Khamis, 16 Februari 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Industri binaan raih projek RM86b luar negara

Posted:

Industri binaan raih projek RM86b luar negara

Industri binaan raih projek RM86b luar negara


Muhyiddin Yassin menyampaikan Anugerah Terbaik Kontraktor Sepanjang Tahun kepada Pengerusi Eksekutif Trans Resources Corporation Sdn. Bhd., Datuk Seri Sufri Mohd. Zin pada majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia 2011 di KLCC, malam tadi. Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.


KUALA LUMPUR 15 Feb. - Pemain industri pembinaan tempatan telah menunjukkan pencapaian cemerlang apabila berjaya meraih dan melunaskan 687 projek bernilai RM86 bilion di luar negara sepanjang 2000 hingga tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ekoran pencapaian membanggakan itu, pemain industri berkenaan perlu melipatgandakan usaha dan mengambil peluang penglibatan dalam beberapa Projek Permulaan (EPP) untuk membina reputasi di pasaran antarabangsa.

Menurutnya, dengan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), permintaan bagi perkhidmatan pembinaan dilihat akan terus berkembang dan meningkat ke paras lebih tinggi.

"Justeru, prospek bagi industri pembinaan amat cerah kerana kebanyakan EPP akan dimulakan pada tahun ini. Sehingga November tahun lalu, sebanyak 55 peratus atau 72 daripada 131 EPP telah dimulakan dengan jumlah komitmen pelaburan yang dipersetujui sebanyak RM177.1 bilion serta unjuran Pendapatan Negara Kasar sebanyak RM237.23 bilion.

"EPP yang akan dilaksanakan ini akan memberi banyak manfaat kepada penggiat industri pembinaan serta rakyat secara keseluruhannya. Ia melibatkan pelaksanaan serta pelaburan jangka masa panjang.

"Oleh yang demikian, bagi menjamin pelaksanaan projek-projek itu berjalan lancar dan sempurna, adalah penting kerajaan hari ini terus diberi mandat agar polisi dan komitmen sedia ada akan diteruskan demi pembangunan negara,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini malam ini.

Muhyiddin berkata, bagi memanfaatkan semua peluang yang terhasil daripada EPP serta projek-projek lain, syarikat pembinaan disaran supaya lebih fokus, berdaya maju, berinovasi serta tekad untuk mencapai kecemerlangan secara menyeluruh.

Ujarnya, kecemerlangan dalam pembinaan bermakna keunggulan dari segi produktiviti, inovasi, keselamatan, kemapanan, kualiti dan integriti.

Katanya, pengalaman dari negara-negara maju seperti United Kingdom, Australia dan Jepun menunjukkan peningkatan tahap produktiviti boleh dicapai dengan ketara melalui mekanisme dan automasi pembinaan serta penggunaan teknologi termaju.

"Semuanya itu merupakan teknik yang wajar digunapakai bagi mencapai tahap kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi. Bagi mencapai prestasi cemerlang dalam aktiviti pembinaan, saya menyeru kepada semua penggiat industri supaya mempelajari serta menterjemahkan penemuan dan teknologi terbaru dalam industri.

"Kerana bagi saya, jalan ini sahaja merupakan survival dalam cabaran globalisasi masa kini. Di China umpamanya, bangunan hotel setinggi 30 tingkat dapat disiapkan dalam masa 15 hari. Begitulah canggihnya teknologi pembinaan masa kini,'' tegasnya.

Jelas beliau, kerajaan sejak beberapa dekad lalu sememangnya menumpukan kepada pembangunan fizikal yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat didahulukan.

"Kerajaan akan terus memastikan penglibatan berterusan dari penggiat industri pembinaan serta membuka peluang-peluang untuk mereka dalam agenda pembangunan negara.

"Oleh itu, pada masa ini terdapat banyak syarikat pembinaan yang berkemampuan serta berkapasiti untuk melaksanakan projek-projek bukan sahaja di dalam tetapi luar negara.

"Ke arah itu, kerajaan melalui agensi-agensi seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) akan terus melaksanakan program-program peningkatan kapasiti seperti latihan industri, meluaskan jaringan bisnes binaan, menambahbaik proses pembinaan serta mempromosi teknologi pembinaan terkini,'' tambahnya.

10 NGO lancar kempen menutup aurat

Posted:

10 NGO lancar kempen menutup aurat

10 NGO lancar kempen menutup aurat


SEBAHAGIAN remaja wanita membawa sepanduk semasa mengadakan kempen menutup aurat di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.


KEPALA BATAS 15 Feb. - Ketika banyak pihak menyambut 14 Februari sebagai Hari Kekasih, gabungan 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pulau Pinang pula menjadikan tarikh itu sebagai Hari Kempen Menutup Aurat Antarabangsa.

NGO yang terlibat ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Aktivis Pengupayaan Insan (API), Pertubuhan Ikram Pulau Pinang, Pertubuhan ISMA Pulau Pinang dan Kelab Remaja Lestari (KRL).

Turut serta Komuniti Suara Kehidupan, Nisa' Pulau Pinang, Kariah Masjid At Taqwa, Bertam, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cawangan Pulau Pinang dan Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas).

Selain di Malaysia, kempen sama turut diadakan di Thailand, Macau, Hong Kong, Indonesia dan England yang memfokuskan kepada usaha menarik minat masyarakat umum supaya menutup aurat dan menjaga pergaulan di kalangan umat Islam.

Menurut wakil NGO terbabit, Mardziah Zakaria, objektif utama kempen itu adalah mewujudkan remaja yang beradab mulia, berakhlak murni dan berketrampilan sebagai remaja Muslim.

"Kita telah mulakan kempen ini dengan program turun padang di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pantai Bersih dan Queensbay Mall malam Ahad lalu dengan mengadakan aktiviti penyampaian tudung percuma kepada remaja perempuan.

"Kita bersyukur mendapat sambutan menggalakkan daripada remaja dan ramai yang menyambut baik kempen kami," katanya yang juga Ketua Hal Ehwal Wanita Masjid At Taqwa pada sidang akhbar di sini, semalam.

Tambahnya, kempen serupa juga akan diteruskan menerusi laman sosial Facebook kerana ia lebih dekat di hati remaja.

Malah jelasnya, menerusi laman sosial itu, semua aktiviti NGO terbabit di setiap negara dapat dikongsi bagi penghayatan bersama dan berkongsi maklumat mengenai kempen terbabit.

"Sejak seminggu dilancarkan, hampir 1,000 remaja telah menyertai kami. Kempen ini bukan sekadar dijalankan pada tarikh 14 Februari sahaja malah akan diteruskan setiap masa," katanya.

MB akui rampas tanah, dakwa KHSB langgar syarat

Posted:

MB akui rampas tanah, dakwa KHSB langgar syarat

MB akui rampas tanah, dakwa KHSB langgar syarat

SHAH ALAM 15 Feb. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengakui pihaknya telah membuat keputusan merampas tanah seluas 234 hektar milik Kumpulan Hartanah Selangor Bhd. (KHSB) kerana syarikat tersebut didapati telah melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tanah di Lot 72916, Mukim Batu, Daerah Gombak yang diletakkan di bawah anak syarikat KHSB, SAP Holdings Bhd dengan nilai mencecah RM250 juta itu tidak pernah ditukar status daripada tujuan asalnya iaitu pertanian.

''Kerajaan negeri telah membuat kesimpulan bahawa banyak orang yang diberikan tanah tapi tidak mengikut syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

''Contohnya, jika tanah itu untuk tujuan pertanian, ia harus diusahakan untuk tujuan pertanian. Kalau untuk usahakan pembangunan, maka pemiliknya harus menukarkannya terlebih dahulu statusnya daripada pertanian kepada pembangunan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa KHSB kehilangan tanah bernilai RM250 juta akibat tindakan kerajaan negeri merampas tanah tersebut pada Ogos lalu.

Berdasarkan laporan akhbar itu, tanah berkenaan yang dipajakkan oleh kerajaan negeri kepada KHSB sepatutnya tamat pada 25 Jun 2090.

Laporan itu turut memetik Pengerusi KHSB, Raja Idris Raja Kamaruddin sebagai berkata, alasan kerajaan negeri merampas tanah berkenaan adalah kerana terdapat aktiviti kuari dilakukan secara haram.

Abdul Khalid berkata, meskipun KHSB merupakan syarikat di bawah kerajaan negeri, ia tidak bermakna pihaknya tidak boleh mengambil tindakan sedemikian.

Malah katanya, kerajaan negeri difahamkan aktiviti kuari yang dijalankan di atas tanah itu juga tidak mempunyai sebarang lesen atau kelulusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan