataan Mohamed Nazri itu masih dilihat satu andaian.

"Saya tak tahu Nazri ada privileged information (maklumat dari pihak berkuasa), tetapi saya tak ada. Eloklah kita tunggu Peguam Negara buat pengumuman sesuai bila siasatan itu selesai dilakukan," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan